Monday, July 30, 2018

JENAYAH DALAM KELUARGA SENDIRI.

Jangan biasakan makan duit anak. 

Kerana anak itu amanah. 
Kalau TER guna sila bayar baik. Kita marah orang hutang kita tak bayar. Tapi duit anak kita rasa bukan hutang.
Setiap anak Allah hadirkan bersama rezeki dan ujian. 

Dari lahir kalau baby dari perkahwinan yg punya keluarga. Biasanya akan ada rezeki dari Allah yang berikan seawal 7 hari oleh orang lain ( hari akikah anak) Belum lagi rezeki bila dapat duit bila menjelang Hari Raya Aidilfitri setiap tahun @simpanan tetap oleh keluarga.

Kalau tak kuat iman. 
Tak fikir panjang, rezeki anak kita sapu dan terasa ujian semata - mata.
AStaghfirullahalazim.



Ujian wanita kerjaya dalam rumahtangga

Beberapa hari ini Allah menemukan saya dengan beberapa wanita bekerjaya yang dizalimi teruk oleh suami dalam perkahwinan monogami dan juga dlm poligami. 


Oleh itu saya doakan dan nasihatkan agar semua wanita muda bekerjaya, janda bekerjaya dan semua wanita agar taaruf dan selidik selain mengharapkan doa sahaja. 

Jangan tertipu dengan kebaikan zahir. 

Ambiklah masa utk taaruf, tanya org yg berilmu dan banyakkan doa supaya tak terperangkap dengan perkahwinan yang menjerat diri. 

Wanita bukan dijadikan sebagai isteri bekerjaya untuk kesenangan suami habis habisan. 

Kemudahan utk buat loan je. 

Kemudian asik menghemburkan ayat isteri kena taat dan syurga di bawah tapak kaki suami bila kepenatan balik rumah untuk menggagahkan diri isteri menjadi superwoman kt rumah. 

Sedih dan luluh hati mak ayah yang membesarkan anak perempuan pandai pandai dengan baik. 

Dapat kat suami dia buat suka hati. 

Isteri tu anak perempuan org tau. 

Bukan anak kucing yang kena lempar tepi jalan.

 Wahai isteri, sayangi diri anda. 

Jangan membodohkan diri anda yg pandai bila bab ini. 

Kena ada ilmu, kekuatan, ketegasan . Kuatkan hubungan dengan Allah kerana Kerana Allah sebaik baik Penolong. 

Lepasni kena cadangkan khutbah jumaat pasal kewangan dalam rumahtangaa. 

Sebab ramai kenyang makan duit isteri dengan paksa rela. 

Bukan apa ramai sangat suami cakap berdegang - dengang pasal hutang 1MDB kat kedai kopi tapi diri sendiri hari hari hutang duit isteri utk kehidupan sehari - hari tapi tak ada niat nak ganti.

Ya ALLAH peliharalah wanita yang baik dan cerdik pandai.

BAYI COMEL TAK BERDOSA.


Disebalik kita sibuk bab duit jutaan ringgit dan kisah perangai org kaya. 

Ketahuilah saban hari anak tak sah taraf lahir dari rahim seorang mahasiswi tempatan tanpa ikatan pernikahan mahupun dari wanita pendatang asing tanpa dokumen di bumi Malaysia. 

Lebih malang lagi bilangan anak yang lahirkan hasil lelaki durjana rakus tak kenal anak kandung dan adik kandung sendiri juga bertambah. 

Belum lagi campur kisah bayi lahir atas keseronokan seketika hasil kerelaan mereka di bangku sekolah. 

Kebanjiran anak ini terlalu sukar dibendung. 
Mereka lahir atas dosa org lain. 
Lahir tanpa persediaan dan sambutan. 
Hidup dengan kesulitan bila ditinggalkan tanpa dokumen yang lengkap. 

Berdosa di mata masyarakat sebelum lahir ke dunia. 

Dan mereka inilah yang menjadi penghuni syurga bila dibunuh, mahupun meninggal kesorangan dibuang macam - macam cara oleh pendosa. 

Cheq' Ayu kesedihan mendengar saban hari bayi comel tak berdosa dibuang merata-rata.

Ya Allah bantulah kita yang lemah. Jom kita berjuang jadi baik dan didik keluarga kita dan bantu masyarakat jadi baik.

Ketahuilah suami..



KELEMBUTAN YANG HILANG DIMAMAH TEKANAN
Ketahuilah sang suami dimuka bumi. Kepenatan dan tekanan menghilangkan kelembutan seorang isteri dalam kehidupan.
Mengertilah, fahamilah dan bantulah.
Kelembutan dalam bicara biasanya hadir dalam ketenangan mengurus hidup.
Isteri bukan hamba untuk dizalimi tapi utk disayangi sebagai isteri.

ALLAH yang menyatukan seorang wanita dan lelaki kita dari asing menjadi halal. 
ALLAH juga mampu menukarkan kesunyian kepada berteman.

Jangan lupa ALLAH juga mampu menamatkan jodoh kita dengan kematian mahupun penceraian.
Jangan lupa ALLAH bagi isteri sebagai pinjaman bukan HAK MILIK

Jadi suami yang ALLAH pilih menjadi imam kepada isteri.

HARGAILAH isteri dengan BAIK
Dia adalah makhluk ALLAH yang istimewa.
Dia adalah anak perempuan yang punya keluarga
Dia dipilih oleh ALLAH untuk menjadi suri hati
Dia amanah dan ujian pada suami.
Dialah Jurutera rumahtangga
Dia juga Menteri kewangan anda

Dan DIALAH BIDADARI anda. MashaALLAH.

Bantulah isteri jadi isteri solehah.


Sunday, July 29, 2018

Penceraian bukan penamat kebahagiaan.

Laluilah penceraian dengan hikmah dan sabar.


Selepas bercerai.

Kadang ia buat hidup lebih bermakna selepas ujian besar. 


Kehidupan anak anak Norman &Abby jelas terpancar bagaimana Allah aturkan yang terbaik pada keluarga mereka diluar sangkaan kita.


Sungguh. 

Allah penentu takdir hati kita yang berbolak balik. 

Allah sahaja yang mampu menukarkan kesedihan kepada kebahagiaan. 

Kepada Allah kita bergantung harap, berusaha dan berdoa. 

Tiada siapa yg menyangka bila berkahwin akan diuji dgn perpisahan.
Namun takdir Allah melampaui perancangan manusia. 

Kepada Allah kita berserah.

Kepada Allah kita berserah.

Kepada Allah kita berserah.

Kepada Allah kita berserah.

Selepas kesulitan pasti Allah sertakan kemudahan. Kekal positif dan pedulikan yg negatif.
 Allah uji sebab Allah sayang.

Cheq' Ayu sayang semua. Sahabat yang diuji dalam penceraian.

Ayuh bangkit jadi muslimah LEBIH BAIK 

DEMI SYURGA...













PEREMPUAN PERLU CINTA ALLAH DAN CINTAKAN ILMU.

Dalam setiap jiwa wanita ada kelembutan dan kesabaran yg luar biasa Allah jadikan utk menjadi muslimah sebagai anak, isteri, ibu yg sangat sabar dalam menyusuri kehidupan yg berliku.
Semua ini akan kelihatan bila kita kuatkan hubungan dgn Allah dan gali ilmu.
Bila keimanan kita ditahap nyawa ikan. Maka begitu juga 'feminine energy,' kita terhasil.
Bila kita mampu bangun tahajjud dan solat subuh awal waktu. 
Terasa kebersamaan Allah pada hari yg kita jaga ruhiyah.


Bila solat subuh di hujung waktu.
 Rasa ada je benda tak kena. Seharian kemarahan dan ketidaksempurnaan berlaku.


Jom kita kuatkan doa pada Allah agar Allah bagi kita jalan untuk kita baiki kehidupan kita.
Tak salah harap org berubah.

 Tapi jangan lupa fokus pada apa yg mampu kita buat daripada mengharapkan org lain.

Teruskan semangat kita untuk belajar dalam banyak benda. 

Kerana banyak urusan jadi mudah bila kita tahu, faham dan bertindak. InshaAllah.
Jom jadi muslimah yang luar biasa. 

Tuesday, March 28, 2017

Tak suka Bercerai. Tapi ?


Ramai tak suka penceraian.

Hakikatnya ramai suami tak soleh buat isteri tak sabar nak bercerai.

Isteri, bila mana sebut bab penceraian sehingga bawa ke pejabat agama. Mesti terluka dan disakiti tahap mendalam. Kerana isteri boleh memaafkan berkali kali. Namun ada hadnya. !

Jangan marah bila orang nasihat untuk bercerai.

Sebab ia ADA.

Balik tengok belakang surat nikah ada bab taklik.

Kalau dah menzalimi pasangan dan tak bahagia setelah berusaha. Pandanglah penceraian dengan waras sebagai pilihan yang Allah adakan untuk kebaikan masa akan datang. Cukup-cukuplah aniaya pasangan. 

Penceraian boleh terjadi dengan izin Allah atas sebab -sebab tertentu. Bukan hak mutlak suami. Semua pasangan kena tahu hakikat ini.
Pergilah ke pejabat agama bila anda dizalimi mental, fizikal, nafkah dan lain-lain. Bukan mengadu pada yang tak sudi dengar &tak pernah tahu hukum perkahwinan & penceraian. Silap gaya disuruhnya sabar sampai mati. Sedangkan keadaan diri hidup macam dah separuh mati. 
Jumpa mereka yang berkaitan. Baru nampak jalan. Dan tahu situasi sebenar keadaan diri. Jangan menyiksa diri tak tentu hala.

Allah tak jadikan perkahwinan ruang menyiksa diri. Allah sayang kita.

Allah sediakan panduan hidup cantik dan tepat untuk kita. Al -Quran pun ada hurai bab ni. Kita kena ambik tahu & ada ilmu mungkin tak kena pada kita sekarang, tapi kena pada sahabat kita, adik beradik, sedara atau anak kita hadapi masalah kezaliman rumahtangga.

Moga Allah bagi ruang dan penyelesaian pada setiap masalah rumahtangga kita ke arah yang baik. Yang penting doa dan usaha.

Semoga mereka yang tengah menghadapi fasa penceraian di mahkamah dipermudahkan & dipercepatkan.

Usai penceraian, selamat menjalani kehidupan yang lagi tenang, dan bahagia.

Bersendirian jauh lebih baik daripada bersama pasangan yang tak membahagiakan di dunia.

WANITA terpilih di luar sana.

Doa sungguh-sungguh pada Allah. Allah pemilik segala rahsia kehidupan. Allah penentu segala-galanya. Cari Allah sungguh-sungguh!.

Kalau ada jodoh kawin semula. Bila dah sama-sama baik. InshaAllah.
Habiskan fasa trauma, benci lelaki dan dah berubah jadi baik dengan pengalaman dah lalui.
Lagi bagus kawin dengan orang yang lagi baik dalam keadaan yang lebih baik dan semoga diri lebih baik menjadi pasangan yang baik pada masa yang terbaik. InshaAllah.. InshaAllah.

Teruskan doa yang baik-baik.

Jangan susah hati. ALLAH ada. Hidup di dunia ni sekejap sahaja. Pada yang jahat. Dunia mungkin anda terlepas. Akhirat ada untuk pertimbangan yang adil dan saksama.
Cheq' Ayu doa dan harap semua yang hadapi situasi sedang , selepas penceraian kuatkan diri, kekal positif demi Allah .
Penceraian bukan penamat kehidupan. Pada mereka yang berkenaan. Ingatlah ia adalah salah satu ibrah untuk jadi lebih baik dalam kehidupan sebelum kematian !

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai