Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Sunday, March 12, 2017

Hujan Rahmat waktu mustajap doa

Alhamdulillah hujan lagi.

 Allahumma soyyiban naafia'n
Ya Allah, ALLAH jadikan hujan ini hujan yang memberi manfaat

Masa mustajap untuk berdoa. Insha Allah.

yang sulit jodoh doakan dipermudahkan

yang menghadapi peperiksaan dipermudahkan

yang menghadapi kesakitakan fizikal

yang sedih dizalimi ahli keluarga

yang sedih dizalimi manusia lain

yang sulit kewangan

yang menghadapi kesibukan melampau

yang dikelilingi hutang piutang

yang duit tak pernah cukup

yang rasa penat bekerja

yang rasa sakit hati dengan pasangan

yang pening dengan masalah anak

yang hadapi penyakit kronik

yang sedih ahli keluarga sakit

yang sulit masalah muka

yang berazam nak berhenti 'smoking'

yang sulit masalah kerjaya

yang sulit tak tau nak cerita

yang rasa nak berubah jadi baik tapi susah

yang dirundung malang bertimpa-timpa

yang yang....... tak dapat diterjemah dengan kata-kata

Walau apa pun masalah kita. Ingatlah Allah sayangkan kita. Bagi nafas dan bagi masa untuk menjalani kehidupan seperti biasa

Doalah SUNGGUH-SUNGGUH ! ALLAH ada dan sentiasa dekat dan Maha Mendengar. Semua yang terjadi adalah dengan IZIN ALLAH.

Banyakkan istighfar moga ALLAH bagi jalan keluar tak disangka-sangka. Kita semua MILIK Allah. Allah lah tempat terbaik untuk mengadu domba !

Sunday, July 31, 2011

Nostalgia kanak kanak ( Warna warni Ramadhan & Aidilfitri )



Ramadhan bulan mendidik jiwa.
Alhamdulillah hari ini saya berjaya menghadirkan diri dan menjadi peserta dalam MESRA mengedarkan risalah Ramadhan pada tetamu yang mengunjung Tasik Shah Alam berdekatan dengan Masjid Negeri

Pengisian pagi yang bermakna selain dapat mendengar tazkirah Hanim di samping teman-teman solehah bertemankan Ukhti Nurul Adni & Abdullah yang comel. 

Alhamdulillah walaupun sekejap tetapi sangat bermakna untuk memotivasikan diri menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.

Didoakan saya & semua pembaca dapat meningkatkan iman ke tahap semaksima di kala permulaan & pertengahan Ramadhan yang semakin tenggelam dek syawal yang terlalu dinantikan.

Semakin berusia semakin hilang nikmat @ kegembiraan menyambut syawal  dengan pakaian serba baru berbanding zaman kanak-kanak, waktu itu saya lebih mendambakan syawal kunjung tiba tanpa pengertian yang bermakna.

Saya masih teringat zaman kanak-kanak tika Ramadhan menjelma, saya sangat teruja dengan bantuan dan sedekah yang diterima duit, baju raya, majlis berbuka puasa, beras dan macam- macam lagi disedekahkan untuk saya dan keluarga. 

Kenapa bagi pada saya? Jawapannya sebab saya dikategorikan sebagai anak yatim tidak berbapa.

Tanpa banyak soal saya menerima tanpa sebarang syak wasangka. Ada satu waktu di sekolah saya dipanggil untuk diwawancara sebelum layak menjadi si penerima. "mak bagi duit raya tiap-tiap tahun berapa? Saya cakap tiada, cikgu tu tak percaya. Mana mungkin saya berdusta pada bulan puasa. Saya pun takut dosa nanti sia-sia puasa dia terus bertanya kenapa? 

Saya pun bercerita mak saya cakap hari-hari dia bagi duit raya. Lagipun mak saya cakap bulan puasa saya dah kaya dari hari hari biasa. Cikgu tu terus ketawa. =) hati pun terus berkata-kata “apalah cikgu ni ketawakan saya". Berjenaka pulak dia, Rasa marah pun ada. Padahal cikgu tu hanya menjalankan tugasnya,kesian dia. Jangan marah yer cikgu. Saya pun dah pakai nametag cikgu hihihih

Tatkala ibu saya bersedih menanti Pagi Raya. Saya dan adik pula semakin melonjak gembira.Ekspedisi mengutip duit raya akan bermula. Hip hip hooray! 

Seawal pagi kawan-kawan, sepupu sepapat menanti di pintu rumah. Takut ada yang tertinggal, terasa, merajuk akhirnya meninggalkan satu nostalgia iaitu "merajuk di pagi raya" & muka berubah semacam cuka sampai seharian. Jadi kami pun menunggu sehingga cukup korum baru kami memulakan langkah.

Kami beraya dari satu rumah ke satu rumah. Siap perancangan lengkap lagi rumah mana kami bermula dan berhenti rehat seketika untuk menjamah kueh raya jika kami kehabisan tenaga.

Oleh kerana amalan ini menjadi acara tahunan jadi senang kami untuk mengatur segala-galanya. Tak cukup dengan poket baju kurung ada plak galas beg bersama. Hahaha macam-macam gaya.

Mujur time ni tiada kamera digital kalau tidak .Erm tidak dapat saya gambarkan betapa comotnya saya dan betapa hebatnya kami semua . Sampai ke petang kami mengutip duit raya. Letih bukan kepalang, penat tidak terkata.

Namun pengertian syawal pada zaman kanak-kanak hanyalah pada material semata-mata. Berakhir dengan pengiraan duit raya hingga acara kemuncak pada sebelah malamnya mengira jumlah duit raya. Selepas itu mulala sibuk bertanya.

Siapakah yang menjadi juara ? johan kutip duit raya.Yang pasti, tentulah bukan saya. Kerana saya tidak pandai atau bahasa yang lebih indah saya tak suka mengira, asyik salah saja!

Menziarahi pusara ayah amalan yang biasa, saya hanya tahu kematian bapa namun saya tidak merasa sesedih mana, kerana saya kehilangan abah ketika saya baru mengenal allif,ba, ta. Kadang-kadang sedih juga namun pada waktu itu perpisahan dan kematian belum lagi berjaya meruntun jiwa ( pada waktu itu la )

Saya tidak rasa kekurangan apa-apa. Cuma saya sedar abah sudah tiada bertemu pencipta.

Dan saya mula menanam keyakinan suatu hari nanti saya pasti berjumpa juga di syurga tapi entah tak tahu bila? ( pemikiran pada usia kanak-kanak )

Dan mak pula cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik dalam kehidupan kami bertiga sedaya upaya.

Dari hari ke hari saya mula bertanya? Pertanyaan yang tiada kesudahan. Kehilangan ayah membuatkan saya menjadi ingin tahu rahsia kehidupan.

Namun soalan saya banyak dipendamkan kerana pada usia itu saya tidak petah berbicara dan tiada medan untuk seisi luahan rasa. Saat itu tiada sesiapa pun mampu memberi jawapan yang sempurna.Yang mengurangkan sesak di dada. Ketidaksempurnaan hidup dan ketidakadilan duniawi kian saya terasa ia seakan mengusik hati untuk mencari satu jawapan yang luar biasa.

Setelah umur kian meningkat dewasa, satu persatu kawan saya hilang dari pandangan mata. Malu mula menghiasi rupa & jiwa. Ramadhan mula mengisi jiwa & memberikan pengertian yang berbeza. Terawih menjadi amalan kami bersama sama. 

Seandainya saya melakukan apa-apa yang tiada makna, hati mula berkata, mesti Allah murka. Abah disana lagi kecewa . Itulah mainan kata-kata yang berdetik di lubuk jiwa tatkala diri terjerumus dengan kegiatan yang berdosa.

"ROBBIFIRLI WALIWALIDAIYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOGHIRO". Semoga Abah ditempatkan di tempat orang yang beriman. Amin ya Robbal Alamin

Friday, July 29, 2011

Sistem dunia tidaklah seindah mana...Berpaksikan Allah untuk mengindahkan segalanya


Buku "bestseller" bagus untuk di baca. Semoga Penulis buku ini diberikan Hidayah Oleh Allah. Amin=)

Selepas mendengar hasil pembedahan buku “ If you want to be Rich & Happy Don't go to school ”dalam satu perkongsian ilmu.

Jemari ini terasa melekat di keyboard untuk meluahkan sesuatu.

Buku yang sedikit sebanyak memperlihatkan kesan & keterbukaan dalam sistem pendidikan dalam kehidupan.

Ada yang menyalahkan sistem pendidikan menghasilkan kepincangan masalah di kalangan remaja.

Ada juga yang tidak mempersetujui silibus pendidikan di sekolah .

Ada juga yang bercakap- cakap dengan kesalahan kesalahan sistem pendidikan sekolah.

Ya, semua sistem yang manusia cipta pasti ada kekurangan.

Namun saban hari orang-orang yang berada dalam sistem pendidikan cuba melakukan yang terbaik dalam mendidik anak bangsa.

Apakah pilihan anda seandainya tidak bersetuju dengan pendidikan yang ada.

Tepuk dada tanya iman anda.

Bagi saya seorang pendidik yang berjiwa.

Pendidikan yang utama adalah apa yang terbentuk pada jiwa individu tersendiri.

Mempunyai Nilai Tuhan di hati, Nilai Islami

Mempunyai matlamat yang tersendiri, sekalipun dikelilingi sistem sistem yang memeningkan.

Sistem yang mampu menjanakan pemikiran yang terpelihara, bebas dari penjajahan minda.

Walaupun dibebani dengan pekerjaan, mempunyai banyak laluan kesakitan dari kegembiraan

Bukan untuk terus dihujahi akan tetapi cuba untuk hadapi & terus mencari solusi.

Nah, Inilah Tarbiyyah ( pendidikan ) dalam jiwa yang seharusnya disemai dengan suntikan pendidikan Aqidah yang satu.

Inilah pendidikan yang utama pada manusia yang berjiwa & berakal waja.

Orang yang merasakan sentiasa bersama Allah dan merasakan kebersamaan Allah dan para malaikat dalam semua perkara.

Berpaksikan Al Quran, hadith & sirah

Pasti tidak sewenang-wenangnya menyalahkan sistem pendidikan yang ada seperti bangau menyanyikan lagunya.

Sekali lagi , Sistem dunia dicipta oleh tangan manusia yang penuh dengan kekhilafan

Pasti tidak berjaya menenangkan hati sepanjang masa , hanya mampu mengenyangkan fizikal, mencantikan laluan manusia dalam masa yang sementara.

Sistem Politik, Sistem Universiti, Sistem Sekolah, Sistem Peperiksaan, Sistem Pemarkahan, Sistem Perbankan, Sistem jalanraya, dan sistem –sistem seantero dengannya pasti tertonjol kepincangannya jika itu yang dihighlitght oleh mata kita.

Jadi hadapi sistem yang ada dengan pertimbangan yang waras adalah lebih baik dari berkata-kata sahaja atau menyalahkan sebelah pihak.

Kalau untuk penambahbaikan & untuk diatasi bersama. Insyaallah pasti ada jalannya.

Yang kedua ialah Sistem pendidikan dari rumah.

Sistem yang di amalkan dalam rumah oleh penghuni yang berada dirumah .

Bukan sistem ketua rumah atau sistem suri rumahnya sahaja. Sistem amalan semua penghuni rumah yang terjadi dalam rumah. Sistem ini bakal membentuk perwatakan & akhlak , pendidikan sivik dalam banyak perkara.

Sistem ini berkait rapat dengan keperibadian, kebijaksanaan & keperihatinan ibu bapa kepada anak-anak.

Tidak hanya mementingkan material atau kesenangan seisi rumah tapi ia berkait juga dengan hubungan semua dengan Allah supaya hubungan dengan seisi rumah bakal terjaga.

Kekurangan sesuatu dalam keluarga akan terlihat hasilnya dengan perangai istimewa di dalam sekolah.

Anak bermasalah di rumah buat hal di sekolah.

Ini tidak bermakna semua ibu @ bapa harus berhenti kerja untuk memfokuskan segala perhatian kepada pembesaran perkembangan kanak-kanak sehingga menjadi golongan ‘over protected’.

Di sekolah ibu bapa menghantar anak-anak dengan harapan yang tinggi, namun di rumah bagaimana?

Ramai yang memilih menghantar anak di Tahfiz, MRSM, Sekolah Agama, berasrama penuh, sekolah kelas pertama tapi menidakkan agama apabila mereka kembali menyangkut uniform sekolah di rumah.

Di rumah lagaknya seperti raja, keberadaannya di rumah tidak digunakan sepenuhnya. Tidak ada sistem langsung di rumah. Soal disiplin tidak dijadikan budaya di rumah.

Apakah mereka mampu mempertahankan perwatakan yang baru dibentuk di sekolah.

Pastinya sukar sekali. Kerana timbul perbezaan suasan di rumah & di sekolah.

Kekeliruan identiti, meneladani contoh di rumah atau mengamalkan teori & amalan dari sekolah

Perkara inilah yang menghasilkan lambakan pelajar-pelajar bermasalah di sekolah yang sepatutnya menghasilkan orang yang beragama dan bermanfaat pada semua.

Dan membuatkan orang macam saya stess saja.

Saya percaya ramai cuba ibu bapa cuba mengorak langkah bersama-sama anak-anak ke persekitaran yang membina keperibadian mukmin. Alhamdulillah. Inilah yang kita doakan & harapkan.

Kehadiran pelajar yang didik di rumah melancarkan perjalanan seorang pelajar & menyenangkan pembelajaran guru di sekolah

Mengecilkan jumlah fail disiplin di sekolah

Mengurangkan surat-surat amaran untuk di pos ke rumah

Saya percaya semua yang membaca ingin menjadi penduduk di Taman Syurga.

Pada pelajar saya, semoga anda faham penulisan saya.

Pada pembaca yang dirahmati ALLAH.

Jom kita kumpulkan keazaman untuk mengorak ke depan dalam ibadah kita

Jadikan Ramadhan kali ini sebagai motivasi kita.

Titik perubahan untuk berubah. InsyaAllah.

Tuesday, June 7, 2011

Dimanakah Al Quran & Handphone kita?

Sudahkah anda membaca Al Quran hari ini?
Dahulunya kita disuruh ibu ayah pergi mengaji tanpa kita mengetahui keperluan Al Quran pada diri kita . Sampaikan ada yang nyaris di rotan kalau tidak pergi mengaji.

Kerana keseronokan menguasai ilmu yang baru kitalah kanak-kanak yang bertatih tatih membaca ALif, Ba, Ta hingga pandai Juz Amma.

Bila diri menginjak ke alam sekolah kelancaran Al Quran melajukan kita mengkhatam Al- Quran .

Saya percaya ramai yang mengkhatam 30 juzuk pada belasan tahun. Akan tetapi ada juga usia menghampiri senja masih lagi tidak mencapai apa yang dijangka. Masih ada juga yang belum bermula.

Dengan adanya teknologi yang serba canggih, pendedahan ilmu yang terbuka luas , Alhamdulillah ramai anak kecil sudah boleh mengaji seawal diri mendaftar tahun satu di sekolah rendah.

Masa mendahului segala. Dek kepandaian kita di alam akademik membawa kita kealam universiti berhenti kealam pekerjaan yang meragut kesenangan masa kita untuk membaca Al- Quran.

Adakah kita masih lagi mengaji & membaca tafsirnya ?

Atau pun kita membiarkan Cd, Laptop, Kereta atau Handphone terus terusan melantunkan ayat-ayat suci tanpa aura khalifah seperti kita ?

Siapa sebenarnya yang nak menghadapi hari pembalasan dan menginginkan Syurga sebenarnya ?

Soalan pada saya dan semua..

Ya, Handphone banyak membantu kita, saya juga seperti anda handphone seolah-olah menjadi bayang-bayang manusia.

Ada yang boleh naik hantu kalau handphone berpisah darinya.

Namun ramai manusia yang menjalani kehidupan sehari-hari sepi tanpa membaca Al Quran.

 Sangat menakutkan bilamana manusia mula meninggalkan Al quran dan memegang Al Quran sekali sekala.

Sedangkan handphone hanya memberikan kemudahan dalam urusan dunia. Kita tak mampu berpisah darinya walaupun sedetik cuma.

Walhal, Al Quran memberikan kemudahan, ketenangan dunia dan Akhirat. Tapi kita tinggal-tinggalkan.

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, ia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,

"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (Hadith sahih, riwayat Muslim)

Handphone Al Quran . Mungkin ada yang mengambil pendekatan mencari Hp & Al quran . Adakah anda menggunakan ayat-ayat di dalamnya, Tadabbur dan tasmid sebagaimana Al-quran sebenar?

Atau sekadar halwa di telinga ?

Sudahla kita tidak tahu maknanya. Malas pula membaca dan melihat tafsirnya.

Sebab itulah hati kita keras tatkala ayat-ayat suci kedengaran oleh telinga kita.

Sepatutnya kita membaca Al quran. Kita terasa bilamana ayat menyentuh tentang Azab Allah dan neraka

Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang bernyala-nyala. Dan makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih. (surat Al Muzzammil ayat 12-13 )

Apakah ayat ini akan melajukan getaran di dada kita sejenak untuk melakukan kebaikan dan menghentikan kejahatan.

Ataupun

Kita terasa berlumba-luma untuk membuat kebaikan bilamana menjumpai ayat menghuraikan ganjaran syurga pada orang yang bertaqwa.

Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa ( surah Ali Imran ayat 133 )

Orang yang dapat menghayati bacaan al-Quran, akan merasakan seolah-olah al-Quran itu ditujukan  kepadanya. Apabila dia sedang membaca ayat mengenai azab, dia seakan-akan membayangkan kalau azab Tuhan itu sedang berada di depan matanya. Apabila sedang membaca ayat mengenai syurga, maka seakan-akan syurga itu juga berada di hadapannya

Sesungguhnya orang yang beriman itu, apabila disebutkan nama Allah, akan bergetar hati mereka. Apabila dibacakan ayat-ayatnya (al-Quran), maka akan bertambah keimanannya.(Surah al-Anfal, ayat 2).

Bacalah Al quran dengan penghayatan yang berbeza selepas ini duhai diri saya & pembaca.

Semoga Air mata ketakutan kita dapat menyertakan diri kita untuk merapatkan diri dengan Allah.

Ibnu Abbas berkata , saya mendengar Rasulullah berkata: ” Dua mata yang tidak bisa disentuh api Neraka adalah mata yang menangis dikeheningan malam karena takut kepada Allah, dan mata yang berjaga dimalam hari karena membela agama Allah (HR Tarmidzi & Abu Na’im)

Ayuh, kita kembali hidupkan hari dengan membaca Al quran.

Jangan mencipta beribu alasan dan hujah untuk menyokong kita meninggalkan Al quran sama sekali JANGAN.

Sesungguhnya Allah memberikan banyak reward pada kita untuk memotivasikan kita membaca.

Kalau ada masalah membaca, mengeja , sebutan makhraj mahupun Tajwid.

Jom kita sama-sama mencari ilmu membaca Al quran .

Dari Abdullah bin Masúd ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur'an), maka ia akan memperoleh pahala satu amal kebajikan, dan pahala satu amal kebajikan dilipatkan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahwa Alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf , lam adalah satu huruf, dan mim juga satu huruf." (Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Darimi. Menurut At-Tirmidzi hadits ini hasan sahih)

Di manakah Al –Quran anda ?

Ambillah & bacalah dengan nama TUHANMU.

Mulakan dengan hari ini juga.

Monday, May 30, 2011

Proud to be muslim ... Do You ?




Proud to be a Muslim

Written by: Kamal Uddin
Melody by: Kamal Uddin

#Chorus:
Laa ilaaha illallaah Muhammad ur Rasoolullah x2
In the name of Allah the most merciful
I love Muhammad Mustafa (pbuh) than the whole wide world
Making partners with Allah is the greatest sin
I shall never ever worship anybody but Him

#Chorus
For my guidance I recite the holy Qur’an
Everyday I fast in the month of Ramadhan
When I meet my brothers and sisters each day
‘As salaam u alaikum’ (peace be upon you) is what I say

#Chorus

From my money I give some to those in need
to be grateful to Allah and to cure my greed
I always follow the Qur’an and the prophets way
Insha Allah (if Allah wills) I shall go for Hajj one day

#Chorus

Many messengers came to guide us along
to enjoin what is right and forbid what is wrong
All the prophets that were sent came to preach one thing
‘There is no other gods but the King of kings’

#Chorus

Before I go to sleep I read the du’aa
‘Allaahumma bismika amootu wa ahyaa’
When I wake up in the morning I praise Allah
‘Al hamdu lillahillazee ah yaanaa’

#Chorus

I only love for my brother what I love for myself
Only Allah do I worship and ask Him for help
Everyday five times must I always pray
I am proud to be a Muslim now everyone say…

Chorus x2

Thursday, March 31, 2011

Memahami dulu baru difahami…..

Kisah 1

 Suatu hari saya didatangi oleh seorang pelajar.

"Cikgu, saya nak berhenti sekolah!" terkejut saya mendengar pernyataan itu. Saya melihat wajah sungul pelajar tersebut dengan penuh kehairanan lalu bertanya kembali "Kenapa nak pindah?” dengan linangan air mata dia berkata "Saya tak mampu nak hadapi hari esok, dia ugut saya nak bocorkan rahsia saya pada kawan sekelas sebab saya bergaduh dengan dia. Saya malu dan takut cikgu."

Saya tersenyum secara spontan. " Cikgu! Kenapa cikgu senyum , saya tahu perkara ini kecil bagi cikgu, cuba cikgu jadi saya mesti cikgu akan rasa benda yang sama." Saya terus memujuknya “ Ok cikgu cuba memahami kamu yer”.

Saya cuba mengimbau kenangan lama. Cuba untuk mengimbas kembali pemikiran dan kehidupan saya ketika usia mencecah 13 tahun. Mengecilkan diri dengan imiginasi untuk lebih menghayati isi hati perempuan yang berada di hadapan saya. Hmm ada kebenaran di sebalik kata-kata dia tadi.

 Dia menambah  "Cikgu dah besar ,mungkin perkara ini kecil bagi cikgu tapi bagi saya ia sangatlah besar, saya nak berhenti sekolah juga sebelum dia malukan saya." Saya membiarkan dia melepaskan kesedihan dengan penceritaan panjang tanpa titik. Mungkin itu dapat menenangkan emosi dia yang tengah bercelaru.

Ya, saya juga pernah dimalukan oleh teman sekelas dengan perkara-perkara yang memalukan saya seperti ejekan dan ugutan nak pecahkan rahsia bila bergaduh. Budak-budakla katakan. Itu modal yang paling laris untuk digunakan bila hati dah sakit , dendam pun mula seiring dengan emosi marah. Saya menghentikan lamunan saya bila terdengar deringan loceng rehat. “ Beginilah, jangan berhenti sekolah yer, cuba kamu bersabar sikit. Nanti cikgu bagi idea lain untuk tolong kamu”. Muka yang pada mulanya kelihatan sugul tampak sedikit bercahaya gembira. “ Ok cikgu , janji tau simpan rahsia baik-baik . Jangan bagitau dia , saya report kat cikgu!” saya tersenyum.

Kisah 2

Seorang anak berusia 7 tahun bertanya pada ibunya “ Ibu apa itu sex? “ Ibunya terasa sedikit kehairanan . “ kenapa  adik “. Anaknya terus berkata “ Jawabla mak, kalau tak adik tanya abang”. Alamak ibunya ada sedikit keraguan. Kalau ditanya pada abangya nanti salah pula faham. Ibunya pun menceritakan perihal sex dengan bahasa yang berbunga bunga pada anaknya.

Setelah habis bercerita, anaknya terus menangis kerana terkejut dengan pendedahan ibunya. Anaknya terus menjerit “ Ibu! dekat sini jawapan dia dua jer female / male . Kenapa ibu bagi jawapan panjang sangat macam tu?

Rupa-rupanya anaknya bertanya tentang sex= jantina untuk mengisi borang yang diberikan oleh guru. Sedangkan ibunya ingat anaknya bertanya tentang pendidikan sex. Ibunya baru sedar anaknya baru berusia 7 tahun . Pemikiran yang polos daripada perkara-perkara yang dewasa dari umurnya.

Kedua dua kisah ini saya editkan supaya menjadi contoh dalam kehidupan. Bila diri kita menginjak ke peringkat yang lain. Kita secara automatik akan terlupa bahawa kita pernah melalui fasa sebegitu suatu masa dahulu.

Dari alam kanak-kanak, alam tadika, alam persekolahan, alam remaja, alam masuk universiti sehingga berumahtangga dan bekeluarga. Fasa-fasa ini mengeluarkan kita dari pemikiran yang polos ke pemikiran yang penuh dengan kematangan sejajar dengan ilmu dan pengalaman hidup. Begitu juga dengan nikmat keduniaan yang kita perolehi daripada tidak mempunyai apa-apa sehingga memiliki pelbagai benda.

Namun bila kita di hadirkan masalah yang pernah kita lalui oleh orang lain kita lebih suka untuk difahami oleh orang lain dengan cara kita daripada kita memahami orang lain .

Mengharapkan si pendengar memahami kita sebagaimana pemahaman kita tanpa kita memahami dirinya terlebih dulu.

Melupakan perkara yang kita pernah tempuh suatu masa dahulu sepertimana mereka lalui.

Ibaratnya….

Pemimpin mengarahkan kita berjimat cermat dan belajar berniaga supaya lebih terancang kehidupan dan belanjawan negara. Sedangkan isi rumahnya terkenal dengan berbelanja mewah dan hidup dengan kemudahan yang melimpah ruah.

Orang yang berada di atas hebat dengan pengarahan sehinggakan hilang nilai kemanusiaan dan lupa yang dulunya dia bermula dari kerja bawahan. Memijak-memijak perasaan orang bawah sehinggakan terlupa persamaan aqidah yang tertulis dalam kamus kehidupan.

Ibu bapa memarahi anak-anak tanpa mengambil kira usia mereka, pengaruh rakan sebaya, kemajuan teknologi, kedangkalan ilmu agama dan kekurangan perhatian ibu bapa kepada mereka. Kadang kala mereka lupa dengan dosa mereka dahulu kala apabila melontarkan kemarahan melalui kata-kata yang pedih tanpa mempedulikan perasaan anak anak.

Guru memarahi anak murid tanpa memberikan rasional pada mereka dengan harapan murid akan faham dengan kemarahan bertempat guru tanpa mempedulikan ketidakwarasan anak muda yang semakin hari kian tipis imannya. Pelajar lebih bertemankan nafsu membungakan perasaan tatkalau usia mencecah alam remaja. Kemarahan tanda sayang kalau tidak disimpulkan dengan baik akan menyuburkan dendam kesumat di hati mereka.

Bos memarahi keraninya kerana lambat siapkan laporannya tanpa mengetahui bahawa anak buahnya sedang menghadapi ujian rumahtangga yang retak menantikan belah . Sedangkan ini kali pertama kerani ini lambat siap kerja di pejabat. Hilang semua ratusan kebaikan kerana tewas dengan satu kekurangan.

Sahabat yang semakin kurang perasaan kemanusiaan apabila sahabatnya meminta sedikit pertolongan tatkala diuji kesusahan kerana dirinya dimamah kemewahan harta benda dan kebahagiaan bekeluarga dan tengah berada di zon selesa. Sedangkan suatu ketika dulu dia dulu dibantu oleh sahabat2nya di zaman kesusahannya.

Seorang pelajar sekolah yang baru mengenal insan yang bergelar lelaki dan mula berkecimbung dengan dunia pergaulan menyulam bunga-bunga cinta, di provoke impian perkahwinan oleh kakak senior disekolah. . Sedangkan adik adik itu baru melangkah ke alam persekolahan. Hmm alamatnya pelajar tersebut matang dalam pergaulan tercicir dalam pelajaran.

Ayah mendesak anak tunggalnya menyambung bidang kedoktoran demi cita-citanya yang tidak kesampaian tanpa memperdulikan kemampuan anaknya dalam pelajaran .

Isteri yang asyik menyebut hak isteri tanpa mempedulikan hak suami kerana isteri lebih pandai dan banyak berbicara dan menang berhujah berbanding sang suami yang tidak ambil kisah.

Ada juga suami yang asyik berkempen ‘isteri harus menyelaraskan tindak tanduknya mengikut kesukaan suaminya tanpa diberi banyak pilihan’ sedangkan isteri penat bekerja sepanjang hari kerana berkongsi mencari nafkah untuk perancangan kehidupan masa depan.

Panjang lebar pula contoh diberikan. Saya rasa banyak lagi contoh yang sebenar kita akan alami sendiri dalam kehidupan. Kadang kadang kita perlu untuk memperlahankan kelajuan pemikiran mengikut keadaan, menguncikan kata- kata beberapa saat sebelum dilontarkan.

Kesimpulannya..

Jangan terlalu keras dengan ilmu, pemikiran dan pengalaman kita dalam kehidupan dalam setiap persoalan atau kejadian kehidupan insan lain dalam kehidupan.

Berhenti, Berfikir sejenak sebelum berterusan menyusun kata. Rehat seketika dengan menyelami perasaan agar nasihat, ucapan, kata-kata, tindakan dan perbualan kita tidak terlalu keterlaluan seiring dengan syariat dan zaman.

Jangan laju berkata sehinggakan mengikut perasaan , hampir hilang pertimbangan dan sangat memualkan untuk dijadikan panduan apatah lagi buat teladan atau pengajaran. Tajam menikam menusuk telinga menghentam pemikiran insan yang berdekatan.

Jadi, cuba untuk memahami dahulu seandainya ingin diri kita sendiri untuk di fahami. Insyaallah kita dan dia akan lebih memahami segala yang terjadi. Mencari kunci segala pintu permasalahan. Titik temu yang mendamaikan. Noktah kata yang akan mempersonakan .

Jangan terlalu taksub dan nak menang setiap kali dalam pertandingan di pentas kehidupan. Rendahkan hati dalam memberi pertimbangan. Raikan dengan memahami perasaan orang lain sebelum meminta perasaan kita diraikan. Berhenti sejenak dan renung-renungkanlah. Selamat beramal

" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
Q.S Al-Hujuraat : 10

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai