Saturday, November 19, 2016

Freshpicks lover..




Apa yang buat saya jatuh cinta dengan produk FRESHPICKS ni...

1) Penggunaan barang premium, 2) harganya & 3) 'handmade'

Kebanyakkan barang fp diperbuat dari ramuan yang asli, berkualiti, pekat ,  & diadun sendiri dengan penuh kasih sayang. Lihat saja kepekatan minyak arganne oil, face serum. Bila calit di muka sudah terasa kepekatannya disitu. Setitis dua dah cukup untuk diratakan.

Selain itu kita dapat hidu bau & feel bahan asli tu. Siap boleh rasa lagi. Sukar nak explain. Fuhhhh.. Hanya Jauhari mengenal manikam.

DAN yang paling penting harganya mampu MILIK. 

Kalau kat oversea MAHAL SESANGAT TAU!!! kalau produk cenggini.

3 in  1 faktor ni berjaya buat saya 'fall in love'. Saya mementingkan kesihatan & kecantikan  untuk tempoh masa yang panjang. Nak kelihatan cantik kerana ALLAH, DIRI SENDIRI dan EN SUAMI.  Nak Sedap mata memandangla katakan !

Pembaca-pembaca yang jelita. Ketahuilah, Tak de siapa yang mampu nak buat kita lebih berketrampilan, cantik & sihat  melainkan usaha kita sendiri DENGAN IZIN ALLAH. ALLAH dah cipta kita sempurna sebagai wanita. Masya ALLAH sayangnya Allah kat kita. JADI tanda bersyukur, kita pandai-pandailah pelihara pinjaman ALLAH dengan sebaik-baiknya mengikut kemampuan diri kita.

Bekerja ke Suri rumah ke, bujang ke ada anak ke. Dah namanya PEREMPUAN mesti terpandang cermin lama kan. Sebab kita suka cantik & sihat.  SAYA tak terkecuali . Saya memang nak sihat & cantik. Biarpun sentiasa diapit oleh anak-anak kecil. hehehe 

4) Produk fb sihat & selamat

Ofcoursela kadang-kadang 'tersepahkan barang'. Atau benda kita 'diculik' oleh anak untuk dibuat main. Kerana bahan-bahannya semulajadi & bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Kadar kerisauan saya kurang . Dan saya tahu sesiapa yang ada anak dara comel dia pun nak jugak calit macam maknya kan. Bak kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. So selamat sangat kalau anak tercuba pakai. Secara umumnya kita tahu ramuannya lebih kepada organik & semulajadi. Kita nak kunyah rasa pun BOLEH. ;)

5)Ilmu

YANG paling MAHAL & ada add value bagi saya. Saya TAHU apa yang saya guna. Saya lebih bertanggugjawab apa yang dipakai! kerana MUMMY Cerry berkongsi tentang bahan & ramuan dalam penghasilan produk. Sebelumni kita main pakai je kan. Langsung tak tahu ape menda kandungannya. Dalam fp ni semuanya HALAL &TOYYIB belaka. InshaAllah.

Oleh itu saya jadi pandai sikit & cakna penggunaan dan bahan yang digunakan terhadap apa yang saya guna &pakai.. Namaje saya cikgu. Rupanya saya zero bab ni selamani. So bolehla kita sama-sama share rahsia resepi bahan kecantikan kalau nak cerita sikit-sikit..Hehehehe. 

Bila dah tahu, secara tak langsung saya mempunyai kesedaran yang tinggi menggali sumber alami & bertanya pada yang pakar, orang-orang tua tentang khazanah alam yang digunapakai dalam penggunakan kosmetik.  Saya juga semakin gerun dengan penggunaan bahan kimia merbahaya yang sememangnya digunapakai dalam kosmetik di pasaran sekian lama. Allahu.

 Alhamdulillah syukur ya Allah. TQ Mummy Cerry &fp family atas banyak perkongsian. Saya sangat menghargai ilmu yg saya dapat. Tambahan pula ma & anak saya mempunyai kulit sensitif masalah kulit yang semestinya memerlukan penjagaan yang baik.MEMANG kenala sangat.

6)Tahan Lama

Item produk ini kecil macam cilipadi tau. Tengok kecil tapi POWER. So 'Don't judge a book by it's cover' .Jangan takut dengan saiznya. Tak kenal maka tak cinta.

 Dengan keadaan  ekonomi yang tak menentuni memang sangat sesuai. Rasa berbaloi beli, contohnya lipbalm & ilt dah dekat sebulan lebih  saya pakai tapi macam tak berapa luak je. Padahal di rumahpun saya rajin mencalit. Begitu juga Ref deo & set primo.

PEMBACA yang budiman,

Ini semua pengalaman saya memakai beberapa produk fp. Suka saya tekankan disini. Jenis Kulit kita tak sama, pemakanan kita pun tak sama. Kesan Penggunaan bahan kimia yang lalu pada kulit kita berbeza.  Jadi keberkesanan produk kepada kulit kita tak sama tempohnya. Jadi saya harap pembaca perlahan-lahan memakai sesuatu produk & setia untuk melihat hasilnya. Bersabar menjalani proses healing crisis (detox). Janganlah taksub nak cantik cepat. Semua benda perlukan masa ye. Ini perkongsian peribadi saya. 

Inilah semua faktor yang membuatkan saya suka produk freshpicks.

Apa-apa pun kita kena jaga dalaman kita. Jaga hubungan kita dengan Allah. Jaga niat & hati kita. Baru cantik, sihat & solehah.

Jom sama-sama kita renungkan Hadis ke6 ( Hadith 40 Imam Nawawi )


Terima kasih sebab habiskan pembacaan.  



No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai