Nak tanam sayur senang. Nak bagi anak suka makan sayur . PAYAH sungguh!...kan kan.
Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan. Baru anak saya dapat makan nasi & sayur dalam kuantiti yang banyak dengan bantuan papa.
Cara-caranya
1) Ibu @bapa atau kedua duanya selalu tunjuk depan anak makan sayur dengan sedapnya.
Ingat ye. Kepimpinan melalui teladan. Hari -Hari tengok ayahnya makan sayur macam sedap je. Pasti dia terikut!
2) Selalu meminimakan hidangan makanan atas meja. Dan utamakan masak sayur supaya anak kurang pilihan bila nak makan. Kuranglah sikit mengade adenya. Selain dapat elakkan pembaziran.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".
3) Paksa anak makan sayur. Dan bagitahu khasiatnya. Contoh ayat. " Ha!, tengok umi makan sayur. BARU sihat dan kuat. Buat sikit gaya tangan macam kuat. Hehehe.
4) Mulakan dengan kuantiti yang sedikit untuk anak - anak yang ada masalah tidak suka makan sayur.
4) Bagi kata -kata pujian kalau berjaya makan, kunyah dan telan hingga habis.
BAGI kanak-kanak, mereka berjuang nak habiskan lagi lagi yang kurang minat ni. Tak caya tataplah wajah anak- anak bila suruh makan sayur banyak - banyak ni. Nak snap pic pun mak tak sanggup!
5) Sekali sekala bagila reward atas kejayaan makan sayur yang banyak dan kerap. Saya selalu merewadnya seperti bawa ke taman permainan yang dia suka bila dia 'good boy'.
6) SELALUlah makan sama - sama supaya anak lebih bersemangat nak makan. Meskipun menguji KESABARAN dan KEIMANAN si ibu dan bapa.
Okey. Selamat berjaya semua ibu -bapa InshaALLAH selepas ini anak-anak suka makan sayur.
No comments:
Post a Comment