Wednesday, March 8, 2017

KISAH GIGI -- by Cheq' Ayu


Saya tidak mempunyai struktur gigi yang baik.
Jesteru itu saya memakai pendakap gigi selama 3 tahun di universiti untuk membaiki struktur gigi dan menyelesaikan masalah lain.
Kesan psycology tidak memiliki struktur gigi yang baik, ketiadaan gigi sebelum waktunya, kerosakan gigi dan sewaktu dengannya sangat dasyat pada sesetengah individu. Sampaikan senyum tutup mulut, ketawa tutup mulut dan kadang-kadang rasa tak berkenyakinan cakap depan orang.
Jadi ibu -ibu jangan pandang remeh bab penjagaan gigi pada anak-anak.
Ketidakpedulian ibu memberi kesan pada perkembangan kehidupan anak-anak. Ini belum lagi kes di ejek kawan di sekolah kerana masalah gigi.
Jesteru itu, saya sangat mementingkan penjagaan gigi anak-anak semenjak mereka belum tumbuh gigi.
Disini saya senaraikan langkah penjagaan gigi yang baik untuk saya & ibu -ibu amalkan pada anak-anak. Kita kongsi ye. Kalau ada nak tambah dialu-alukan.
Langkah untuk sicomel memiliki gigi cantik & SIHAT!
💜 Susu ibu adalah yang terbaik. Selain khasiat susu ibu, kemesraan rapat ibu & anak. ALLAH Jadikan aktiviti menyusu secara terus bersama ibu sebenarnya membantu bayi memiliki rahang gigi yang tersusun. MashaAllah hebatkan aturan Allah. Ada hikmah besar penyusuan susu ibu sehingga bayi 2 tahun. Ini berdasarkan perbezaan anak-anak yang saya dapat lihat disekeliling.
💜Tidak menggalakkan anak melekat lama dengan puting yang dijual di pasaran semasa bayi supaya tidak mengganggu pembentukan rahang gigi mahupun pertumbuhan gigi.
💜Seandainya ada keperluan untuk bayi minum susu botol khususnya ibu bekerja. Selepas bayi selesai minum tarik keluar puting botol susu. Jangan biarkan bayi menghisap puting botol susu lama-lama.
💜Mulakan dengan menggunakan kain lembut @ penggosok gigi jari semasa baby mula ada gigi. Gosok tanpa ubat gigi untuk permulaan.
💜Selalu tunjuk diri sendiri gosok gigi supaya menarik minat anak. Anak mudah ikut bila dia selalu tengok.
💜Sama-sama menjalani aktiviti gosok gigi bersama supaya anak rasa enjoy.
💜Mula guna ubat gigi tanpa florida bila bayi dah makan makanan pepejal secara teratur.
💜Belikan berus gigi yang menarik untuk anak.
💜Selalu PUJI anak BAGUS bila dia berjaya gosok gigi sendiri. Agar anak rasa HEBAT !
💜Tidak menggalakkan anak makan benda manis seperti gula-gula @chocolate. Tapi sedih anak selalu dapat bukan dari oommi.
💜Periksa gigi anak selepas anak pandai menggosok gigi sendiri kerana anak tak ingat step yang betul dan kadang mereka nak cepat.
💜Seandainya anak mula tak minat. Tunjuk gambar gigi rosak dalam internet supaya anak nampak kesan tak menjaga gigi. Dan takut kalau selalu elak gosok gigi.
💜 Jadikan aktiviti berus gigi sebagai aktiviti rutin. Awal pagi, sebelum berwuduk dan sebelum tido.
💜Galakkan anak makan sayur, buah buahan untuk pertumbuhan gigi yang baik
💜Galakkan anak minum susu, jus buah dan air masak.
💜Elakkan makanan yang cepat merosakkan gigi. Seandainya anak makan juga sila pastikan gigi mereka digosok bersih sebelum tido
💜Dan sentiasa PUJI & SAYANG anak kerana BERJAYA menjaga gigi dengan baik.
💜Bila ada masa dan kemampuan bawalah anak jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Ini je saya belum buat lagi. Coming soon.
InshaAllah tak lama pun ibu ayah. Bila anak masuk sekolah anak akan NAMPAK dan SEDAR kepentingan menjaga GIGI.
Kita doa banyak-banyak kat Allah dan berusaha yang terbaik. Kerana ALLAH PEMILIK SEGALA-GALANYA. InshaAllah.
Ok. Jom kita didik anak kita baik-baik. Cheq' Ayu
#homeschooling.

Muhammad Al Fateh kesayangan Umi

[ WANITA DAN ANAK ] kehebatan Allah.


Ramai WANITA baik takut bernikah kerana pengalaman menjadi ANAK dalam pernikahan ibu bapa @keluarga yang bermasalah.
Ramai WANITA baik bertahan dalam perkahwinan bermasalah kerana ANAK.
Ramai wanita BAIK memilih bernikah kerana ingin mendapatkan keturunan ANAK yang baik.
Ramai WANITA baik berjuang membaiki rumahtangga mereka bersama pasangan ke arah kebaikan demi ANAK.
Ramai WANITA baik keluar mencari rezeki untuk kesenangan dan kemudahan ANAK
Ramai WANITA baik bernikah lagi kerana inginkan ANAK.
Ramai WANITA baik menikah lagi kerana ingin ANAK mendapatkan kasih sayang seorang ayah.
Ramai WANITA baik memilih bersendirian selepas bercerai kerana ingin fokus membesarkan ANAK
Ramai WANITA baik memilih PENCERAIAN kerana ingin menjadikan kehidupan ANAK lebih baik.
NAMPAK TAK WANITA DAN KEBAIKAN BERPISAH TIADA.
Dimanapun situasi kita.
mulakan diri jadi ANAK yang baik dan DIDIKLAH anak baik -baik.
Sememangnya wanita suka menjadi BAIK.
Kita berusaha jadi BAIK sama -sama !
Meskipun sekeliling kita dipenuhi kejahatan!
Biarpun dunia menzalimi kita. Akhirat kita akan dapat hitungan yang saksama.
Tahutak Rasulullah s.aw. menyayangi umat MELEBIHI Kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada ANAK.
SEDARKAH kita ALLAH adalah sebaik baik Pemelihara. Sentiasa menutup Aib kita dan memberikan Rahmat dan Kasih sayang meskipun kita selalu melakukan DOSA.
Jesteru itu semua pembaca WANITA...
JOM KITA 💜💜💜💜💜💜💜 RASULULLAH SAW.
JOM KITA 💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💝💜💝💜💝💝💜💜💜ALLAH dan jadi hamba yang sentiasa BERTAUBAT dan BERSYUKUR.
Kita WANITA MEMANG RATU airmata
Kita wanita KAYA memberi kebaikan.
Kita mampu berumahtangga di SYURGA. InshaAllah.
Jom buat amal banyak banyak.
Gembira,penat&sedih di dunia tak apa. PERCAYA ALLAH ada bersama kita
Jadilah kita wanita penghuni SYURGA.
Nukilan jiwa dari seorang wanita -Cheq' Ayu.

Wednesday, December 28, 2016

Penjagaan bibir untuk wanita


Bila berada dalam kondisi berhawa dingin, bibir akan kering dan melupas. Alhamdulillah, Itu menunjukkan bibir kita normal. Jangan risau.
Lagi-lagi kebanyakkan kita memang akan menempuh kehidupan berhawa dingin, sama ada dirumah, pejabat mahupun dalam kereta.
Untuk bibir kelihatan bermaya & sihat ada tipsnya



  • Kita kena BANYAKKAN minum air. Supaya kulit tak sentiasa kering. Kalau perasan masa bulan puasa kekerapan yang tinggi bibir kita keringkan.?

  •  BANYAKKAN MAKAN SAYUR & BUAH. Kebanyakkan sayur & buah ada banyak kebaikan untuk kulit. Pada mereka yang bekerjaya & terkejar masa untuk urus diri & keluarga ambiklah supplement tambahan mengikut kemampuan diri. Salah satu supplement yang bagus ialah produk Shaklee


  • Alhamdulillah. Kalau yang tak ambik supplement jangan berduka cita. Nikmatilah tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan khazanah semulajadi yang Allah bentangkan untuk kita nikmati secara percuma. Banyakkan membaca dan mencari ilmu untuk terokai ilmu tanpa sempadan ya.

  • ELAKKAN sentiasa menjilat bibir dalam kawasan beraircond. DAN JANGAN GATAL MENGOPEK kulit bibir yang nampak kering. Nanti menambahkan pedih dan sakit di bibir.

  • Kalau boleh KURANGKAN pakai lipstik sebarangan. JANGAN guna yang ada bahan kimia. Supaya bibir x bibir akan semakin gelap dan rosak. Sebab tu bukan semua bibir boleh pakai lipstik yang sama. Ada dikalangan kita memiliki bibir yang sensitif.
JOM teruskan pembacaan di bawah.


👉PETUA tradisional sapukan bibir dengan madu @ minyak zaitun ori @ minyak kelapa dara ori. Nak calit campuran madu + minyak kedua-duanya sekali. Kalau ada masa. Sebelum tido @ dirumah sapulah madu di bibir kalau rajin

Kalau tak ada masa, sibuk & kurang kerajinan.
Gunalah petua moden.

👉PETUA moden sapulah lipbalm @ lipstik yang tiada kandungan kimia supaya bibir lembap & sentiasa bewarna semulajadi.


  • Saya pilih produk lipcare yang berasaskan bahan semulajadi. 
  • Freshpicks. 'Natural', Organik, homemade & handmade <3 span="">. Alhamdulillah. Saya boleh pakai sentiasa dan tertelan pun xda masalah. Kerana kandungan dia semua yang asli dan organik. Kalau anak dara comel nak calit pun ibu-ibu jangan khuatir. Inshaallah, Selamat. :)



Tak dinafikan ramai suka mewarnakan bibir dengan pilihan warna untuk kelihatan cantik dan bergaya. Untuk menambahkn seri & keyakinan diri. Kalau boleh bersederhanalah dalam bergaya. Supaya tak mengundang bahaya yang lain.

Sesekali kita ambikla masa untuk rawat bibir kita. Bila bibir dah bagi signal perlukan rawatan. Bibir juga perlu perhatian dari tuan punya badan.

Terpulanglah pada diri kita atas pilihan kita. Bibir kita. Sukahati kita lah kan. :) Jagalah ikut kemampuan kita. InshaAllah bila kita syukur dengan pinjaman Allah, kita jaga & guna baik-baik kan?

Alhamdulillah, Alhamdulillah syukur atas pinjaman Allah. Semua milik Allah. Sama- sama kita jaga baik-baik bibir ja.

👄Jaga luaran, & jaga juga dalaman. Banyakkan guna bibir kita Berzikir, mengaji quran, cakap yang baik-baik. Apa yang kita cakap doa tau!

👄Ingat tu. Cakap yang baik-baik. Kalau tak berapa mampu nak cakap yang baik-baik. Pilihlah DIAM!. Daripada menyakitkan hati orang lain @ marah je sokmo.

💋Bibir boleh bawa kita ke SYuRGA, Alhamdulillah. Doakan kita semua masuk Syurga sesama. Kalau kita sentiasa gunakan untuk ke arah kebaikan.

💋Bibir juga mampu heret kita ke NERAKA. NAUZUBILLAHHIMINALZALIK., Takutnye.

Kurangkan bergosip, mengata orang @ mengeluh kesah. Kurangkan yang negatip. Biar zero terus. InshaAllah jom kita delete aura negatif. Kasi kosong -kosong.

* saya belanja testi dan pic sendiri. Sebab saya menggunakan produk ni. Bila berkesan. Saya kongsi dengan semua. Mudah-mudahan bermanfaat.

💜Bibir melupas dan cepat kering pakai lipbalm&ilt

💜Bibir gelap kerana kerapan penggunaan lipstik boleh scrub bibir seminggu sekali untuk keluarkan sel mati, dan pakai lipbalm dan ilt untuk dapatkan bibir yang dah sihat kemudian pakai glos untuk menyerikan & melembapkan lagi bibir.

<3 span=""> TERIMA KASIH MEMBACA SAMPAI SAMPAI HABIS. AWAK MEMANG " JAMILAH JIDDAN"<3 span="">
Nak cuba boleh pm di fb saya Rohayu Binti Abdullah @ wa Cheq' Ayu +0146353250.

Okey. Tengokla testimoni diri saya dan gambar dibawah. Semoga bermanfaat.
Testimoni bibir sendiri








Add caption


Thursday, November 24, 2016

Tips mudah untuk anak suka makan sayur

Nak tanam sayur senang. Nak bagi anak suka makan sayur . PAYAH sungguh!...kan kan.
Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan. Baru anak saya dapat makan nasi & sayur dalam kuantiti yang banyak dengan bantuan papa.
Cara-caranya
1) Ibu @bapa atau kedua duanya selalu tunjuk depan anak makan sayur dengan sedapnya.
Ingat ye. Kepimpinan melalui teladan. Hari -Hari tengok ayahnya makan sayur macam sedap je. Pasti dia terikut!
2) Selalu meminimakan hidangan makanan atas meja. Dan utamakan masak sayur supaya anak kurang pilihan bila nak makan. Kuranglah sikit mengade adenya. Selain dapat elakkan pembaziran.  
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".
 3) Paksa anak makan sayur. Dan bagitahu khasiatnya. Contoh ayat. " Ha!, tengok umi makan sayur. BARU sihat dan kuat. Buat sikit gaya tangan macam kuat. Hehehe.
4) Mulakan dengan kuantiti yang sedikit untuk anak - anak yang ada masalah tidak suka makan sayur.
4) Bagi kata -kata pujian kalau berjaya makan, kunyah dan telan hingga habis.
BAGI kanak-kanak, mereka berjuang nak habiskan lagi lagi yang kurang minat ni. Tak caya tataplah wajah anak- anak bila suruh makan sayur banyak - banyak ni. Nak snap pic pun mak tak sanggup!
5) Sekali sekala bagila reward atas kejayaan makan sayur yang banyak dan kerap. Saya selalu merewadnya seperti bawa ke taman permainan yang dia suka bila dia 'good boy'.
6) SELALUlah makan sama - sama supaya anak lebih bersemangat nak makan. Meskipun menguji KESABARAN dan KEIMANAN si ibu dan bapa.
Okey. Selamat berjaya semua ibu -bapa  InshaALLAH selepas ini anak-anak suka makan sayur.




Alhamdulillah saya dah berjaya. InshaALLAH anda boleh!



Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai