Sunday, September 30, 2018

ISTERI, Jom pikat suami SENDIRI.

 ISTERI, Jom pikat suami SENDIRI. 
Ramai isteri pm dan mengadu kat Cheq' Ayu tak `happy' bila dah kawin.
Tapi dalam tak sedar ramai isteri buat benda yang tak 'happykan' suami. Samalah kita kadang - kadang. Hehehe.
Ok. Jom kita mulakan benda kecil untuk cari kegembiraan dalam rumahtangga. Muhasabah diri sendiri bersama yang lain.
JOM buat benda yang 'happykan suami'.
 Perkasakan yang fardhu dan lebihkan doa pada Allah. Allah Pemilik segala hati.
 Banyakkan senyum depan suami. Maniskan senyuman kerana Allah. Meskipun hati berserabut dengan kerja rumah dan anak anak.
 Cakap dengan nada memikat. Bukan nada nak ajak gaduh. Amboi. Dengan kawan sekerja dan jiran bukan main baik je susun ayat. Kenapa dengan suami macam ah long kutip hutang. #EhSiapatu.
 Berhiaslah depan suami. Majoriti ramai wanita habiskan banyak masa di cermin dan pilih pakaian terbaik untuk hari raya dan ke majlis di luar. Tapi pakaian tido dan pakaian dirumah. Dah boleh masuk muzium kot.Huhuhu #kelawarmanjang.
 Jangan gaduh lama lama. Kena selesaikan secepat mungkin. Carilah cara apa utk sampaikan apa tak puas hati. Jangan pendam bertahun tahun. Org laki kurang kepekaan dan tak reti baca air muka dan tak mampu selami hati. kalau tak cakap dia tak faham. Cuba lah Mesej ke. Email ke. kalau tak mampu cakap atau suami jenis bukan pendengar yg baik. Bila gaduh, isteri ni asal cakap ja menangis. Jangan gaduh lama. Itu bibit komunikasi bermasalah. Syaitanlah paling happy kalau kita gaduh lama macam perang saudara. Jangan tau. Kita tak mau geng Syaitonirrojim. Cheq' Ayu cakap kat diri sendiri juga ni. Hehehe. gaduh ni kadang kala bagus untuk membaiki hubungan. Hehehe
 Ni penting ni. Kena minta maaf dengan sungguh-sungguh bila buat salah dan hilangkan dendam kesumat. Payah ni tapi bila berjaya diri lebih tenang. InshaAllah.
 Ringankan mulut ucap terima kasih atas apa yang suami bagi. Ini kalimah yang buat suami rasa terharu dan happy. Meskipun dia buat perkara kecil.
 Jom Kurangkan bebelan mahupun mengungkit tapi lebihkan ayat positif ala ustajah.
 Buat benda suami suka meskipun kita tak berapa suka. Susah ni. Suami suka makan menu masakan macam kat kedai. Ha... Apa lagi google dan pergi belajar. Supaya dia kurang makan kedai dan suka makan masakan dirumah. Dapat pahala tu. ðŸ˜˜
 Berpada - padalah urusan kerja, kerja rumah tangga, tolong orang, Ingat. Jangan sampai kita kehabisan tenaga nak layan suami. Utamakan yang penting. Kita bukan superwoman. Jangan nak buat semua kerja melampaui kemampuan. Dahulukan keutamaan dalam hidup kita. Terlalu penat buat kita garang macam singa. Bagitahu suami supaya dia tahu dan boleh menolong.
 Semarakkan hubungan intim suami isteri. Tambah ilmu dan saling bertoleransi. Jangan karam dengan lautan kerja, anak anak dan abaikan bab ni.
 Ni penting jugak. Kena ada perasaan hormat suami kerana ingatlah. Dalam jutaan lelaki kat dunia. ALLAH PILIH si dia jadi suami.
 Paling utama. Jika dia suami yang punya kebaikan pada perkahwinan belajarlah redha dan taat. Dan saling doakan agar Allah tambah ilmu supaya menjadi pasangan yang lebih baik.Kerana Ilmu dan kefahaman buat suami mampu buang ego dan lebih berusaha menjadi suami yang bertanggungjawab.
Isteri - isteri yang cantik bistari.
Matlamat kita nak masuk Syurga yang First class. BUKAN BIASA-BIASA.
Tak dapat anugerah atau penghargaan dari manusia. Tak apa. Tapi Allah suka apa yang kita usaha.
Tahu tak kita mampu kesana atas tiket menjadi isteri solehah.
"Apabila seseorang wanita(isteri) itu melakukan solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya, mentaati perintah suami. Maka dijemputnya di Akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintu yang mana disukainya." (HR Ahmad, Ibnu Hibban & Tabrani)
Ketepikan ego, amarah dan dendam kesumat kita. Mulakan kegembiraan dalam rumahtangga dari diri kita sendiri. ALLAH DAN PARA MALAIKAT TAK PERNAH BERHENTI MENCATAT APA YANG KITA BUAT DI DUNIA.
Cuba kita buat sikit sikit. InshaAllah pasti suami kita akan sama - sama berubah Inshaallah. Nak masuk syurga memang susah.😘
Nak ubah suami, nak suburkan rumahtangga bukan mudah. SUSAH nak ubah orang lain. Tapi lebih mudah kita mulakan dengan diri kita. InshaAllah.
INGAT SYURGA FIRST CLASS sahabat-sahabat. Syurga yang ada RASULULLAH S. A. W.
Suami jahat, suami zalim. Macam mana nak taat? . Doa banyak-banyak. Moga Allah bagi jalan keluar. Allah Pemilik Segala Hati. ALLAH Sebaik baik penolong.
Ha.. Siapa nak beli Set kecerdasan wanita. Jangan lupa pm Cheq' Ayu. Cantik berseri di depan suami.InshaAllah ðŸ˜˜

POLIGAMI II


Poligami lebih indah bila diterajui oleh lelaki yg takutkan Neraka Allah & mempunyai motivasi tinggi untuk ke Syurga. 
Bagus dalam pengurusan masa, berkemampuan fizikal dan harta. 
Mempunyai ciri - ciri kepimpinan yang adil, tegas dan mampu mengetepikan ego mahupun kesenangan diri. 

Dan lagi bagus ia DAPAT SOKONGAN yang tak berbelah bagi dari isteri yang sedia ada untuk menambah cawangan lagi. 
Kerana sokongan dan kebersamaan isteri yang sedia ada akan membantu suami menikmati kehidupan yang bahagia. 
Kalau tak dapat sokongan tu sila lah lupakan seketika... 
'Improvelah' diri sebagai suami terbaik pada isteri yang sedia ada. 
Banyakkan doa minta petunjuk dan kekuatan dari Allah untuk kehidupan mendatang.

Pada kaum hawa jangan berani melangkah dalam poligami hanya berlandaskan cinta semata-mata. BAHAYA.

Poligami kemuncak ujian perasaan bagi wanita.

Dan Syaitan tak pernah berhenti menggangu manusia.

Sama-sama kita meminta pertolongan Allah dalam membuat setiap keputusan dalam kehidupan. Allah sahaja tempat kita meminta dan bergantung harap sepenuhnya.

Cheq' Ayu banyak jumpa kehidupan poligami yang baik. Bilamana suami berusaha sehabis baik untuk jadi suami dan ayah yang lebih baik. Isteri yang sedia ada bersama - sama menuju ke arah kebaikan & isteri baru juga berusaha menjadi isteri &ibu yang baik.

Dan mereka memilih poligami untuk kehidupan keluarga besar yang lebih baik.

Mudah sekali tulis baik tapi perlukan MUJAHADAH untuk berada dalam kebaikan.

Macam tak realistik tapi itulah kenyataannya. Kebaikan dan ketenangan hati adalah berkait rapat.

Isteri yang berada dalam keluarga poligami memerlukan kekuatan jiwa yang dasyat untuk mempositifkan diri dalam banyak keadaan. Kerana wanita ratu dalam hal melibatkan emosi dan jiwa. Semoga Allah sentiada di hati kita.

Cubalah kita menjadi baik pada pandangan Allah dalam kehidupan selagi belum menutup mata. Carilah sahabat dan sentiasa berada dalam suasana majlis ilmu yang membantu kita mencari sisi kebaikan dalam kehidupan kita.

Kita doa yang baik- baik pada semua.

Syurga tempat orang yang baik-baik. TITIK.
InshaAllah.

POLIGAMI.

Semua orang tak mahu sakit. Ada yang menjaga kesihatan sehabis baik namun Allah uji juga bagi penyakit meskipun kita dah jaga kesihatan sehabis baik. Ada yang sihat sehingga hujung nyawa. 

Alhamdulillah.

Begitu juga dalam kehidupan berkahwin.

Ramai wanita tak suka dan tak mahu poligami.

Namun kuasa Allah dan takdir kehidupan bukan sepenuhnya dibawah tangan kita.

Boleh jadi harini kita bahagia bersama suami.

Dan benci sangat pada poligami kerana terlalu sayang suami, tak suka berkongsi, pengalaman keluarga poligami diri sendiri ataupun pengalaman orang lain.

Tapi tak boleh pukul rata semuanya.

Mana tahu suatu hari suami kita pergi dengan izin Allah @jodoh kita terputus di tengah jalan. Kemudian Allah jodohkan kita dalam poligami tanpa disangka.

Kita akan berjodoh dengan poligami yang kita tak suka tanpa kita sangka.

Atau boleh jadi ibu kita memilih kehidupan berpoligami dihujung usia.

Atau anak perempuan kesayangan kita ada jodoh dengan suami orang.

Atau janda muda anak 3 kawan baik kita berpoligami dengan lelaki yang baik.

Ataupun saudara lelaki kita berpoligami dengan kekasih lama dengan izin isterinya

Ini kemungkinan yang baik boleh berlaku.
Tapi saya tahu ramai yang ada pengalaman yang tak baik juga.

Seperti suami kawin senyap-senyap dan abaikan keluarga sedia ada. Suami tak adil dalam poligami.

Suami tak baik dalam poligami makan duit isteri. Isteri semakin tak baik bila di alam poligami.

Ayah yang tak bertanggungjawab dalam keluarga poligami. Dan macam-macam lagi.

Poligami juga adalah satu bentuk perkahwinan yang ada dalam agama.

Tidak kena pada kita mungkin kena pada adik beradik atau anak kita sendiri pada masa hadapan.
Siapa tahu kan?

Penghujung hidup kita tak siapa menyangka.

Sama macam Cheq' Ayu diajak berpoligami dengan sahabat usrah sendiri selepas selesa menjalani kehidupan ibu tunggal.

Sahabat-sahabat.

Jangan terlalu membenci sesuatu berlebih-lebihan. Dan jangan menyukai sesuatu melampaui batas.
Allah akan menguji sesuatu yang kita selalu fikir, sayang dan takut.

Akan tetapi tak salah kalau berhati - hati dalam menuturkan kata mahupun memilih fokus menjalani kehidupan yang sedia ada dengan lebih baik.

Poligami mahupun monogami akan jadi indah kalau kita dahulukan ketaatan pada Allah dalam semua tindakan.

Hidup kita ibarat roda. Kadang di atas kadang dibawah. Kita doalah yang baik-baik pada Allah.

Poligami juga sama seperti monogami. Ada yang bahagia ada juga sebaliknya.

Perkahwinan memerlukan keimanan, ilmu agama, kestabilan emosi & fizikal, ilmu kewangan, pengurusan hidup yang baik, bertolak ansur, kawalan ego dan kesabaran yang tidak ternilai.


Ingatlah SYAITAN musuh kita yang nyata.

Musuh kita bukan anak dara cantik, ibu tunggal mahupun janda muda yang kita takut sangat akan ambil laki kita.

Kata-kata juga adalah doa. Jadi banyakkan berkata baik.

Paling PENTING jaga hubungan dengan ALLAH sehabis baik.

Cuba mulakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan permulaan yang baik.
Dan doa yang baik-baik.

Jalanilah kehidupan kita sehabis baik.

Dan jadilah pasangan yang baik yang saling melengkapi dalam kehidupan kita sama ada poligami atau monogami. Kan...

Yang tak baik dan sejarah silam kita jadikan panduan & pengajaran.

Tudung senget kemain kita adjust kat depan cermin.
Tapi keimanan kita.... Jarang benar kita adjust
Jom adjust....
Jom jadi baik.
Jom baiki diri kita.

POLIGAMI BUKAN SESUAI PADA SEMUA LELAKI.


Subhanallah. Semalam Cheq' Ayu bersama bff menambah ilmu poligami. Pengisian yang mantap dan menarik tentang poligami.
Disini Cheq' Ayu catat semula isi penting yang boleh dikongsi bersama.
Ciri lelaki yang LAYAK poligami.
* Qawwam.
*berkemampuan memberi nafkah.
*sedaya upaya memelihara isteri&keluarga dari neraka dengan didikan agama.
*tidak tewas dengan isteri.
*Bersikap adil untuk isteri sedia ada dan bakal isteri.
Lelaki yang mempunyai kesemua ciri di atas LAYAK dan akan membentuk keluarga yang bahagia dalam perkahwinan poligami dengan izin Allah. InshaAllah.
Paling PENTING!
Isteri yang mempunyai suami yang ada niat dan layak nak poligami cuba jadi pendengar yang baik pada suami.
Mohon kepada Allah untuk kekuatan jiwa.
Mudah mudahan suami dapat mulakan hubungan dengan cara yang BAIK dan secara TERANG.
Suami-suami. Jangan sembunyi atau mula dengan penipuan kalau nak kahwin lagi.
Poligami akan lebih indah dan memudahkan banyak pihak jika dapat sokongan yang baik dari isteri yang sedia ada, bakal isteri yang baik dan keluarga terdekat. InshaAllah.
Kebergantungan pada Allah mesti melebihi segalanya dalam semua perkara.
Kalau TAK!. Cukuplah membahagiakan satu isteri sahaja.
Untuk isteri & bakal isteri pastikan mereka ada ciri ini. JANGAN BERSANDARKAN CINTA DAN PERASAAN SAHAJA.
Sebelum kawin semuanya seharum bunga selepas kawin duri duri tajam berduri keluar.
Jadi SIASAT BAKAL SUAMI sebelum menikah supaya elak banyak benda yang tak diingini.
PERLU PERANCANGAN YANG LEBIH kalau memilih untuk menjadi sebahagian dari keluarga poligami. Agar keluarga sedia ada dan bakal keluarga lebih terjaga.
Isteri yang diuji suami yang tak mampu poligami tapi nak jugak. Teruskan jadi isteri & ibu yang baik. Doa banyak-banyak kat Allah. Semoga Allah bantu bagi yang terbaik.
Pada semua pembaca. Jangan pandang keluarga poligami dengan pandangan yang buruk. Ada yang berjaya memelihara keharmonian keluarga dengan baik.
MashaAllah. Banyak kebaikan ada dalam keluarga poligami yang baik disebalik cabarannya kalau kena caranya.

Buat kaum hawa, 

Poligami boleh jadi pada sesiapa sahaja dengan izin Allah. Jangan terlalu benci keterlaluan. Kerana ramai yang di takdirkan berpoligami dan diuji keluarga poligami adalah dari mereka yang sangat TAK SUKA poligami pada awalnya.
Kita doa yang baik-baik, menjadi positif dan kembalikan jiwa kita&mereka dengan segera pada ALLAH adalah lebih baik dari memburukkan sesuatu tanpa usul periksa bila melibatkan hal rumahtangga.
MashaAllah. Banyak sungguh ilmu Cheq' Ayu dapat semalam. Berbaloi pergi. Alhamdulillah.
Kalau suami tiada ciri di atas dan berpoligami jugak maka terbentuklah keluarga yang bermasalah berangkai-rangkai tanpa kesudahan. Allahu Akbar.
Moga Allah pelihara kita semua dari kejahatan manusia dan mudahkan segala urusan kita di dunia yang sementara ini.
* Amru peserta paling kecil dengar tips poligami. Menemani ommi tambah ilmu poligami untuk keluarga.
Jazakalllah KAPTEN HAFIZ FIRDAUS atas penerangan yang MANTAP, JELAS beserta DALIL.
Semua yang berkahwin nak bahagia ke Jannah.
Sama - sama kita sentiasa TAMBAH ilmu dan berusaha jadi BAIK.

Wednesday, August 8, 2018

Resepi kueh Puteri Ayu yang Cheq' Ayu buat.


Bahan-bahannya




Alhamdulillah selepas 15 minit dikukus.




Inilah hasilnya Kueh Puteri Ayu oleh Cheq' Ayu


Resepinya.. 

3biji telor grade c
300 ml gula kastor ( 1 cawan lebih sikit) 1cawan =250 ml
2sudu kecil ovelet
200ml santan = ( sekotak santan Kara)
50ml airpandan yang diblend
2sudu kecil pewarna hijau epal(boleh letak lebih ikut kesesuaian)
500 ml tepung gandum = 2 cawan (Cheq'Ayu guna tepung cap bunga rose tanpa pemutih)
1sudu kecil serbuk penaik. (=baking powder)
Atasnya
Setengah biji kelapa parut putih sahaja. Kalau buah kecil sebiji kelapa.
1sudu besar tepung ubi (tepung ubi ja kesan dia mcm gam dan putih gebu. Tepung gandum dia akan jadi warna putih kekuningan dan kurang melekat cantik.)
Secubit garam. (ikut tahap masin yang kita nak)
Kelapa kukus dulu baru campur tepung ubi utk dptkan permukaan putih yg terbentuk cantik dan melekat kuat. Bila kukus kelapa pun akan tahan lama tak mudah rosak.
Sedikit Minyak untuk sapu di acuan supaya tak melekat.
Caranya pukul telor, gula, ovelet dan pewarna. Pukul dlm 5 hingga 10minit sampai kembang. Masukkan air pandan, santan dan pukul lg hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik serentak pukul lg 5 minit hingga adunan pekat dan sebati.
Acuan tu sapu minyak bg rata. Setiap kali nak kukus kena sapu minyak. Masukkan sesudu kecil kelapa parut yg digaul dgn garam dan tepung ubi kemudian tekan tekan bg rapat dlm acuan. Kemudian tuang adunan dlm acuan.
Kukus selama 15 minit. Api kena kuat. Nanti xnaik. Jangan buka buka. Selepas 15minit baru buka. Kalau selalu buka dia jatuh tak naik.
Kalau pukul guna tangan dapat dlm 25biji sekali buat. Kalau guna mixer dapat 36biji. Lebih kurang macamtulah kawan-kawan.
Selamat mencuba kawan-kawan. Jangan lupa baca bismillah dan doa byk byk sebelum buat. InshaAllah jadi.
Cheq' Ayu tunjuk gambar kueh yang Cheq' Ayu buat. Kueh ni boleh disejuk bekukan "frozen". 
Bila nak makan letak dlm nasi bila nasi dah masak. Sesuai utk anak-anak. Cuba utk anak anak boleh buat kurang manis ye. Boleh gantikan gula putih dgn gula organik. 
Semoga bermanfaat.


Monday, July 30, 2018

JENAYAH DALAM KELUARGA SENDIRI.

Jangan biasakan makan duit anak. 

Kerana anak itu amanah. 
Kalau TER guna sila bayar baik. Kita marah orang hutang kita tak bayar. Tapi duit anak kita rasa bukan hutang.
Setiap anak Allah hadirkan bersama rezeki dan ujian. 

Dari lahir kalau baby dari perkahwinan yg punya keluarga. Biasanya akan ada rezeki dari Allah yang berikan seawal 7 hari oleh orang lain ( hari akikah anak) Belum lagi rezeki bila dapat duit bila menjelang Hari Raya Aidilfitri setiap tahun @simpanan tetap oleh keluarga.

Kalau tak kuat iman. 
Tak fikir panjang, rezeki anak kita sapu dan terasa ujian semata - mata.
AStaghfirullahalazim.



Ujian wanita kerjaya dalam rumahtangga

Beberapa hari ini Allah menemukan saya dengan beberapa wanita bekerjaya yang dizalimi teruk oleh suami dalam perkahwinan monogami dan juga dlm poligami. 


Oleh itu saya doakan dan nasihatkan agar semua wanita muda bekerjaya, janda bekerjaya dan semua wanita agar taaruf dan selidik selain mengharapkan doa sahaja. 

Jangan tertipu dengan kebaikan zahir. 

Ambiklah masa utk taaruf, tanya org yg berilmu dan banyakkan doa supaya tak terperangkap dengan perkahwinan yang menjerat diri. 

Wanita bukan dijadikan sebagai isteri bekerjaya untuk kesenangan suami habis habisan. 

Kemudahan utk buat loan je. 

Kemudian asik menghemburkan ayat isteri kena taat dan syurga di bawah tapak kaki suami bila kepenatan balik rumah untuk menggagahkan diri isteri menjadi superwoman kt rumah. 

Sedih dan luluh hati mak ayah yang membesarkan anak perempuan pandai pandai dengan baik. 

Dapat kat suami dia buat suka hati. 

Isteri tu anak perempuan org tau. 

Bukan anak kucing yang kena lempar tepi jalan.

 Wahai isteri, sayangi diri anda. 

Jangan membodohkan diri anda yg pandai bila bab ini. 

Kena ada ilmu, kekuatan, ketegasan . Kuatkan hubungan dengan Allah kerana Kerana Allah sebaik baik Penolong. 

Lepasni kena cadangkan khutbah jumaat pasal kewangan dalam rumahtangaa. 

Sebab ramai kenyang makan duit isteri dengan paksa rela. 

Bukan apa ramai sangat suami cakap berdegang - dengang pasal hutang 1MDB kat kedai kopi tapi diri sendiri hari hari hutang duit isteri utk kehidupan sehari - hari tapi tak ada niat nak ganti.

Ya ALLAH peliharalah wanita yang baik dan cerdik pandai.

BAYI COMEL TAK BERDOSA.


Disebalik kita sibuk bab duit jutaan ringgit dan kisah perangai org kaya. 

Ketahuilah saban hari anak tak sah taraf lahir dari rahim seorang mahasiswi tempatan tanpa ikatan pernikahan mahupun dari wanita pendatang asing tanpa dokumen di bumi Malaysia. 

Lebih malang lagi bilangan anak yang lahirkan hasil lelaki durjana rakus tak kenal anak kandung dan adik kandung sendiri juga bertambah. 

Belum lagi campur kisah bayi lahir atas keseronokan seketika hasil kerelaan mereka di bangku sekolah. 

Kebanjiran anak ini terlalu sukar dibendung. 
Mereka lahir atas dosa org lain. 
Lahir tanpa persediaan dan sambutan. 
Hidup dengan kesulitan bila ditinggalkan tanpa dokumen yang lengkap. 

Berdosa di mata masyarakat sebelum lahir ke dunia. 

Dan mereka inilah yang menjadi penghuni syurga bila dibunuh, mahupun meninggal kesorangan dibuang macam - macam cara oleh pendosa. 

Cheq' Ayu kesedihan mendengar saban hari bayi comel tak berdosa dibuang merata-rata.

Ya Allah bantulah kita yang lemah. Jom kita berjuang jadi baik dan didik keluarga kita dan bantu masyarakat jadi baik.

Ketahuilah suami..



KELEMBUTAN YANG HILANG DIMAMAH TEKANAN
Ketahuilah sang suami dimuka bumi. Kepenatan dan tekanan menghilangkan kelembutan seorang isteri dalam kehidupan.
Mengertilah, fahamilah dan bantulah.
Kelembutan dalam bicara biasanya hadir dalam ketenangan mengurus hidup.
Isteri bukan hamba untuk dizalimi tapi utk disayangi sebagai isteri.

ALLAH yang menyatukan seorang wanita dan lelaki kita dari asing menjadi halal. 
ALLAH juga mampu menukarkan kesunyian kepada berteman.

Jangan lupa ALLAH juga mampu menamatkan jodoh kita dengan kematian mahupun penceraian.
Jangan lupa ALLAH bagi isteri sebagai pinjaman bukan HAK MILIK

Jadi suami yang ALLAH pilih menjadi imam kepada isteri.

HARGAILAH isteri dengan BAIK
Dia adalah makhluk ALLAH yang istimewa.
Dia adalah anak perempuan yang punya keluarga
Dia dipilih oleh ALLAH untuk menjadi suri hati
Dia amanah dan ujian pada suami.
Dialah Jurutera rumahtangga
Dia juga Menteri kewangan anda

Dan DIALAH BIDADARI anda. MashaALLAH.

Bantulah isteri jadi isteri solehah.


Sunday, July 29, 2018

Penceraian bukan penamat kebahagiaan.

Laluilah penceraian dengan hikmah dan sabar.


Selepas bercerai.

Kadang ia buat hidup lebih bermakna selepas ujian besar. 


Kehidupan anak anak Norman &Abby jelas terpancar bagaimana Allah aturkan yang terbaik pada keluarga mereka diluar sangkaan kita.


Sungguh. 

Allah penentu takdir hati kita yang berbolak balik. 

Allah sahaja yang mampu menukarkan kesedihan kepada kebahagiaan. 

Kepada Allah kita bergantung harap, berusaha dan berdoa. 

Tiada siapa yg menyangka bila berkahwin akan diuji dgn perpisahan.
Namun takdir Allah melampaui perancangan manusia. 

Kepada Allah kita berserah.

Kepada Allah kita berserah.

Kepada Allah kita berserah.

Kepada Allah kita berserah.

Selepas kesulitan pasti Allah sertakan kemudahan. Kekal positif dan pedulikan yg negatif.
 Allah uji sebab Allah sayang.

Cheq' Ayu sayang semua. Sahabat yang diuji dalam penceraian.

Ayuh bangkit jadi muslimah LEBIH BAIK 

DEMI SYURGA...













PEREMPUAN PERLU CINTA ALLAH DAN CINTAKAN ILMU.

Dalam setiap jiwa wanita ada kelembutan dan kesabaran yg luar biasa Allah jadikan utk menjadi muslimah sebagai anak, isteri, ibu yg sangat sabar dalam menyusuri kehidupan yg berliku.
Semua ini akan kelihatan bila kita kuatkan hubungan dgn Allah dan gali ilmu.
Bila keimanan kita ditahap nyawa ikan. Maka begitu juga 'feminine energy,' kita terhasil.
Bila kita mampu bangun tahajjud dan solat subuh awal waktu. 
Terasa kebersamaan Allah pada hari yg kita jaga ruhiyah.


Bila solat subuh di hujung waktu.
 Rasa ada je benda tak kena. Seharian kemarahan dan ketidaksempurnaan berlaku.


Jom kita kuatkan doa pada Allah agar Allah bagi kita jalan untuk kita baiki kehidupan kita.
Tak salah harap org berubah.

 Tapi jangan lupa fokus pada apa yg mampu kita buat daripada mengharapkan org lain.

Teruskan semangat kita untuk belajar dalam banyak benda. 

Kerana banyak urusan jadi mudah bila kita tahu, faham dan bertindak. InshaAllah.
Jom jadi muslimah yang luar biasa. 

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai