Sunday, March 12, 2017

Jangan TERLALU bersedih dengan PENCERAIAN


💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
🔊🔊🔊🔊🔊
Wanita yang 'special' di luar sana.

MASHAALLAH, TAHU TAK Allah bg penceraian supaya dapat jadi wanita yang LAGI baik tanpa suami. InshaAllah. Kalau ada rezeki dapat jadi ISTERI yang JAUH LAGI BAIK & berhati-hati dari dulu dalam kehidupan berumahtangga.

INSHAALLAH andai ada rezeki ditakdirkan dapat berkahwin lagi. Be positif !💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪

Tak semua tau MERASA 'nikmat' hidup selepas cerai. Lagi -lagi dapat keluar dari PERKAHWINAN BERMASALAH TAK DE KESUDAHAN.

PENCERAIAN ADA DALAM AGAMA.!!!

Kalau ADA Maknanya BAIK untuk dijadikan pilihan dalam solusi pernikahan yang tak menambahkan KEIMANAN. @ Yang buat kita sekeluarga boleh gila@mati @hidup xbahagia@dizalimi teruk seandainya kalau teruskan bertahan. Hanya kita, suami dan yang terdekat yang alami.

Jangan FIKIR kata orang luar sangat!

Kita akan jumpa Allah bawa pahala & amalan.

BUKAN dosa & masalah rumahtangga yang menimbun TAK da titik noktah.

Jadi jangan terlalu KECEWA dengan pandangan orang terhadap title tu.

PERCAYALAH. HABIS FASA SEDIH. AKAN RASA SYUKUR PADA ALLAH.
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. InshaAllah
Dalam surat Alam Nasyroh, Allah Ta’ala berfirman,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)
Ayat ini pun diulang setelah itu,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 6)
Allah Ta’ala berfirman,
سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
“Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (QS. Ath Tholaq: 7)

InshaAllah,InshaAllah bersangka baik atas takdir Allah.

Biarlah orang pandang semacam @ bermacam2. ALLAH pandang special tau!.

ALLAH LETAK NILAI seseorang ikut iman bukan ukur title.

KEKASIH ALLAH. Rasullullah s.a.w PILIH yang ada special title untuk dijadikan surihati dalam perkahwinan pertama. MASHAALLAH. MASHAALLAH.

YOUR level & nilai diri makin UP tau. Kalau kita transformasi diri dengan penambahan ilmu agama dalam kehidupan. Jom jadi HAMBA ALLAH yang lebih BAIK.

Jangan sedih-sedih!. Allah ada . Allah ada.

Dunia ni pinjaman. Semuanya milik Allah. Alhamdulillah Allah bagi kita pengalaman penceraian. Moga jadi ibrah yang baik buat kita.

<3 span=""> Hilang suami. InshaAllah ada pengganti. Jaga apa yang ada depan mata. JAGA MAK AYAH BAIK -BAIK. TAKDE ISTILAH BERCERAI DALAM KAMUS MAK AYAH KITA UNTUK ANAK. INGAT TU!!! JAGA APA YANG ADA BAIK -BAIK.

Syurga menanti!! <3 span="">

Yang ada anak. JAGA ANAK BAIK-BAIK. Itu saham Akhirat Allah bagi.

PLZZZ Jangan TERMAKAN dengan cakap -cakap orang. ALLAH ADA. Cari KAWAN yang positif untuk kita. BUKAN duduk dengan manusia sentiasa pandang mencari sesuatu yang xkena je.

TAKDIR HIDUP kita semua BERBEZA.

So yang tak ada sejarah penceraian dalam keluarga. Jangan LABEL & pandang orang yang pernah bercerai sebagai penjenayah tanpa jenayah @ kegagalan dalam hidup.

Nasib kita pada masa depan dalam perkahwinan tentu dan anak-anak belum pasti lagi.

Rumahtangga ada pasang surut, sedangkan pasir pantai berubah dipukul ombak inikan pula hati manusia.

Kejayaan Mengubah manusia dari Allah. Kita boleh berusaha semampunya. Allah Pemilik segala hati.

Siapa tahan dengan pasangan bermasalah, tsunami perasaan akibat tekanan hidup dari pelbagai sudut, kepenatan jadi superwoman, berbakul kata negatif dari pasangan @ segeng dengannya. Siapa mampu tahan dengan pukulan lelaki bernama suami yang hadiahkan neraka dunia.

Fikir dengan nama Allah dengan jiwa yang tenang wahai pembaca.

Wanita memilih penceraian mesti sebab yang tertentu. Hormatilah mereka. Jangan biasakan jadikan title mereka senda gurau sesuka hati. Tak baik menyakiti sesama kita.

Jesteru itu kita janganlah jadi juri mahupun pengkritik hebat, tetap dan berpencen dalam menilai kehidupan manusia lain. Setiap kehidupan ada RAHSIA yang hanya ALLAH yang tahu sedalam-dalamya.

Pandangan manusia terhad dan banyak khilaf. Allahu Akbar. Moga Allah lindungi kita dari pandangan yang JAHAT.

Jadilah manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Lebih baik berdoa yang baik-baik dari mengecam orang atas kisah silam mereka.

Sebenarnya orang bercerai mereka BERJUANG untuk kehidupan yang lebih BAIK dengan bercerai. Tak gitu?

Jom sahabat fb kita DOA baik-baik dan teruskan kehidupan dengan sebaik mungkin.

HIDUP mesti diteruskan. Nikmat bernafas dan dapat buat kebaikan adalah nikmat yang HEBAT. ALLAH hadiahkan pada kita.

Ingat tanda Allah sayang Allah bagi 'UJIAN special'. Syurga milik orang baik-baik. Takde seorang pun orang SOMBONG mampu ke Syurga.

So jangan sedih ye wanita yang HEBAT tu. ALLAH sayang kita . Sebab tu pilih kita hadapi ujian ni. Ha, kita ada chance ubah hidup kita lagi baik kan? Nampak tak?

Nikmatilah sebaiknya.

InshaALLAH. InshALLAH.

Kalau uols yang bersedih meh sini. Saya bagi SPECIAL HUGS. ( wanita je ye ). KITA sama-sama bagi motivasi untuk TERUSKAN berjuang dalam kehidupan di dunia. Hargailah KETENANGAN ALLAH bagi cari ilmu agama dan buat amalan banyak-banyak.

💜💜💜💜💜💜LA TAHZAN INNALLAHUMAA'NA💜

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai