Tuesday, March 28, 2017

Wanita bercerai aura macam 'celebrity'

Wanita bila keluar dari pernikahan,

Ada aura mengalahkan celebriti.

Sendiri kemana-mana dipandang kanan & kiri.

Buat baik diperhati.

Buat jahat habislah kena keji.

Bertunang dengan bujang ramai tak puas hati..

Nak kawin dengan duda pun ada yang tak senang hati..

Poligami, lagilah ramai benci & tak berani..

Tak kawin lagi pun ramai yang risau& dan susah hati..

Pakat sibuk tanya bila boleh makan nasi minyak lagi..

tabahlah wahai wanita 'hidup sendiri'.

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

MashaAllah senangnya 'kalian' nak dapat pahala free. Kan.

Kesimpulannya. Wanita yang ada title 'special' ni. Jaga baik-baik diri sendiri & jangan termakan dengan kata orang yang ada penyakit hati.

Hati -hatilah bila sendiri. Kerana ada mata -mata sentiasa memerhati tak puas hati.

Sentiasa baca doa zikir pagi dan petang dan minta Allah beri perlindungan. Allah sebaik-baik Penjaga. Doa banyak-banyak agar terpelihara fitnah manusia dan terselamat dari godaan lelaki jahat.

Semoga Allah memelihara kalian daripada pandangan mata yang jahat. Nauzubillahiminazzalik.

Dan yang paling baik. Bersangka baik pada pemilik segala hati. Ya Robbi..

Bahagia yang dicari ADA pada hati sendiri. !!

Manfaatkan masa berfamily sendiri, rezeki yang Allah bagi dengan melakukan kebaikan tanpa henti.

Yang lain. Tolong tolak campak tepi. Cheq' Ayu sentiasa doakan kawan-kawan special ni KUAT!

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai