topbella

Sunday, March 12, 2017

BANTU ANAK DISEKOLAH - pengurusan duit saku sekolah



Tahu tak kenapa anak kita asik minta duit?, tak cukup duit kita bagi @ anak kita kena 'pau' oleh anak orang lain. Tahu tak sebab apa?

 Sebab 

LAPAR @ NAK sesuatu tak dapat !!

Anak kecil banyak main. Lari satu sekolah bila bermain kejar dengan kawan. Lupa tentang KEPENATAN. Belum lagi cerita dia belajar. Bila tenaga banyak guna. Mestilah cepat LAPAR.

Jadi ibu bapa kita bantulah anak-anak. Bukan marah dengan ketirisan duit yang dasyat! Sian anak kita.
Mereka belum mampu fikir tentang EKONOMI. Mereka tak faham erti EKONOMI dunia yang sedang tenat tu! Mereka tahu MAIN dan BARU nak BELAJAR sampai PENAT. Bila terlalu penat dapat tengok diorg tido dengan nyenyak sekali.

Ok ni tips untuk anak atasi masalah duit poket yang tak pernah CUKUP!.

1) Pastikan anak breakfast @ makan sebelum pergi sekolah. Supaya dia tak BALAS DENDAM makan banyak masa rehat. Bila TAK breakfast itu yang membeli sakan dan makan sampai loceng bunyi tak habis kunyah lagi. Habis sekolah pergi kantin shopping lagi.

2) Sila wujudkan budaya bawa air dalam bekas air ke Sekolah. Ajar dari kecil ye. Dapat hilangkan dahaga & bantu spy badan tak 'dehidration'. Dan boleh minum bila dia mengantuk dalam kelas. Jimat & sihat.

3) Tanya anak setiap hari kemana duit hilang. & Apa yang dia beli. Bukan apa. Nak didik ana tahu dia beli apa & mula berkira-kira duit dengan baik. Dan satu lagi dapat tahu punca duit HILANG. Bimbang kena 'pau' @ diambil kesempatan oleh rakan @ sesiapa. Maklumlah sekolah rendah ni ramai sungguh abang dan akak angkat ni. Ramai suka diangkat nie. Ada abg & kak angkat jumpa cakap nak pinjam je. Tapi sampai masuk sekolah menengah tak BAYO. Ada juga segelintir peniaga yang SAMPAI hati tak pulangkan balance. Seronokla anak kita SHOPPING. Tapi ramai lagi makcik kantin yang baik hati inshaAllah. Jadi, bila ibu tanya. Dapatlah tahu dan didik anak erti jujur & amanah selain dia kena bertanggungjawab atas duit yang diberi secara tak langsung.

4) Selalu check, tanya & terangkan kenapa TIDAK boleh beli selalu jajan di luar sekolah @ dalam sekolah. Supaya anak mampu MEMBELI makanan yang BERKHASIAT. Dan dia dapat belajar kenapa TAK boleh beli JAJAN meskipun tanpa ibu -bapa.

5) Sediakan anak BEKAL makanan berkhasiat kalau tak nak bagi duit. Jangan ingat budak-budak kecik dapat tahan lapar macam orang dewasa. Kita fikir anak mampu Bertahan sampai habis masa sekolah. Bawa bekal supaya SUPAYA anak tak terliur dengan makanan orang lain. Sekaligus bantu anak supaya tak jadi PEMBULI KECIL. Kerana ramai anak dah jadi gangster pau duit orang lain. Gara- gara ibu bapa TAK bagi duit saku ni.

4) Sila ambil tindakan secepatnya dan sewajarnya bila mengesan anak anda di 'pau', dibuli @ tetiba anak bawa balik duit sedangkan dia tak diberi duit saku. BOLEH berjumpa dengan pihak sekolah untuk TINDAKAN AWAL dapat selamatkan banyak pihak.

Terima kasih sebab baca sampai habis. Mudah -mudahan dapat bantu cikgu disiplin dan bantu anak-anak, ibu bapa tentang hal ini.

Jangan kerana diri kita nak JIMAT anak kita TER asah bakat jadi PEMBULI mahupun PENCURI kat sekolah! Nauzubillahiminazzalik-Cheq' Ayu

InshaAllah keperihatinan ibu bapa dapat kurangkan jumlah kes di bilik disiplin dan bantu anak sendiri jadi lebih baik. Cikgu pun dapat FOKUS mengajar. Tak gitu. 😂😀😁

Jom doa kat Allah supaya Anak kita lebih TERJAGA bila kita tiada. Selepas kita berusaha didik mereka baik-baik di rumah.

Sesungguhnyaa ALLAH sebaik- baik PENJAGA 

0 comments:

Iklan Sebentar

Mujahiddah Solehah

My photo

"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (Hadith sahih, riwayat Muslim)