BIAR betul rumah Cheq Ayu TAK de tv?
Ye, dengar macam kelakor kan. Tapi memang benar rumah kami skrg belum ada tv sehingga saat ini. Alhamdulillah. Rumah papa, rumah atok ada.
Ibu-ibu, ayah-ayah yang sayangkan anak.
Ketahuilah dunia kanak-kanak bukan seperti masa 1990an.
Kanak-kanak seronok bermain di luar bersama teman tanpa ketakutan 'diculik'.
Belajar komunikasi secara terus dengan manusia, alam semesta, flora & fauna. Kenal erti setia kawan, kerjasama bila main galahpanjang dan police centry.
Kenal erti fokus bila main tiang-tiang dan tuju kasut. Kenal erti kekecewaan dan hormat org lain bila memanggil nama kawan tanpa mengejek & terima takdir kekalahan bila kalah bermain. Kenal erti masa bila maghrib menjelang.
Jarang jumpa kawan yang obes masa dulu kan?. MashaAllah, itulah kebaikan kanak-kanak zaman 1990an dengan bermain.
Dunia harini serba menakutkan.
Hilang anak dari pandangan mata dalam supermarket buat ibu-ibu dah rasa gelap dunia termasuk saya.
Pergi sekolah lambat balik, telefon sekolah berdering-dering ibu bapa tanya kenapa anak lewat keluar.
Itu belum lagi ibu bapa yang tidak berfikir tentang kehidupan 'privacy' seorang guru mewassup tanya hal anak tak kira siang dan malam kerana risaukan anak.
Allahuakbar. Kehidupan kanak-kanak di Malaysia (terutamanya dibandar) semakin menakutkan pada kita.
Jadi kanak-kanak dulu tidak melekat di depan SKRIN kerana dunia luar sangat menarik untuk diterokai berbanding kini.
Jesteru itu ramai ibu bapa reda membiarkan anak kecil melekat dengan skrin bila sendirian.
Pada saya bila tiada tv, atau seumpama dengannya saya merasakan ANAK DEKAT.
Kita mampu sedar & gilap banyak potensi bila anak kecil kurang melekat di TV di rumah sendiri.
Anak kecil tidak tahu kerjaya pelakon. Belum cukup akal untuk fikir dan timbang kehidupan lakonan dan realiti.
Kehidupan bersama tv di rumah lain, kedai makan di luar sudah sedia banyak.
Sudah cukup buat anak saya mengenali upin dan ipin, boboiboy, dan macam-macam.
Namun saya tidaklah zalim mengetepikan teknologi pada kehidupan anak saya.
Saya akan beri mereka tengok bila mereka berkelakuan baik menerusi laptop @ hp sekali sekala. Agar anak saya lebih menghargai masa dan tahu kepentingan berkelakuan yang baik.
Dan saya menapis apa yang anak saya tengok kerana anak saya lelaki dan cenderung ke arah aktiviti lasak & cepat meniru aksi yang ganas.
Itu yang termampu saya. Selebihnya saya doa pada Allah dan bertawakkal. Kerana Allah sebaik-baik Penjaga. Sebaik-baik Pemelihara.
Di Universiti saya ada membuat research pendek tentang Kesan buruk television pada pendidikan kanak-kanak.
Jadi persepsi saya membiarkan anak-anak kecil sendirian menonton rancangan television @ gajet mungkin ada sedikit perbezaan dengan anda semua.
Kalau nak hurai bab ni xcukup di ruangan mukabuku sekali baca.
Akan tetapi saya mengakui ada juga kebaikan menonton tv dan gajet berunsurkan pendidikan & hiburan tetapi harus dibawah pantauan ibu bapa.
Saya doakan IBU & BAPA menjadi superhero pada anak- anak kita sendiri. Bukan apa yang dihidangkan di alam maya.
AYAH, kuasa ayah dan kebersamaan ayah dengan anak-anak lagi dinanti-nantikan. AYAH BERAURA pemimpin.
Sekali ayah cakap bersamaan berkali -kali ibu cakap kan?
Jadi jom ibu & ayah jadi orang yang hebat dimata anak -anak kita.
InshaAllah jika ibu -bapa dpt menggembleng tenaga jadi idol yang baik untuk anak sendiri lagi lagi CANTIK.
Mashaallah.Mashaallah.
Mendiamkan anak-anak kecil dengan TV @ gajet tanpa pantauan orang dewasa memang mudah.
Sepantas kilat anak diam dan leka. Seperti magik. Orang dewasa rasa tenang dan lega tanpa 'kebisingan & gangguan'.
Lagi-lagi AYAH & IBU yang kepenatan seharian menghadapi cabaran kehidupan .
Namun sedihnya, banyak potensi baik pada anak-anak syurga kita dibunuh secara tak sengaja tanpa kita sedari. Kita kaburkan mereka dengan superhero yang mengarut. Kita jauhkan role model sebenar. Itu belum lagi bab memilih baju yang ada superhero dia kenal sahaja. Kan?
Kita buat anak kita kurang kreatif kerana anak kecil akan jadi pasif bila banyak menggunakan deria penglihatan sahaja.
Sedangkan fitrah kanak-kanak banyak tanya, bermain dan mudah mengikut apa yang dia tengok dan dengar. Kesian mereka. Itu yang terjadi sekarang.
Anak-anak akan jadi membesar remaja 'kurang rasa'. Tindak sensitif dengan keadaan. Tak cakna pada sekeliling. Apa nak jadi pada dunia jadilah. Allahuakbar.
Ada ibu bapa lebih suka suka anak diam dan well behave dengan menswastakan cik TV, cik hp, che tablet jaga anak kita.
Sedangkan itu anak kita. Kita marah & tak layan permintaan anak untuk menjadi pendengar yang baik.
HAKIKATNYA masa anak-anak kita membesar sangat sekejap. Tup-tup dah nak ke sekolah. BETUL Kan ?
Saya percaya ramai ibu bapa yg sentiasa hidangkan rancangan kanak-kanak di tv @ hp dan selalu menemani mereka menonton bersama dirumah. Alhamdulillah itu jauh lebih baik & Sangat sangat digalakkan. Namun berapa ramai yang mampu berbuat demikian. ?
Tahniah pada ibu bapa yang sanggup bekorban masa & kesanggupan membesarkan anak-anak sebaik mungkin.
Doakan saya & kita semua jadi ibu bapa yang baik.
Semua orang menuju ke arah kebaikan bukan? Lagi-lagi bila berkeluarga
Penulisan ini lebih kepada potensi anak-anak kecil ( Kanak-kanak). Pada remaja dan dewasa lain persepsinya. Menonton TV @ gajet@hp menjadi terapi dan menjadi keseronokan yang berbeza. ADA banyak sisi baik. Dan kematangan usia menjadikan kita sedar itu lakonan bukan realiti. Dan kita tahu menapis banyak benda dengan iman dan akal fikiran. InshaAllah.
Pembaca yang dirahmati Allah, sekali lagi saya tegaskan ini pendapat peribadi saya. Saya bukan anti TV @ anti gajet.
Saya juga dpt byk kebaikan daripada menonton tv dan menggunakan gajet bila melepasi zaman kanak-kanak antaranya belajar bahasa, ilmu memasak, pengetahuan agama & mcm-mcm.
Alhamdulillah kurang menonton tv & tak biarkan anak melekat dengan gajet membuatkan kami merasakan cukup 24jam.
Cukuplah azan & jam mengingatkan tentang masa. Bukan drama petang-petang atau kisah cinta novelan khayalan menjelang maghrib@ tengah malam.
Terima kasih kerana membaca. Kalau tak suka penulisan saya jangan kecam ye. :)
#jom didik anak kita baik-baik - Cheq' Ayu.