Pilihlah PENCERAIAN dikala pernikahan tidak memberi kebahagiaan mahupun kehidupan yang tenang. Dalam erti kata lain. Anda dizalimi oleh pasangan. Ada beberapa kes dalam rumahtangga. PENCERAiAN sangat diperlukan antaranya bila hidup dengan suami JAHAT@DAYUS
Ini komen saya terhadap sesiapa yang selalu minta isteri setia & taat kepada suami jahat@ dayus seperti Asiah dan Firaun.
Sila baca dengan nama Allah. Semoga hadam dengan baik. InshaAllah.
Firaun melayan Asiah persis permaisuri. Sediakan segala2nya keperluan. Kerana Asiah beriman dengan tuhan Nabi Musa yakni Allah s.w.t. telah mencabar keegoan firaun. Disitu baru konflik hebat bermula. Kerana Aqidah yang sahih!.
Jadi cerita berbuat baik dengan suami meskipun jahat seperti Firaun tidak sesuai digunakan untuk buat isteri setia dengan lelaki jahat. Ya lagi satu. Asiah di jamin syurga & terpelihara Aqidah.
Kita?.. Allah hadirkan penceraian sebagai pilihan seandainya rumahtangga bermasalah. Terutamanya yang dizalimi oleh lelaki yang bergelar suami. Sudahlah dizalimi. Tanggungjawab terhadap keluarga entah ke mana.
Jesteru itu celikla mata agar kita tak hanyut dengan dosa dan leburkan kualiti hidup dengan suami jahat. Ramai isteri bertahan sehingga tenggelam dalam masalah yang berpanjangan.
Fikirkan anak-anak yang membesar dengan bapa yang jahat. Apa yang anak alami sangat mempengaruhi kehidupan anak-anak nanti.
Jangan hanyut dengan cinta manusia bernama suami. Jangan terlalu Risau pandangan dunia & masyarakat terhadap label PENCERAIAN. Kita nak jumpa Allah bawa amalan. Bukan himpunan dosa kerana mengharungi kehidupan bersama suami jahat@dayus. Dahulukan Allah dalam tindakan. Jumpa orang yang benar seandainya ingin selesaikan masalah.
Semak kualiti hidup kita. Seandainya kualiti kita semakin kuat, baik bertemankan suami jahat. Kekallah dengan seikhlas hati.
Kalau diri asik mengadu domba, kecewa, hidup dalam ketakutan, kegelisahan, keadaan iman semakin teruk, dalam hati menyumpah seranah, suami makin jahat makin lupa tanggungjawab bila isteri baik. Dan hidup isteri dan anak- anak semakin teruk. Pilihlah untuk bertindak sebaliknya. Islam agama yang tidak menzalimi hambanya. Islam agama yang ADIL.
Penceraian bukan titik noktah pada sebuah kehidupan. InshaAllah ia adalah permulaan hidup yang lebih INDAH!. Transformasi diri yang jauh lebih BAIK !. InshaAllah. ALLAH sentiada ada dekat dengan kita. PERCAYALAH.
No comments:
Post a Comment