Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Wednesday, March 8, 2017

[ WANITA DAN ANAK ] kehebatan Allah.


Ramai WANITA baik takut bernikah kerana pengalaman menjadi ANAK dalam pernikahan ibu bapa @keluarga yang bermasalah.
Ramai WANITA baik bertahan dalam perkahwinan bermasalah kerana ANAK.
Ramai wanita BAIK memilih bernikah kerana ingin mendapatkan keturunan ANAK yang baik.
Ramai WANITA baik berjuang membaiki rumahtangga mereka bersama pasangan ke arah kebaikan demi ANAK.
Ramai WANITA baik keluar mencari rezeki untuk kesenangan dan kemudahan ANAK
Ramai WANITA baik bernikah lagi kerana inginkan ANAK.
Ramai WANITA baik menikah lagi kerana ingin ANAK mendapatkan kasih sayang seorang ayah.
Ramai WANITA baik memilih bersendirian selepas bercerai kerana ingin fokus membesarkan ANAK
Ramai WANITA baik memilih PENCERAIAN kerana ingin menjadikan kehidupan ANAK lebih baik.
NAMPAK TAK WANITA DAN KEBAIKAN BERPISAH TIADA.
Dimanapun situasi kita.
mulakan diri jadi ANAK yang baik dan DIDIKLAH anak baik -baik.
Sememangnya wanita suka menjadi BAIK.
Kita berusaha jadi BAIK sama -sama !
Meskipun sekeliling kita dipenuhi kejahatan!
Biarpun dunia menzalimi kita. Akhirat kita akan dapat hitungan yang saksama.
Tahutak Rasulullah s.aw. menyayangi umat MELEBIHI Kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada ANAK.
SEDARKAH kita ALLAH adalah sebaik baik Pemelihara. Sentiasa menutup Aib kita dan memberikan Rahmat dan Kasih sayang meskipun kita selalu melakukan DOSA.
Jesteru itu semua pembaca WANITA...
JOM KITA 💜💜💜💜💜💜💜 RASULULLAH SAW.
JOM KITA 💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💝💜💝💜💝💝💜💜💜ALLAH dan jadi hamba yang sentiasa BERTAUBAT dan BERSYUKUR.
Kita WANITA MEMANG RATU airmata
Kita wanita KAYA memberi kebaikan.
Kita mampu berumahtangga di SYURGA. InshaAllah.
Jom buat amal banyak banyak.
Gembira,penat&sedih di dunia tak apa. PERCAYA ALLAH ada bersama kita
Jadilah kita wanita penghuni SYURGA.
Nukilan jiwa dari seorang wanita -Cheq' Ayu.

Wednesday, June 15, 2011

Tanpa Ayah siapalah kita.

Ayah pemimpin keluarga
Saya mempunyai kenangan indah hidup bersama seorang lelaki yang dipanggil abah @ ayah selama 7 tahun .

Pemergian ayah ke sisi Allah adalah rakaman awal kesedihan dalam sejarah kehidupan saya.

Ia juga mendedahkan saya tentang kebenaran & kepastian saya tentang sebuah kematian .

Saya hanya mengenali ayah saya sebagai seorang lelaki yang menghadiahkan kehidupan yang indah pada emak & sedikit memori bersama keluarga ketika hayatnya masih ada.

Yang selebihnya saya menempuhi kehidupan ranjau bersama ibu dan adik beradik yang lain.

Hakikatnya,menghadapi hari hari seawal kanak-kanak, remaja & dewasa tanpa ayah bukanlah sesuatu yang mudah.

Tiada kuasa veto dari seorang lelaki untuk dijadikan garis panduan dalam setiap keputusan hidup.

Apatah lagi dijadikan idola @ tempat bergantung harap. Ini yang membuatkan jiwa saya lebih berdikari bersama emak dan yang lain.

Ya Allah, terasa longgar semua sistem ketahanan dalam diri untuk menjadi anak yang soleh & solehah tanpa kehadiran kepimpinan seorang ayah di sisi dalam sesebuah keluarga.

Namun, kekurangan sebagai seorang ayah saya perjuangkan & cuba penuhkan dengan pengisian seorang hamba yang mempunyai Allah di hati lagi dekat dirasai.

Allah Maha Penyayang & Pengasih. Saya selalu ditemukan dengan insan-insan yang mempunyai kemuliaan hati dalam mewarnai kehidupan saya seindah pelangi selepas hujan membasahi bumi.

Sehinggakan saya tidak lagi merasakan hari saya sunyi tanpa kehadiran seorang ayah menemani. Terima kasih kepada semua insan yang setia menemani saya di saat suka & duka :)

Saya mula terasa keindahan pinjaman ayah dari Allah yang sekejap bila dihitung-hitung sendiri setelah saya mempunyai keluarga sendiri.

Banyak monolog-monolog kecil terjadi di hati saya bila kehilangan demi kehilangan sering berganti tanpa persediaan untuk menghadapi hidup setiap hari.

Kesusahan , Keperitan & kekurangan mengajar erti saya untuk menilaikan Allah di hati sendiri.

Dan menjadikan saya lebih Menghargai segala  yang ada di sisi.

Teladan insan agung Rasulullah S.A.W yang membesar tanpa ibu & ayah patut dicontohi.

Mempunyai ayah yang tidak beberapa dikagumi @ tidak mempunyai ayah ( meninggal dunia ) @ ada ayah tapi tak bersama lagi ( penceraian) adalah perkara yang berbeza.

Jangan sesekali kita berkata

“ Daripada ada ayah yang tidak guna lebih baik tidak ada”

Kerana ayah juga macam kita semua . Ada sisi kebaikan dan sisi keburukan.

Mungkin seorang ayah tidak hebat dalam menterjemahkan kasih sayang dengan ayat-ayat cinta mahupun perbuatan yang lebih berjiwa untuk kita suka & puja.

Akan tetapi Kasih seorang ayah dapat ditonjolkan dengan “kerja keras mereka mencari nafkah pada keluarga”. ( Pada selalu yang mengadu ayah sibuk sekali mengalahkan menteri )

Kesetiaan ayah pada ibu & anak-anak adalah aset yang berharga, sangat penting & jauh lebih bermakna dari kemewahan harta.

Ketegasan & keseriusan ayah dalam beberapa perkara dalam percaturan juga penting dalam pembentukan sesebuah keluarga.

Mungkin Ayah kurang jiwanya untuk membelai mesra & mencurahkan perhatian istimewa pada anak-anak sebagaimana ibu yang lebih berjiwa iramanya dalam membesarkan kita.

Ayah kurang masa berguru dengan pakar motivasi , kurang kemahiran berkomunikasi, atau lebih banyak menyendiri dari membuat kita ketawa atau senyum sendiri. ( namun ada juga ayah yang hebat & memotivasikan diri )

Akan tetapi jauh di sudut hati, dia mahukan kesempurnaan pada anak-anak & isteri.

Dia mahukan yang terbaik buat setiap ahli keluarganya.

Lalu dia menghabiskan banyak masa di dunia pekerjaan, serius dalam perkiraan ekonomi, kurang hebat dalam belaian kasih sayang yang tertonjol pada perhubungan anak-anak.

Ya, Ayah tidak expert tentang perkara-perkara & remeh di rumah namun itu bukanlah tanda seorang ayah itu tidak mempunyai sekeping hati.

Ketahuilah jiwa lelaki sukar untuk kita tembusi & lolosi sebagaimana kita dapat meneropong perasaan ibu setiap hari.

Kalau tidak kita bakal menyaksikan ibu & ayah berkelahi setiap hari kerana minat bershopping yang sama , pemilihan warna langsir , perebutan turn mengemas rumah.

Perbezaan ayah & ibu adalah kecantikan Allah menghiasi& melengkapi diary kehidupan dalam pembentukan keluarga yang sejati.

Waktu ayah muda, kita banyak menyaksikan bentangan kesilapan berbanding paparan kebaikan mereka pada hari-hari tua mereka.

Maafkanlah mereka sebagaimana kita dimaafkan setiap kali melakukan kesalahan.

Kita sebenarnya lagi banyak bentangan kesalahan telah kita lakukan secara sedar @ tidak mengikut rentak  perangai kita sendiri. Mohonla maaf pada mereka selagi Allah masih memberi kesempatan waktu &masa seperti apa yang kita ada hari ini.

Runtuhkan benteng keegoan kita seorang anak yang kurang pengalaman hidup, hapuskan dendam di hati. Hadirkan kasih sayang yang suci tanpa sebarang kompromi

Ketahuilah semua pembaca,

Ayah juga mempunyai Misi & Visi untuk memantapkan keluarga dari hari ke hari, dari masa ke semasa.

Kepada pembaca yang masih diberi kesempatan masa dan nafas memanggil seorang itu ayah.

Tunaikan kewajipan anda sebagai ayah daripada kita menyoalkan apa kewajipan ayah terhadap kita.

Dunia ini bukan pentas yang layak untuk kita terlalu berkira-kira tentang keadilan dan kesaksamaan dalam pembahagiaan dalam sesebuah keluarga.

Kita tak mampu mengubah sejarah yang lalu @ kisah silam dalam kehidupan kita,

Namun kita mampu melakar perkara-perkara yang indah untuk terlakar dalam sejarah kita & anak-anak kita kelak.

Pada yang senasib dengan saya, Jangan risau kita masih boleh menunaikan hak sebagai seorang anak.


Hiasi akhlak seorang anak yang membahagiakan ibu & ayah. Walaupun mereka sudah tiada.

Contoh lain yang boleh seorang anak boleh buat pada ibu bapa yang telah meninggal dunia ( saya copy dari buku Wahai ayah , wahai ibu penulisan Hafiz Firdaus )

Dengan bersedekah, seperti mana hadis berikut daripada ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma:

Sesungguhnya datang seorang lelaki dan bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia, apakah bermanfaat untuknya jika aku bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab: “Ya.” Lelaki itu lantas berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sebuah kebun yang berbuah, maka saya persaksikan kepada engkau bahawa aku mensedekahkannya untuknya.”
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2770 (Kitab al-Wasiat, Bab jika diwakafkan tanah…)

Selitkan doa untuk ibu dan ayah kita setiap kali untuk berdoa.

Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak shalih yang mendoakannya.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia).

Semoga kita berjumpa Ayah & sekeluarga di Syurga nanti. Insyaallah.

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Inilah emak saya yang murah dengan senyuman :)


Tiada apa yang saya mampu ucapkan  selain syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas pemberian istimewa seorang emak disisi. Pemilik nama Asnah Binti Ismail sebagai pelengkap hidup saya.

Emak,  pentarbiyahan pertama saya,

Cekal membesarkan saya, adik, abang serta adik beradik yang seibu lain bapa, seayah lain ibunya dengan penuh kelembutan dan kesabaran.

Walaupun saya sudah berumahtangga,

Emak saya selalu menemani saya dan berada serumah dengan saya seperti dahulu. Saya suka mak saya duduk dengan saya saya lama-lama.

Emak, membesarkan kami adik beradik tanpa bimbingan ayah disisi setelah dijemput Ilahi.

Ayat yang menyentuh saya bila saya diuji musibah yang sangat meruntun jiwa saya.

“ Emak rela hidup susah tapi mak tidak akan biarkan anak mak yang susah ” .

Ucapan ini hanya terbit dari bibir seorang ibu yang menyayangi anaknya sepenuh hati.

Saya percaya semua emak yang ikhlas hatinya mempunyai  perasaan yang sama.

Dan faktor inilah saya rela berkongsi kesusahan dengan insan terdekat dengan saya kerana bimbang kerisauan yang keterlaluan tatkala mengetahui saya mempunyai sedikit masalah.

Tidak berniat memperlekehkan sumbangan bapa tapi itulah hakikat sebuah kehidupan bekeluarga.

Ibu lebih berjiwa terhadap anak -anak  .

Bapa juga memainkan peranan yang penting juga :)
( Jangan marah bapa-bapa penulisan khas buat bapa akan dikeluarkan juga nanti  bila hari bapa kunjung tiba )

" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". [Luqman 31:14]

Jom pembaca semua kita saling mohon maaf pada mereka

Dan maafkan kesalahan mereka supaya melembutkan hati kita dan jauhkan kita dari dendam kesumat dalam dada

Dan yang paling penting kita harus membalas budi mereka dengan kebaikan yang tiada hentinya

Dan wajib mendoakan ibu bapa kita dimana jua mereka berada selagi mereka hidup ataupun sudah tiada
Semoga kita menyayangi ibu kita seadanya.


Tanpa ibu siapalah kita…

“ Mak , cek sayang kat mak”. 4 patah perkataan pada emak saya sempena hari ibu sedunia.. 

saya & emak . Sama tak muka kami  :)


 Hihihi tersenyum mak membaca entry ni.

Kepada semua ibu-ibu. Semoga kebaikan dan kesabaran anda sepanjang memegang gelaran ibu dapat membahagiakan anda dunia dan akhirat amin.

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai