Thursday, November 24, 2016

Tips mudah untuk anak suka makan sayur

Nak tanam sayur senang. Nak bagi anak suka makan sayur . PAYAH sungguh!...kan kan.
Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan. Baru anak saya dapat makan nasi & sayur dalam kuantiti yang banyak dengan bantuan papa.
Cara-caranya
1) Ibu @bapa atau kedua duanya selalu tunjuk depan anak makan sayur dengan sedapnya.
Ingat ye. Kepimpinan melalui teladan. Hari -Hari tengok ayahnya makan sayur macam sedap je. Pasti dia terikut!
2) Selalu meminimakan hidangan makanan atas meja. Dan utamakan masak sayur supaya anak kurang pilihan bila nak makan. Kuranglah sikit mengade adenya. Selain dapat elakkan pembaziran.  
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".
 3) Paksa anak makan sayur. Dan bagitahu khasiatnya. Contoh ayat. " Ha!, tengok umi makan sayur. BARU sihat dan kuat. Buat sikit gaya tangan macam kuat. Hehehe.
4) Mulakan dengan kuantiti yang sedikit untuk anak - anak yang ada masalah tidak suka makan sayur.
4) Bagi kata -kata pujian kalau berjaya makan, kunyah dan telan hingga habis.
BAGI kanak-kanak, mereka berjuang nak habiskan lagi lagi yang kurang minat ni. Tak caya tataplah wajah anak- anak bila suruh makan sayur banyak - banyak ni. Nak snap pic pun mak tak sanggup!
5) Sekali sekala bagila reward atas kejayaan makan sayur yang banyak dan kerap. Saya selalu merewadnya seperti bawa ke taman permainan yang dia suka bila dia 'good boy'.
6) SELALUlah makan sama - sama supaya anak lebih bersemangat nak makan. Meskipun menguji KESABARAN dan KEIMANAN si ibu dan bapa.
Okey. Selamat berjaya semua ibu -bapa  InshaALLAH selepas ini anak-anak suka makan sayur.




Alhamdulillah saya dah berjaya. InshaALLAH anda boleh!



Deodarant organik (Refreshing Deodarant)

Selama nie kita main pakai je deodarant biasa yang banyak bahan kimia. DEMI memiliki ketiak yang berbau wangi dan putih seperti model dalam iklan.

TERGAMAK kita memilih & mencalit deodarant yang KAYA dengan bahan kimia yg merbahaya pada badan kita.
Tahutak apa yang ada dalam deo biasa ?
Antaranya:
Paraben- Yang meransang sel kanser payudara
Garam aluminium -bertujuan mencegah peluh banyak keluar . Inilah yang menghasilkan (stains) kesan di baju terutama baju sekolah. Macam-macam lagi bahan yang bertoksik yang ada. SIla tengok pic dibawah.
Add caption


Tak baik tau pakai produk yang mudharatkan kesihatan. Kesian badan kita.

Jadi apa tunggu lagi. Jom bertukar kepada Refreshing deodarant yang menggunakan bahan ORGANIK.

NATURAL & HANDMADE with <3 span="">
Baru calit calit, Keti@k sihat dan Xbusuk uols!!!
Kenapa Refreshing Deodarant ?
SEBAB :-
💗 BAHAN SEMULAJADI DAN BEBAS DARI BAHAN KIMIA BAHAYA.
💕Minyak kelapa asli (coconut oil)
💕 Gabungan pati minyak gred A (essential oil)
💕Tanah liat (kaolin clay)
💕lilin lebah asli (beeswax)
💕Mentega Shea (shea butter)
💕Tepung penaik gred kosmetik (baking soda)
💕Tepung ubi larut (arrowroot powder)
💗X PARABEN
💗X ALIMINIUM
💗 TAK MELEKIT.
💗 TAHAN LAMA
💗 DIBANCUH &DIADUN SENDIRI (handmade with <3 span="">)
Deo ni lain dari yang lain TAU...
Saya dah cuba. Memang berbaloi.
Yang penting BEBAS DARI BAHAN KIMIA MERBAHAYA.
Apa tunggu lagi bertukarlah kepada deodarant yang lebih natural demi kesihatan kita.
wassup +60146353250








Saturday, November 19, 2016

Freshpicks lover..




Apa yang buat saya jatuh cinta dengan produk FRESHPICKS ni...

1) Penggunaan barang premium, 2) harganya & 3) 'handmade'

Kebanyakkan barang fp diperbuat dari ramuan yang asli, berkualiti, pekat ,  & diadun sendiri dengan penuh kasih sayang. Lihat saja kepekatan minyak arganne oil, face serum. Bila calit di muka sudah terasa kepekatannya disitu. Setitis dua dah cukup untuk diratakan.

Selain itu kita dapat hidu bau & feel bahan asli tu. Siap boleh rasa lagi. Sukar nak explain. Fuhhhh.. Hanya Jauhari mengenal manikam.

DAN yang paling penting harganya mampu MILIK. 

Kalau kat oversea MAHAL SESANGAT TAU!!! kalau produk cenggini.

3 in  1 faktor ni berjaya buat saya 'fall in love'. Saya mementingkan kesihatan & kecantikan  untuk tempoh masa yang panjang. Nak kelihatan cantik kerana ALLAH, DIRI SENDIRI dan EN SUAMI.  Nak Sedap mata memandangla katakan !

Pembaca-pembaca yang jelita. Ketahuilah, Tak de siapa yang mampu nak buat kita lebih berketrampilan, cantik & sihat  melainkan usaha kita sendiri DENGAN IZIN ALLAH. ALLAH dah cipta kita sempurna sebagai wanita. Masya ALLAH sayangnya Allah kat kita. JADI tanda bersyukur, kita pandai-pandailah pelihara pinjaman ALLAH dengan sebaik-baiknya mengikut kemampuan diri kita.

Bekerja ke Suri rumah ke, bujang ke ada anak ke. Dah namanya PEREMPUAN mesti terpandang cermin lama kan. Sebab kita suka cantik & sihat.  SAYA tak terkecuali . Saya memang nak sihat & cantik. Biarpun sentiasa diapit oleh anak-anak kecil. hehehe 

4) Produk fb sihat & selamat

Ofcoursela kadang-kadang 'tersepahkan barang'. Atau benda kita 'diculik' oleh anak untuk dibuat main. Kerana bahan-bahannya semulajadi & bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Kadar kerisauan saya kurang . Dan saya tahu sesiapa yang ada anak dara comel dia pun nak jugak calit macam maknya kan. Bak kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. So selamat sangat kalau anak tercuba pakai. Secara umumnya kita tahu ramuannya lebih kepada organik & semulajadi. Kita nak kunyah rasa pun BOLEH. ;)

5)Ilmu

YANG paling MAHAL & ada add value bagi saya. Saya TAHU apa yang saya guna. Saya lebih bertanggugjawab apa yang dipakai! kerana MUMMY Cerry berkongsi tentang bahan & ramuan dalam penghasilan produk. Sebelumni kita main pakai je kan. Langsung tak tahu ape menda kandungannya. Dalam fp ni semuanya HALAL &TOYYIB belaka. InshaAllah.

Oleh itu saya jadi pandai sikit & cakna penggunaan dan bahan yang digunakan terhadap apa yang saya guna &pakai.. Namaje saya cikgu. Rupanya saya zero bab ni selamani. So bolehla kita sama-sama share rahsia resepi bahan kecantikan kalau nak cerita sikit-sikit..Hehehehe. 

Bila dah tahu, secara tak langsung saya mempunyai kesedaran yang tinggi menggali sumber alami & bertanya pada yang pakar, orang-orang tua tentang khazanah alam yang digunapakai dalam penggunakan kosmetik.  Saya juga semakin gerun dengan penggunaan bahan kimia merbahaya yang sememangnya digunapakai dalam kosmetik di pasaran sekian lama. Allahu.

 Alhamdulillah syukur ya Allah. TQ Mummy Cerry &fp family atas banyak perkongsian. Saya sangat menghargai ilmu yg saya dapat. Tambahan pula ma & anak saya mempunyai kulit sensitif masalah kulit yang semestinya memerlukan penjagaan yang baik.MEMANG kenala sangat.

6)Tahan Lama

Item produk ini kecil macam cilipadi tau. Tengok kecil tapi POWER. So 'Don't judge a book by it's cover' .Jangan takut dengan saiznya. Tak kenal maka tak cinta.

 Dengan keadaan  ekonomi yang tak menentuni memang sangat sesuai. Rasa berbaloi beli, contohnya lipbalm & ilt dah dekat sebulan lebih  saya pakai tapi macam tak berapa luak je. Padahal di rumahpun saya rajin mencalit. Begitu juga Ref deo & set primo.

PEMBACA yang budiman,

Ini semua pengalaman saya memakai beberapa produk fp. Suka saya tekankan disini. Jenis Kulit kita tak sama, pemakanan kita pun tak sama. Kesan Penggunaan bahan kimia yang lalu pada kulit kita berbeza.  Jadi keberkesanan produk kepada kulit kita tak sama tempohnya. Jadi saya harap pembaca perlahan-lahan memakai sesuatu produk & setia untuk melihat hasilnya. Bersabar menjalani proses healing crisis (detox). Janganlah taksub nak cantik cepat. Semua benda perlukan masa ye. Ini perkongsian peribadi saya. 

Inilah semua faktor yang membuatkan saya suka produk freshpicks.

Apa-apa pun kita kena jaga dalaman kita. Jaga hubungan kita dengan Allah. Jaga niat & hati kita. Baru cantik, sihat & solehah.

Jom sama-sama kita renungkan Hadis ke6 ( Hadith 40 Imam Nawawi )


Terima kasih sebab habiskan pembacaan.  



Kisah saya & freshpicks

Bismillah

Setelah sekian lama menyepi saya mempunyai motivasi baru dalam menulis. MasyaAllah. Semuanya gara -gara FRESHPICKS. Alhamdulillah setelah saya bernikah lagi, merantau ke bumi Australia, mengandung & melahirkan anak. 

Subhanallah pengalaman mengandung dan  melahirkan anak tidak mampu hendak dihuraikan dengan kata kata.Semasa mengandung Allah membuatkan saya mula menjinakkan diri dengan penggunaan barang organik. Nak pulak di sana sangat mudah untuk cari dan beli. Saya mula ada kesedaran dan kemahuan terhadap penggunaan barang semulajadi. Alhamdulillah.

Usai berpantang kami kembali ke Malaysia. Allah menemukan saya dengan produk Freshpicks.
Mulanya saya membeli untuk diri sendiri, anak dan mak. Lama lama saya pakai, rasa ok, saya meramaikan jemaah penjual online di Malaysia ni Hehehehe Jangan marah :)

Selain semulajadi dan organik. Yang paling saya suka ialah penggunaan bahan  premium pada harga mampu milik. Yang paling buat saya JATUH CINTA ialah HANDMADE WITH ❤❤❤❤❤❤<3 amp="" div="" nbsp="">

Freshpicks produk ape ?... ok nanti saya sambung ye. :)





Saya bersama Mummy Cherry founder fp



Thursday, March 3, 2016

kembali...

Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas nikmat yang tak terkira. Bertahun blog ni bersarang dari apa apa penulisan. InshaAllah bakal diaktifkan semula dengan penulisan dan perkongsian yang menarik untuk tatapan bersama.




Wednesday, June 26, 2013

Bersediakah kita hadapi Ramadhan ?


Tinggal beberapa hari lagi.
Sedar tak sedar Syaaban akan berakhir
Ramadhan akan kunjung tiba
Insyaallah kita akan menjalani ibadah Ramadhan dengan lebih sempurna
Semoga kita dapat mempersiap sedia diri dalam menghadapi Bulan yang penuh Barakah
Siapkan hati supaya Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Amin


Saturday, February 23, 2013

Masalah Kewangan




Setiap manusia yang hidup di muka bumi pasti ada masalah yang tersendiri. 

Masalah terlalu banyak namun harini saya ingin menulis tentang masalah kewangan yang semakin meruncingkan  fikiran kita semua . 

Jangan risau semua yang menggunakan duit memang akan hadapi masalah .

Cuma jumlah dan masa yang di hadapi berbeza mengikut perjalanan pengaliran gaji orang yang bekerja.

Dulu masa belajar ramai yang berkata bila dah kerja mungkin kehidupan semakin terurus dan tenang kerana adanya gaji setiap bulan.

Namun bila kita mula bekerja  kita mula mengatur langkah untuk membeli asset satu persatu kerana merasakan mampu milik

Permulaan hidup dengan membeli sebuah kereta kerana kereta keperluan yang perlu kita miliki, apatah lagi tuntutan kerja yang memaksa kita bergerak laju seiring dengan teknologi.

Dengan itu bermulalah pengiraan hutang dalam buku kira-kira

Ramai yang beranggapan bekerja kerajaan menjanjikan keindahan dan jaminan ketenangan.

Memang ada kebenaran di situ . Namun jangan  menyalahgunakan kelebihan yang ada.

Ya,  kita mudah membeli kereta, rumah dan pinjaman peribadi untuk kepentingan peribadi 
.
Siapa pun tidak boleh menidakkan kemampuan kita berbelanja kerana gaji kita masuk setiap bulan.

Namun ramai yang tidak sedar kadar muflis di Negara banyak di pegang oleh golongan muda. Diulang yer  golongan muda . Silap-silap kita diantaranya. ( Nauzubillah )

Memiliki slip gaji bulanan , selain nafsu membuak buak untuk membeli itu dan ini dengan mudah membuatkan kita bertindak dahulu sebelum berfikir.

Kerana mudahnya membuat hutang ramai yang memilih membuat loan peribadi untuk membina mahligai kerana merasakan  itu cara yang pantas dan mudah.

Namun alangkah sedihnya, pinjaman pertama akan bertambah menjadi  pinjaman kali kedua, ketiga untuk menutupi masalah kewangan yang lain kerana faktor mudahnya nak buat menambah hutang.

Kita lupa untuk menabung dulu kerana merasakan meminjam dahulu kemudian baru fikir bayar campur interes yang tinggi dalam jangka masa yang panjang  adalah solusi yang tepat dan pantas

Budaya menabung langsung tak terlintas dalam pemikiran tatkala kita memaksa diri mengejar arus masyarakat dan semasa terutama bab harta benda.

Keperluan material kita kejari melebihi kemampuan diri.

Ibarat memakai baju tanpa mengikut saiz badan yang sebenar.

Hasilnya keserabutan yang panjang dan lama dalam kehidupan

Kegelisahan yang tak pernah sudah

Hidup seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Kita lupa mengukur baju di badan sendiri.

Melihat orang bertukar kereta kita pun nak, lihat rumah kita pun nak, jiran renovated rumah kita pun nak, melihat jualan sale kita pun nak  shopping.

Hasilnya kita berkira-kira dalam berbelanja pada yang sepatutnya

Keperluan ekonomi sendiri pun kadang-kadang terkurang apatah lagi kita nak membantu ekonomi orang lain. Jangan harap lah!

Adik beradik sendiri pun tak mampu kita menolong

Ibu dan ayah di kampong tidak mendapat duit belanja tetap  walaupun anak anak sudah bekerja

Kerana pengurusan duit kita ( orang muda ) semakin pincang

Mereka sudah tua  namun masih hidup susah seperti menyara kita waktu kecil

Setiap tahun kita menikmati pertambahan gaji

Namun kita tak merasakan pertambahan malah kita merasakan semakin tak cukup.

Kerana kenaikan gaji kita seiringkan dengan pertambahan hutang.

Ini belum lagi yang membuat pinjaman semata-mata untuk terlibat dengan perniagaan  MLM akibat kegelapan mata melihat kereta kereta mewah hasil kejayaan mereka yang dah kononnya berjaya.

Masalah wang perlu di hadapi !

Bukan Gali lubang tutup lubang

Dengan pengurusan yang teliti dan efektif bukan mencari highway pintas menjadikan loan peribadi sebagai  pilihan utama.

Setiap keluarga perlu tahu kiraan ekonomi

Catat pengeluaran duit supaya nampak arah pengeluaran kewangan kemana .

supaya tidak ada yang terover dalam kelajuan berbelanja sehingga lupa kemampuan sendiri

Supaya kenal dapur, dan tahu kelajuan diri berlari mencari rezeki

Supaya anak-anak tahu berjimat cermat dan tahu nilai matawang, jangan main order jer

Supaya si suami tidak sentiasa mengharapkan pertolongan sedekah si isteri  sebab selalu berada dalam terdesak time

Tak lupa juga, ibu bapa mohon tidak terlalu meletakkan target anak mengumpul asset seperti yang diimpi

Ya, bersedekah baik sangat baik lebih lebih lagi pada keluarga kita

Namun berhati hatilah !

Jangan  ada yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Meminta-meminta tanpa titik  kesudahan

Melengkapkan impian orang tua adalah kebaikan yang digalakkan

Itupun perlu ada susunan yang terperinci supaya tidak terjerat diri sendiri

Kesimpulannya . Jom kita audit,  susun semula, di urus elok –elok supaya masalah kewangan dapat di atasi sedikit demi sedikit.

Yang mana ada kad kredit perlu kaji betol –betol adakah ia membantu anda dalam menyelesaikan masalah duit atau menambahkan jumlah hutang  dalam akaun.

Jangan lupa catat segala jumlah keperluan sebelum berbelanja supaya ada garisan sempadan

Kurangkan berbelanja tanpa perancangan .

Berjimat cermat apa yang boleh kita jimatkan

Jauhkan diri dari pembaziran dalam berbelanja

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
                                            [Surah al-Israa : 27]

Masalah wang hadapilah dengan keimanan dan pengurusan yang terperinci

Supaya ketenangan hati dapat diperolehi.

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai