Sunday, September 30, 2018

POLIGAMI.

Semua orang tak mahu sakit. Ada yang menjaga kesihatan sehabis baik namun Allah uji juga bagi penyakit meskipun kita dah jaga kesihatan sehabis baik. Ada yang sihat sehingga hujung nyawa. 

Alhamdulillah.

Begitu juga dalam kehidupan berkahwin.

Ramai wanita tak suka dan tak mahu poligami.

Namun kuasa Allah dan takdir kehidupan bukan sepenuhnya dibawah tangan kita.

Boleh jadi harini kita bahagia bersama suami.

Dan benci sangat pada poligami kerana terlalu sayang suami, tak suka berkongsi, pengalaman keluarga poligami diri sendiri ataupun pengalaman orang lain.

Tapi tak boleh pukul rata semuanya.

Mana tahu suatu hari suami kita pergi dengan izin Allah @jodoh kita terputus di tengah jalan. Kemudian Allah jodohkan kita dalam poligami tanpa disangka.

Kita akan berjodoh dengan poligami yang kita tak suka tanpa kita sangka.

Atau boleh jadi ibu kita memilih kehidupan berpoligami dihujung usia.

Atau anak perempuan kesayangan kita ada jodoh dengan suami orang.

Atau janda muda anak 3 kawan baik kita berpoligami dengan lelaki yang baik.

Ataupun saudara lelaki kita berpoligami dengan kekasih lama dengan izin isterinya

Ini kemungkinan yang baik boleh berlaku.
Tapi saya tahu ramai yang ada pengalaman yang tak baik juga.

Seperti suami kawin senyap-senyap dan abaikan keluarga sedia ada. Suami tak adil dalam poligami.

Suami tak baik dalam poligami makan duit isteri. Isteri semakin tak baik bila di alam poligami.

Ayah yang tak bertanggungjawab dalam keluarga poligami. Dan macam-macam lagi.

Poligami juga adalah satu bentuk perkahwinan yang ada dalam agama.

Tidak kena pada kita mungkin kena pada adik beradik atau anak kita sendiri pada masa hadapan.
Siapa tahu kan?

Penghujung hidup kita tak siapa menyangka.

Sama macam Cheq' Ayu diajak berpoligami dengan sahabat usrah sendiri selepas selesa menjalani kehidupan ibu tunggal.

Sahabat-sahabat.

Jangan terlalu membenci sesuatu berlebih-lebihan. Dan jangan menyukai sesuatu melampaui batas.
Allah akan menguji sesuatu yang kita selalu fikir, sayang dan takut.

Akan tetapi tak salah kalau berhati - hati dalam menuturkan kata mahupun memilih fokus menjalani kehidupan yang sedia ada dengan lebih baik.

Poligami mahupun monogami akan jadi indah kalau kita dahulukan ketaatan pada Allah dalam semua tindakan.

Hidup kita ibarat roda. Kadang di atas kadang dibawah. Kita doalah yang baik-baik pada Allah.

Poligami juga sama seperti monogami. Ada yang bahagia ada juga sebaliknya.

Perkahwinan memerlukan keimanan, ilmu agama, kestabilan emosi & fizikal, ilmu kewangan, pengurusan hidup yang baik, bertolak ansur, kawalan ego dan kesabaran yang tidak ternilai.


Ingatlah SYAITAN musuh kita yang nyata.

Musuh kita bukan anak dara cantik, ibu tunggal mahupun janda muda yang kita takut sangat akan ambil laki kita.

Kata-kata juga adalah doa. Jadi banyakkan berkata baik.

Paling PENTING jaga hubungan dengan ALLAH sehabis baik.

Cuba mulakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan permulaan yang baik.
Dan doa yang baik-baik.

Jalanilah kehidupan kita sehabis baik.

Dan jadilah pasangan yang baik yang saling melengkapi dalam kehidupan kita sama ada poligami atau monogami. Kan...

Yang tak baik dan sejarah silam kita jadikan panduan & pengajaran.

Tudung senget kemain kita adjust kat depan cermin.
Tapi keimanan kita.... Jarang benar kita adjust
Jom adjust....
Jom jadi baik.
Jom baiki diri kita.

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai