Wednesday, March 8, 2017

HIKMAH PENCERAIAN

Penceraian sinonim dengan kesedihan kan?
Disebalik kesedihan & jelingan mata sekeliling yang penuh berteka teki

Terselit banyak HIKMAH sebenarnya. Mashaallah, Alhamdulillah.

Bak kata pepatah 'Hanya Jauhari yang mengenal manikam'.

Kepada mereka yang SOLO dalam alam pernikahan.
ALLAH hadiahkan kita KEMENANGAN DAN KETENANGAN HATI atas terputusnya hubungan dengan orang yang melemaskan kita dengan masalah yang menyakitkan.

Yang TAK SUDAH SUDAH JADI SUDAH! Alhamdulillah syukur ya ALLAH.

ALLAH takdirkan yang lebih indah selepas ini sama ada tanpa suami mahupun bersuami lagi. InshaAllah.

Usai penceraian, Masalah lain kita rasa kecil dan mudah diselesaikan kerana kita sudah merasa berpijak kaki di gelanggang mahkamah dunia.

Nah, bukan semua dapat merasa aura getir itu!

Jesteru itu, Ambiklah peluang hidup sendiri untuk lebih bersiap sedia mengadap ALLAH dalam pertimbangan di Padang Masyar yang penuh KEADILAN dan SAKSAMA.

HIDUP DI DUNIA HANYA SEKALI.. InshaAllah ada kehidupan lain yang menanti selepas itu. Inshaallah.

Kita bersangka baik pada ALLAH atas jodoh yang akan datang, rezeki dan masa yang lebih bermanfaat hari ini dan hari mendatang

Kita punya kelebihan di situ. Mashaallah Alhamdulillah. Andai kita memilih untuk POSITIF!

Sahabat yang sedang dalam proses penceraian. Moga Allah beri yang terbaik buat kalian. Jangan pernah berhenti BERDOA.

Sahabat yang telah bercerai hidup @ mati dengan pasangan.
BERBAHAGIALAH dengan cara tersendiri.

BAHAGIA ADA PADA HATI SENDIRI.

Allah hadiahkan kita semangat juang untuk kehidupan yang lebih baik.

Kita percaya pada SYURGA yang abadi. Jom kita kejar benda yang menanti dan membahagiakan itu.

Allah hadiahkan kita masa lebih untuk rapat dan dekat dengan ALLAH.

Allah hadiahkan kita untuk lebih kental untuk hadapi kehidupan akan DATANG.

Kerana cabaran kita akan datang pasti lagi BESAR - BESAR selepas ini. Percaya pada rahmat dan kasih sayang ALLAH.

Allah hadiahkan kita harapan yang lagi realistik dengan kemampuan diri. Kita mampu kita mampu kita mampu jadi lagi baik selepas ini.

PERCAYA PERCAYA dan terus PERCAYA diri.

Allah membuatkan kita rasa kita lagi diperhatikan. Lebih dasyat dari zaman bujang Ha... terasa seperti artis. Bukan?

Jangan risau. Memang itulah penangan wanita tiada suami di alam realiti. Positifkan diri. Dan istighfar tatkala syaitan membisikkan kita dari pandangan jahat manusia.

Manusia penuh khilaf. Allah saja tempat kita bergantung sepenuhnya. Kesempurnaan hanya pada PENCIPTA. ALLAH S.W.T. Bukan pada manusia.

Tengoklah contoh wanita hebat yang berjaya dengan status solo untuk motivasikan diri. InshaAllah terasa diri bahagia tanpa perlu menoleh ke belakang.

Allah bagi kita signal supaya jadi contoh yang baik pada anak-anak.

Allah mempersiapkan kita supaya belajar dari kesilapan dan rumah tangga yang lalu agar lebih bagus untuk kehidupan masa datang. Belajar untuk jadi pasangan yang LEBIH BAIK!.

Ibu yang lagi bagus! InshaAllah.

Allah bentuk kita menjadi lagi berani, sabar dan cekal dengan fitrah kehidupan dikelilingi manusia.

Ya, memang ada anak yang menjadi mangsa & tidak menjadi apabila ibu ayah bercerai.

Tapi ada juga yang teruk meskipun beribu ayah. Jesteru itu terpulang kepada kita yang MENDIDIKnya.

Banyak contoh anak yang BERJAYA meskipun dididik oleh seorang ibu mahupun bapa.

TAKDIR & MASA DEPAN kita milik ALLAH sepenuhnya. Kita sebagai hamba buatlah yang terbaik dalan kehidupan kita.

Allah memandang NIAT, PROSES sehingga KEMENJADIAN. ALLAH Maha melihat. Jangan penat kerana pandangan dan penilaian manusia.

ALLAH SUKA PADA MEREKA YANG SENTIASA BERDOA, BERUSAHA DAN TERUS BERDOA.
KESEDIHAN DAN KESAKITAN buat kita lebih bersungguh -sungguh dalam berdoa.

Pada sahabat yang difitnah, diburukkan, dianiaya oleh pasangan mahupun sesiapa.

ALLAH MEMANDANG DOA KALIAN.

MASHAALLAH. Kalian teraniaya. DOA KALIAN diangkat tanpa hijab.

ALLAH, ALLAH..... sayangya ALLAH pada kita semua. Teruskan berdoa dan menjadi lebih baik.

Moga ALLAH sentiasa bersama kita semua dalam semua keadaan.

Cheq Ayu sayang sahabat yang positif dan sebarkan bahagia. Jom positif selepas penceraian. Doakan yang baik
baik pada semua. Jom jadi baik !

Terimalah penulisan ini pada mereka yang sedang BERBAHAGIA.. bahagia hidup sendiri berteman erat bersama PEMILIK SEGALA CINTA. Allahu Akhbar.

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai