Wednesday, March 8, 2017

BUAT ISTERI YANG DIZALIMI.

Pilihlah PENCERAIAN dikala pernikahan tidak memberi kebahagiaan mahupun kehidupan yang tenang. Dalam erti kata lain. Anda dizalimi oleh pasangan. Ada beberapa kes dalam rumahtangga. PENCERAiAN sangat diperlukan antaranya bila hidup dengan suami JAHAT@DAYUS

Ini komen saya terhadap sesiapa yang selalu minta isteri setia & taat kepada suami jahat@ dayus seperti Asiah dan Firaun.

Sila baca dengan nama Allah. Semoga hadam dengan baik. InshaAllah.

Firaun melayan Asiah persis permaisuri. Sediakan segala2nya keperluan. Kerana Asiah beriman dengan tuhan Nabi Musa yakni Allah s.w.t. telah mencabar keegoan firaun. Disitu baru konflik hebat bermula. Kerana Aqidah yang sahih!.

Jadi cerita berbuat baik dengan suami meskipun jahat seperti Firaun tidak sesuai digunakan untuk buat isteri setia dengan lelaki jahat. Ya lagi satu. Asiah di jamin syurga & terpelihara Aqidah.

Kita?.. Allah hadirkan penceraian sebagai pilihan seandainya rumahtangga bermasalah. Terutamanya yang dizalimi oleh lelaki yang bergelar suami. Sudahlah dizalimi. Tanggungjawab terhadap keluarga entah ke mana.

Jesteru itu celikla mata agar kita tak hanyut dengan dosa dan leburkan kualiti hidup dengan suami jahat. Ramai isteri bertahan sehingga tenggelam dalam masalah yang berpanjangan.

Fikirkan anak-anak yang membesar dengan bapa yang jahat. Apa yang anak alami sangat mempengaruhi kehidupan anak-anak nanti.

Jangan hanyut dengan cinta manusia bernama suami. Jangan terlalu Risau pandangan dunia & masyarakat terhadap label PENCERAIAN. Kita nak jumpa Allah bawa amalan. Bukan himpunan dosa kerana mengharungi kehidupan bersama suami jahat@dayus. Dahulukan Allah dalam tindakan. Jumpa orang yang benar seandainya ingin selesaikan masalah.

Semak kualiti hidup kita. Seandainya kualiti kita semakin kuat, baik bertemankan suami jahat. Kekallah dengan seikhlas hati.

Kalau diri asik mengadu domba, kecewa, hidup dalam ketakutan, kegelisahan, keadaan iman semakin teruk, dalam hati menyumpah seranah, suami makin jahat makin lupa tanggungjawab bila isteri baik. Dan hidup isteri dan anak- anak semakin teruk. Pilihlah untuk bertindak sebaliknya. Islam agama yang tidak menzalimi hambanya. Islam agama yang ADIL.

Penceraian bukan titik noktah pada sebuah kehidupan. InshaAllah ia adalah permulaan hidup yang lebih INDAH!. Transformasi diri yang jauh lebih BAIK !. InshaAllah. ALLAH sentiada ada dekat dengan kita. PERCAYALAH.

Allah Pemilik Syurga yang Abadi. Allah bersama orang yang teraniaya. Doa banyak-banyak & bertindak dengan baik. Wallahualam.

KISAH RISAU KENA POSTING

Baru-baru ni secara kebetulan berjumpa bakal guru. Dia sangat risau tak dapat posting. Kemudian bila Cheq' Ayu bagi kata-kata semangat dia akan posting jugak. Lambat @ cepat. InshaAllah
Kemudian dia risau pulak dihantar ke Sabah @ Sarawak. Cheq' Ayu cakap dia kena bersyukur sebab dia akan jadi guru. Ramai graduate yang tak nampak pekerjaan mereka lagi dan kena betul betul survive dengan ekonomi hidup yang mencabar.
Cheq'Ayu kata seronok kalau dapat posting kat Sabah @ Sarawak. Tetiba adik ni bertanya. Kak ni macam ada pengalaman je cakap.
Ye Dik. Akak dulu mengajar dan first posting kat Sabah nuuuuun sana. Syok sangat.
Memang rasa ENJOY sebab banyak MENGAJAR dari kerja pengkeranian. Bila Cheq' Ayu balik mengajar di sini terasa perbezaan yang KETARA dari banyak segi.
Mungkin sebab Cheq'Ayu mengelek anak kiri kanan dan surirumah sekarang. Tak terfikir yang Cheq' Ayu pernah melalui kerisauan macam dia.
Di Sabah cantik, kurang pencemaran. Tenang tengok biru laut, Hijau tumbuh-tumbuhan dan belajar banyak benda baru terutamanya budaya. Cheq' Ayu terasa 1 Malaysia tanpa prejudis. Wah.. dah macam duta sabah pulak ni mempromote. 😁😁
Mak Cheq' Ayu pun suka. Sebulan dia datang tinggal sekali masa mengajar kat sana. Sebab cuaca & persekitaran yang segar dan ikan yang fresh & murah.
Kalau bukan kerana PERNikahan. Silap-silap tak balik sini lagi. Ha... nak cakap BEST mengajar dan hidup di sana.
' Tak kenal maka tak Cinta'. Pergi dulu.... andainya takdir Allah menghantar mengajar ke sana. ALLAH nak bagi pahala lebih tu. InshaAllah.

Murid -murid kat sana kebanyakkannya SAYANG guru dan ibu bapa sangat MENGHORMATI guru. Meskipun guru SENI je drive kete Viva. Sampai sekarang Cheq'Ayu ingat nama diorg taw. Walaupun kebanyakkan mereka dah berkeluarga.
Jauh perjalanan banyak pengalaman yang kita DAPAT.
Moral of the story. Jangan terlalu risau benda yang tak PASTI. Biasanya Allah selalu uji kita benda yang kita risaukan. Dan kata-kata adalah doa. Jadi kita checklistla diri kita dan berpada-padalah dalam semua hal.
Kita buat yang baik. Cakap baik-baik dan Banyak serah kat Allah. Positifkan diri sangat penting dalam kehidupan.
Benda paling patut RISAU. Lepas mati kita masuk syurga ke tak? Sebab kematian itu PASTI. SENTAP rasa Cheq' Ayu di tanya begini oleh naqibah suatu ketika dulu.
Oleh itu Jom kita jadi hamba yang BAIK dan BERSYUKUR! Jom GANDAKAN kebaikan dan amalan. Mudah-mudahkan kita semua menjadi penghuni SYURGA yang abadi.
Selamat berehat di hari Minggu yang indah. Manfaatkan hari cuti anda !
Nak beli produk yang Cheq' Ayu jual
Pm@ wa ye.
#freshpickslover
#instantebeauteserum

KISAH GIGI -- by Cheq' Ayu


Saya tidak mempunyai struktur gigi yang baik.
Jesteru itu saya memakai pendakap gigi selama 3 tahun di universiti untuk membaiki struktur gigi dan menyelesaikan masalah lain.
Kesan psycology tidak memiliki struktur gigi yang baik, ketiadaan gigi sebelum waktunya, kerosakan gigi dan sewaktu dengannya sangat dasyat pada sesetengah individu. Sampaikan senyum tutup mulut, ketawa tutup mulut dan kadang-kadang rasa tak berkenyakinan cakap depan orang.
Jadi ibu -ibu jangan pandang remeh bab penjagaan gigi pada anak-anak.
Ketidakpedulian ibu memberi kesan pada perkembangan kehidupan anak-anak. Ini belum lagi kes di ejek kawan di sekolah kerana masalah gigi.
Jesteru itu, saya sangat mementingkan penjagaan gigi anak-anak semenjak mereka belum tumbuh gigi.
Disini saya senaraikan langkah penjagaan gigi yang baik untuk saya & ibu -ibu amalkan pada anak-anak. Kita kongsi ye. Kalau ada nak tambah dialu-alukan.
Langkah untuk sicomel memiliki gigi cantik & SIHAT!
💜 Susu ibu adalah yang terbaik. Selain khasiat susu ibu, kemesraan rapat ibu & anak. ALLAH Jadikan aktiviti menyusu secara terus bersama ibu sebenarnya membantu bayi memiliki rahang gigi yang tersusun. MashaAllah hebatkan aturan Allah. Ada hikmah besar penyusuan susu ibu sehingga bayi 2 tahun. Ini berdasarkan perbezaan anak-anak yang saya dapat lihat disekeliling.
💜Tidak menggalakkan anak melekat lama dengan puting yang dijual di pasaran semasa bayi supaya tidak mengganggu pembentukan rahang gigi mahupun pertumbuhan gigi.
💜Seandainya ada keperluan untuk bayi minum susu botol khususnya ibu bekerja. Selepas bayi selesai minum tarik keluar puting botol susu. Jangan biarkan bayi menghisap puting botol susu lama-lama.
💜Mulakan dengan menggunakan kain lembut @ penggosok gigi jari semasa baby mula ada gigi. Gosok tanpa ubat gigi untuk permulaan.
💜Selalu tunjuk diri sendiri gosok gigi supaya menarik minat anak. Anak mudah ikut bila dia selalu tengok.
💜Sama-sama menjalani aktiviti gosok gigi bersama supaya anak rasa enjoy.
💜Mula guna ubat gigi tanpa florida bila bayi dah makan makanan pepejal secara teratur.
💜Belikan berus gigi yang menarik untuk anak.
💜Selalu PUJI anak BAGUS bila dia berjaya gosok gigi sendiri. Agar anak rasa HEBAT !
💜Tidak menggalakkan anak makan benda manis seperti gula-gula @chocolate. Tapi sedih anak selalu dapat bukan dari oommi.
💜Periksa gigi anak selepas anak pandai menggosok gigi sendiri kerana anak tak ingat step yang betul dan kadang mereka nak cepat.
💜Seandainya anak mula tak minat. Tunjuk gambar gigi rosak dalam internet supaya anak nampak kesan tak menjaga gigi. Dan takut kalau selalu elak gosok gigi.
💜 Jadikan aktiviti berus gigi sebagai aktiviti rutin. Awal pagi, sebelum berwuduk dan sebelum tido.
💜Galakkan anak makan sayur, buah buahan untuk pertumbuhan gigi yang baik
💜Galakkan anak minum susu, jus buah dan air masak.
💜Elakkan makanan yang cepat merosakkan gigi. Seandainya anak makan juga sila pastikan gigi mereka digosok bersih sebelum tido
💜Dan sentiasa PUJI & SAYANG anak kerana BERJAYA menjaga gigi dengan baik.
💜Bila ada masa dan kemampuan bawalah anak jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Ini je saya belum buat lagi. Coming soon.
InshaAllah tak lama pun ibu ayah. Bila anak masuk sekolah anak akan NAMPAK dan SEDAR kepentingan menjaga GIGI.
Kita doa banyak-banyak kat Allah dan berusaha yang terbaik. Kerana ALLAH PEMILIK SEGALA-GALANYA. InshaAllah.
Ok. Jom kita didik anak kita baik-baik. Cheq' Ayu
#homeschooling.

