Tuesday, March 28, 2017

Tak suka Bercerai. Tapi ?


Ramai tak suka penceraian.

Hakikatnya ramai suami tak soleh buat isteri tak sabar nak bercerai.

Isteri, bila mana sebut bab penceraian sehingga bawa ke pejabat agama. Mesti terluka dan disakiti tahap mendalam. Kerana isteri boleh memaafkan berkali kali. Namun ada hadnya. !

Jangan marah bila orang nasihat untuk bercerai.

Sebab ia ADA.

Balik tengok belakang surat nikah ada bab taklik.

Kalau dah menzalimi pasangan dan tak bahagia setelah berusaha. Pandanglah penceraian dengan waras sebagai pilihan yang Allah adakan untuk kebaikan masa akan datang. Cukup-cukuplah aniaya pasangan. 

Penceraian boleh terjadi dengan izin Allah atas sebab -sebab tertentu. Bukan hak mutlak suami. Semua pasangan kena tahu hakikat ini.
Pergilah ke pejabat agama bila anda dizalimi mental, fizikal, nafkah dan lain-lain. Bukan mengadu pada yang tak sudi dengar &tak pernah tahu hukum perkahwinan & penceraian. Silap gaya disuruhnya sabar sampai mati. Sedangkan keadaan diri hidup macam dah separuh mati. 
Jumpa mereka yang berkaitan. Baru nampak jalan. Dan tahu situasi sebenar keadaan diri. Jangan menyiksa diri tak tentu hala.

Allah tak jadikan perkahwinan ruang menyiksa diri. Allah sayang kita.

Allah sediakan panduan hidup cantik dan tepat untuk kita. Al -Quran pun ada hurai bab ni. Kita kena ambik tahu & ada ilmu mungkin tak kena pada kita sekarang, tapi kena pada sahabat kita, adik beradik, sedara atau anak kita hadapi masalah kezaliman rumahtangga.

Moga Allah bagi ruang dan penyelesaian pada setiap masalah rumahtangga kita ke arah yang baik. Yang penting doa dan usaha.

Semoga mereka yang tengah menghadapi fasa penceraian di mahkamah dipermudahkan & dipercepatkan.

Usai penceraian, selamat menjalani kehidupan yang lagi tenang, dan bahagia.

Bersendirian jauh lebih baik daripada bersama pasangan yang tak membahagiakan di dunia.

WANITA terpilih di luar sana.

Doa sungguh-sungguh pada Allah. Allah pemilik segala rahsia kehidupan. Allah penentu segala-galanya. Cari Allah sungguh-sungguh!.

Kalau ada jodoh kawin semula. Bila dah sama-sama baik. InshaAllah.
Habiskan fasa trauma, benci lelaki dan dah berubah jadi baik dengan pengalaman dah lalui.
Lagi bagus kawin dengan orang yang lagi baik dalam keadaan yang lebih baik dan semoga diri lebih baik menjadi pasangan yang baik pada masa yang terbaik. InshaAllah.. InshaAllah.

Teruskan doa yang baik-baik.

Jangan susah hati. ALLAH ada. Hidup di dunia ni sekejap sahaja. Pada yang jahat. Dunia mungkin anda terlepas. Akhirat ada untuk pertimbangan yang adil dan saksama.
Cheq' Ayu doa dan harap semua yang hadapi situasi sedang , selepas penceraian kuatkan diri, kekal positif demi Allah .
Penceraian bukan penamat kehidupan. Pada mereka yang berkenaan. Ingatlah ia adalah salah satu ibrah untuk jadi lebih baik dalam kehidupan sebelum kematian !

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai