topbella

Wednesday, March 8, 2017

KISAH RISAU KENA POSTING

Baru-baru ni secara kebetulan berjumpa bakal guru. Dia sangat risau tak dapat posting. Kemudian bila Cheq' Ayu bagi kata-kata semangat dia akan posting jugak. Lambat @ cepat. InshaAllah
Kemudian dia risau pulak dihantar ke Sabah @ Sarawak. Cheq' Ayu cakap dia kena bersyukur sebab dia akan jadi guru. Ramai graduate yang tak nampak pekerjaan mereka lagi dan kena betul betul survive dengan ekonomi hidup yang mencabar.
Cheq'Ayu kata seronok kalau dapat posting kat Sabah @ Sarawak. Tetiba adik ni bertanya. Kak ni macam ada pengalaman je cakap.
Ye Dik. Akak dulu mengajar dan first posting kat Sabah nuuuuun sana. Syok sangat.
Memang rasa ENJOY sebab banyak MENGAJAR dari kerja pengkeranian. Bila Cheq' Ayu balik mengajar di sini terasa perbezaan yang KETARA dari banyak segi.
Mungkin sebab Cheq'Ayu mengelek anak kiri kanan dan surirumah sekarang. Tak terfikir yang Cheq' Ayu pernah melalui kerisauan macam dia.
Di Sabah cantik, kurang pencemaran. Tenang tengok biru laut, Hijau tumbuh-tumbuhan dan belajar banyak benda baru terutamanya budaya. Cheq' Ayu terasa 1 Malaysia tanpa prejudis. Wah.. dah macam duta sabah pulak ni mempromote. 😁😁
Mak Cheq' Ayu pun suka. Sebulan dia datang tinggal sekali masa mengajar kat sana. Sebab cuaca & persekitaran yang segar dan ikan yang fresh & murah.
Kalau bukan kerana PERNikahan. Silap-silap tak balik sini lagi. Ha... nak cakap BEST mengajar dan hidup di sana.
' Tak kenal maka tak Cinta'. Pergi dulu.... andainya takdir Allah menghantar mengajar ke sana. ALLAH nak bagi pahala lebih tu. InshaAllah.

Murid -murid kat sana kebanyakkannya SAYANG guru dan ibu bapa sangat MENGHORMATI guru. Meskipun guru SENI je drive kete Viva. Sampai sekarang Cheq'Ayu ingat nama diorg taw. Walaupun kebanyakkan mereka dah berkeluarga.
Jauh perjalanan banyak pengalaman yang kita DAPAT.
Moral of the story. Jangan terlalu risau benda yang tak PASTI. Biasanya Allah selalu uji kita benda yang kita risaukan. Dan kata-kata adalah doa. Jadi kita checklistla diri kita dan berpada-padalah dalam semua hal.
Kita buat yang baik. Cakap baik-baik dan Banyak serah kat Allah. Positifkan diri sangat penting dalam kehidupan.
Benda paling patut RISAU. Lepas mati kita masuk syurga ke tak? Sebab kematian itu PASTI. SENTAP rasa Cheq' Ayu di tanya begini oleh naqibah suatu ketika dulu.
Oleh itu Jom kita jadi hamba yang BAIK dan BERSYUKUR! Jom GANDAKAN kebaikan dan amalan. Mudah-mudahkan kita semua menjadi penghuni SYURGA yang abadi.
Selamat berehat di hari Minggu yang indah. Manfaatkan hari cuti anda !
Nak beli produk yang Cheq' Ayu jual
Pm@ wa ye.
#freshpickslover
#instantebeauteserum

0 comments:

Iklan Sebentar

Mujahiddah Solehah

My photo

"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (Hadith sahih, riwayat Muslim)