Muhammad Al Fateh kesayangan Umi

[ WANITA DAN ANAK ] kehebatan Allah.


Ramai WANITA baik takut bernikah kerana pengalaman menjadi ANAK dalam pernikahan ibu bapa @keluarga yang bermasalah.
Ramai WANITA baik bertahan dalam perkahwinan bermasalah kerana ANAK.
Ramai wanita BAIK memilih bernikah kerana ingin mendapatkan keturunan ANAK yang baik.
Ramai WANITA baik berjuang membaiki rumahtangga mereka bersama pasangan ke arah kebaikan demi ANAK.
Ramai WANITA baik keluar mencari rezeki untuk kesenangan dan kemudahan ANAK
Ramai WANITA baik bernikah lagi kerana inginkan ANAK.
Ramai WANITA baik menikah lagi kerana ingin ANAK mendapatkan kasih sayang seorang ayah.
Ramai WANITA baik memilih bersendirian selepas bercerai kerana ingin fokus membesarkan ANAK
Ramai WANITA baik memilih PENCERAIAN kerana ingin menjadikan kehidupan ANAK lebih baik.
NAMPAK TAK WANITA DAN KEBAIKAN BERPISAH TIADA.
Dimanapun situasi kita.
mulakan diri jadi ANAK yang baik dan DIDIKLAH anak baik -baik.
Sememangnya wanita suka menjadi BAIK.
Kita berusaha jadi BAIK sama -sama !
Meskipun sekeliling kita dipenuhi kejahatan!
Biarpun dunia menzalimi kita. Akhirat kita akan dapat hitungan yang saksama.
Tahutak Rasulullah s.aw. menyayangi umat MELEBIHI Kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada ANAK.
SEDARKAH kita ALLAH adalah sebaik baik Pemelihara. Sentiasa menutup Aib kita dan memberikan Rahmat dan Kasih sayang meskipun kita selalu melakukan DOSA.
Jesteru itu semua pembaca WANITA...
JOM KITA 💜💜💜💜💜💜💜 RASULULLAH SAW.
JOM KITA 💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💝💜💝💜💝💝💜💜💜ALLAH dan jadi hamba yang sentiasa BERTAUBAT dan BERSYUKUR.
Kita WANITA MEMANG RATU airmata
Kita wanita KAYA memberi kebaikan.
Kita mampu berumahtangga di SYURGA. InshaAllah.
Jom buat amal banyak banyak.
Gembira,penat&sedih di dunia tak apa. PERCAYA ALLAH ada bersama kita
Jadilah kita wanita penghuni SYURGA.
Nukilan jiwa dari seorang wanita -Cheq' Ayu.

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai