topbella

Wednesday, March 8, 2017

KISAH GIGI -- by Cheq' Ayu


Saya tidak mempunyai struktur gigi yang baik.
Jesteru itu saya memakai pendakap gigi selama 3 tahun di universiti untuk membaiki struktur gigi dan menyelesaikan masalah lain.
Kesan psycology tidak memiliki struktur gigi yang baik, ketiadaan gigi sebelum waktunya, kerosakan gigi dan sewaktu dengannya sangat dasyat pada sesetengah individu. Sampaikan senyum tutup mulut, ketawa tutup mulut dan kadang-kadang rasa tak berkenyakinan cakap depan orang.
Jadi ibu -ibu jangan pandang remeh bab penjagaan gigi pada anak-anak.
Ketidakpedulian ibu memberi kesan pada perkembangan kehidupan anak-anak. Ini belum lagi kes di ejek kawan di sekolah kerana masalah gigi.
Jesteru itu, saya sangat mementingkan penjagaan gigi anak-anak semenjak mereka belum tumbuh gigi.
Disini saya senaraikan langkah penjagaan gigi yang baik untuk saya & ibu -ibu amalkan pada anak-anak. Kita kongsi ye. Kalau ada nak tambah dialu-alukan.
Langkah untuk sicomel memiliki gigi cantik & SIHAT!
πŸ’œ Susu ibu adalah yang terbaik. Selain khasiat susu ibu, kemesraan rapat ibu & anak. ALLAH Jadikan aktiviti menyusu secara terus bersama ibu sebenarnya membantu bayi memiliki rahang gigi yang tersusun. MashaAllah hebatkan aturan Allah. Ada hikmah besar penyusuan susu ibu sehingga bayi 2 tahun. Ini berdasarkan perbezaan anak-anak yang saya dapat lihat disekeliling.
πŸ’œTidak menggalakkan anak melekat lama dengan puting yang dijual di pasaran semasa bayi supaya tidak mengganggu pembentukan rahang gigi mahupun pertumbuhan gigi.
πŸ’œSeandainya ada keperluan untuk bayi minum susu botol khususnya ibu bekerja. Selepas bayi selesai minum tarik keluar puting botol susu. Jangan biarkan bayi menghisap puting botol susu lama-lama.
πŸ’œMulakan dengan menggunakan kain lembut @ penggosok gigi jari semasa baby mula ada gigi. Gosok tanpa ubat gigi untuk permulaan.
πŸ’œSelalu tunjuk diri sendiri gosok gigi supaya menarik minat anak. Anak mudah ikut bila dia selalu tengok.
πŸ’œSama-sama menjalani aktiviti gosok gigi bersama supaya anak rasa enjoy.
πŸ’œMula guna ubat gigi tanpa florida bila bayi dah makan makanan pepejal secara teratur.
πŸ’œBelikan berus gigi yang menarik untuk anak.
πŸ’œSelalu PUJI anak BAGUS bila dia berjaya gosok gigi sendiri. Agar anak rasa HEBAT !
πŸ’œTidak menggalakkan anak makan benda manis seperti gula-gula @chocolate. Tapi sedih anak selalu dapat bukan dari oommi.
πŸ’œPeriksa gigi anak selepas anak pandai menggosok gigi sendiri kerana anak tak ingat step yang betul dan kadang mereka nak cepat.
πŸ’œSeandainya anak mula tak minat. Tunjuk gambar gigi rosak dalam internet supaya anak nampak kesan tak menjaga gigi. Dan takut kalau selalu elak gosok gigi.
πŸ’œ Jadikan aktiviti berus gigi sebagai aktiviti rutin. Awal pagi, sebelum berwuduk dan sebelum tido.
πŸ’œGalakkan anak makan sayur, buah buahan untuk pertumbuhan gigi yang baik
πŸ’œGalakkan anak minum susu, jus buah dan air masak.
πŸ’œElakkan makanan yang cepat merosakkan gigi. Seandainya anak makan juga sila pastikan gigi mereka digosok bersih sebelum tido
πŸ’œDan sentiasa PUJI & SAYANG anak kerana BERJAYA menjaga gigi dengan baik.
πŸ’œBila ada masa dan kemampuan bawalah anak jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Ini je saya belum buat lagi. Coming soon.
InshaAllah tak lama pun ibu ayah. Bila anak masuk sekolah anak akan NAMPAK dan SEDAR kepentingan menjaga GIGI.
Kita doa banyak-banyak kat Allah dan berusaha yang terbaik. Kerana ALLAH PEMILIK SEGALA-GALANYA. InshaAllah.
Ok. Jom kita didik anak kita baik-baik. Cheq' Ayu
#homeschooling.

Muhammad Al Fateh kesayangan Umi

0 comments:

Iklan Sebentar

Mujahiddah Solehah

My photo

"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaΓ‘t kepada para pembacanya." (Hadith sahih, riwayat Muslim)