Setiap manusia yang hidup di muka bumi pasti ada
masalah yang tersendiri.
Masalah terlalu banyak namun harini saya ingin menulis
tentang masalah kewangan yang semakin meruncingkan fikiran kita semua
.
Jangan risau semua yang menggunakan duit memang
akan hadapi masalah .
Cuma jumlah dan masa yang di hadapi berbeza
mengikut perjalanan pengaliran gaji orang yang bekerja.
Dulu masa belajar ramai yang berkata bila dah
kerja mungkin kehidupan semakin terurus dan tenang kerana adanya gaji setiap
bulan.
Namun bila kita mula bekerja kita mula
mengatur langkah untuk membeli asset satu persatu kerana merasakan mampu milik
Permulaan hidup dengan membeli sebuah kereta
kerana kereta keperluan yang perlu kita miliki, apatah lagi tuntutan kerja yang
memaksa kita bergerak laju seiring dengan teknologi.
Dengan itu bermulalah pengiraan hutang dalam buku
kira-kira
Ramai yang beranggapan bekerja kerajaan
menjanjikan keindahan dan jaminan ketenangan.
Memang ada kebenaran di situ . Namun jangan
menyalahgunakan kelebihan yang ada.
Ya, kita mudah membeli kereta, rumah dan
pinjaman peribadi untuk kepentingan peribadi
.
Siapa pun tidak boleh menidakkan kemampuan kita
berbelanja kerana gaji kita masuk setiap bulan.
Namun ramai yang tidak sedar kadar muflis di
Negara banyak di pegang oleh golongan muda. Diulang yer golongan muda .
Silap-silap kita diantaranya. ( Nauzubillah )
Memiliki slip gaji bulanan , selain nafsu membuak
buak untuk membeli itu dan ini dengan mudah membuatkan kita bertindak dahulu
sebelum berfikir.
Kerana mudahnya membuat hutang ramai yang memilih
membuat loan peribadi untuk membina mahligai kerana merasakan itu cara
yang pantas dan mudah.
Namun alangkah sedihnya, pinjaman pertama akan
bertambah menjadi pinjaman kali kedua, ketiga untuk menutupi masalah
kewangan yang lain kerana faktor mudahnya nak buat menambah hutang.
Kita lupa untuk menabung dulu kerana merasakan
meminjam dahulu kemudian baru fikir bayar campur interes yang tinggi dalam
jangka masa yang panjang adalah solusi yang tepat dan pantas
Budaya menabung langsung tak terlintas dalam
pemikiran tatkala kita memaksa diri mengejar arus masyarakat dan semasa
terutama bab harta benda.
Keperluan material kita kejari melebihi kemampuan
diri.
Ibarat memakai baju tanpa mengikut saiz badan
yang sebenar.
Hasilnya keserabutan yang panjang dan lama dalam
kehidupan
Kegelisahan yang tak pernah sudah
Hidup seperti kais pagi makan pagi kais petang
makan petang.
Kita lupa mengukur baju di badan sendiri.
Melihat orang bertukar kereta kita pun nak, lihat
rumah kita pun nak, jiran renovated rumah kita pun nak, melihat jualan sale
kita pun nak shopping.
Hasilnya kita berkira-kira dalam berbelanja pada
yang sepatutnya
Keperluan ekonomi sendiri pun kadang-kadang
terkurang apatah lagi kita nak membantu ekonomi orang lain. Jangan harap lah!
Adik beradik sendiri pun tak mampu kita menolong
Ibu dan ayah di kampong tidak mendapat duit
belanja tetap walaupun anak anak sudah bekerja
Kerana pengurusan duit kita ( orang muda )
semakin pincang
Mereka sudah tua namun masih hidup susah
seperti menyara kita waktu kecil
Setiap tahun kita menikmati pertambahan gaji
Namun kita tak merasakan pertambahan malah kita
merasakan semakin tak cukup.
Kerana kenaikan gaji kita seiringkan dengan
pertambahan hutang.
Ini belum lagi yang membuat pinjaman semata-mata
untuk terlibat dengan perniagaan MLM akibat kegelapan mata melihat kereta
kereta mewah hasil kejayaan mereka yang dah kononnya berjaya.
Masalah wang perlu di hadapi !
Bukan Gali lubang tutup lubang
Dengan pengurusan yang teliti dan efektif bukan
mencari highway pintas menjadikan loan peribadi sebagai pilihan utama.
Setiap keluarga perlu tahu kiraan ekonomi
Catat pengeluaran duit supaya nampak arah
pengeluaran kewangan kemana .
supaya tidak ada yang terover dalam kelajuan
berbelanja sehingga lupa kemampuan sendiri
Supaya kenal dapur, dan tahu kelajuan diri
berlari mencari rezeki
Supaya anak-anak tahu berjimat cermat dan tahu
nilai matawang, jangan main order jer
Supaya si suami tidak sentiasa mengharapkan
pertolongan sedekah si isteri sebab selalu berada dalam terdesak time
Tak lupa juga, ibu bapa mohon tidak terlalu
meletakkan target anak mengumpul asset seperti yang diimpi
Ya, bersedekah baik sangat baik lebih lebih lagi
pada keluarga kita
Namun berhati hatilah !
Jangan ada yang mengambil kesempatan dalam
kesempitan.
Meminta-meminta tanpa titik kesudahan
Melengkapkan impian orang tua adalah kebaikan
yang digalakkan
Itupun perlu ada susunan yang terperinci supaya
tidak terjerat diri sendiri
Kesimpulannya . Jom kita audit, susun
semula, di urus elok –elok supaya masalah kewangan dapat di atasi sedikit demi
sedikit.
Yang mana ada kad kredit perlu kaji betol –betol
adakah ia membantu anda dalam menyelesaikan masalah duit atau menambahkan
jumlah hutang dalam akaun.
Jangan lupa catat segala jumlah keperluan sebelum
berbelanja supaya ada garisan sempadan
Kurangkan berbelanja tanpa perancangan .
Berjimat cermat apa yang boleh kita jimatkan
Jauhkan diri dari pembaziran dalam berbelanja
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang
membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah
makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]
Masalah wang hadapilah dengan keimanan dan
pengurusan yang terperinci
Supaya ketenangan hati dapat diperolehi.