Saturday, January 5, 2013

Bangun dan bermotivasi



Sehebatmana pun kereta, minyaknya pun kena isi, Kalau kereta berkuasa hybrid sekalipun baterinya kena juga charge.

Secanggihmanapun Handphone Samsung Galaxy baterinya cepat habis dan perlu di charge selalu.

Inikan pula kita manusia biasa. Ulang semua inikan pula kita hamba yang lemah

Hidup perlu mencari motivasi !

Apatah lagi manusia yang terlibat dengan dunia pekerjaan. Walaupun diberi gaji setiap bulan. 

Kesibukan, Kepenatan kadang –kadang mampu meragut keikhlasan dalam beribadah kalau tak kena gayanya.

Orang yang sibuk Orang Yang Mengenal erti masa.

Aah benar sekali. Dulu masa belajar dah perasan sibuk sangat. Sibuk belajar & sibuk Berprogram.

Tapi bila sekali terjun dalam realiti kehidupan seorang guru. 

Baru mendalam kefahaman tentang kesibukan yang sebenar - benarnya.

“Cikgu kan banyak cuti tak macam kerja lain. Apa lah yang sibuk sangat”

Erm berhenti berfikir sekejap. 

Hanya jauhari yang mengenal Manikam :)

Saya percaya ada lagi pekerjaan yang lagi sibuk seperti Ulamak, Ustaz, Doktor, Jururawat, Surirumah, Pekerja Kilang  & lain lain.

Bila kesibukkan bekerja ditambah dengan rutin harian, masalah ummah, masalah diri dan hal-hal lain. Lagi berganda kesibukkan dan kepenatan sehingga ruang pemikiran semakin tumpul dan hilang fokus

 Alhamdulillah Kita orang Islam di bekalkan banyak perkara untuk menenangkan hati.

Permulaan solat subuh sehingga solat isyak bersama solat solat sunat yang lain boleh menghadirkan ketenangan dalam hati kerana membuatkan kita terputus dengan hubungan dunia buat sementara.

Disini ada beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk charge motivasi diri tatkala kita memerlukan
  •  Menambah Ilmu Agama .Dengan Ilmu mampu menyuburkan benih iman  dan hasilnya kita dapat memperbanyakkan amal. Sekaligus membuatkan kita rasa dunia lebih kecil. Akhirat yang kekal Abadi ( Hadiri ceramah atau terlibat dengan program keagamaaan, join jemaah, solat jemaah,  Kalau seorang diri baca Quran dan zikir )
  • Cari hobi baru supaya ada komitmen pada perkara baru. ( Jangan tambah komitmen hutang sudahlah )
  •  Luangkan masa ziarah keluarga, saudara mara, kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ( panjangkan silaturrahim yang semakin pendek sebab memanjang sibuk jer ) 
  •  Bercuti @ Melawat tempat baru . Ada yang memilih mengerjakan Umrah, mengembara tempat yang jauh dari tempat kerja dan rumah sikit. :)  
  • Menjadi pendengar yang baik pada orang yang memerlukan. ( mendengar masalah orang mampu membuat kita rasa syukur & merendahkan hati kerana ramai yang lagi susah dan menderita dari kita 
Yang selebihnya kena cari sendiri.. 

Dekatkan diri dengan Allah supaya Allah memberi kita banyak motivasi mengharungi kehidupan yang bersisa dengan lebih bermakna.

Akhir kata kita kena sentiasa ingat mati .

Kalau malam kita bermimpi diri kita mati selalunya esok pagi sure kita lebih bermotivasi.

Ingat kematian yang pasti dapat memaksa diri untuk lebih bermotivasi
Semoga kita  menjadi orang yang sibuk juga dengan persiapan nak masuk Syurga. Amin

Dan kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu mengerti! (Al-An’am 6:32

 Artikel ini sebagai peringatan pada orang sibuk macam saya dan seangkatan dengannya :)

Tuesday, September 11, 2012

Perempuan suka lelaki.......

Semua perempuan muslimah biasanya menginginkan ........

  • 1) Hubungan yang pasti & diredhai .. ..Pernikahan

  • 2) SUAMI yang mampu, memimpin, mentadbir rumahtangga... & mampu  menjadi   melindungi emosi serta fizikal.
 Ingatlah !!!!!!
  • 3) Yang Mampu setia dan bersama sama di saat susah & senang hadapi ribut taufan dalam rumahtangga
  • 4) Yang menyayanginya sepenuh jiwa......

  • 5)  & bersama sama kejar Pahala Ke Syurga.. 

Apa apapun  menjadi anak perempuan, muslimah, kakak, isteri, ibu tentulah menuntut kita menjadi PENYABAR...SABAR DAN SABAR  dan RAJIN mencari ilmu dunia & Akhirat


Semoga masih ada lelaki yang baik baik untuk perempuan baik  di luar sana yang mampu  memberikan kehidupan yang lebih baik ..AMIN........

Sayanglah Allah dari segala-galanya....Supaya hati lebih tenang dalam apajua yang diberikan...



Doaku



Diriku Jauh dari Kalian
Keluarga & saudara mahupun yang disayangi.....
Kekadang berteman 
Kekadang sendiri merentas jalan kehidupan
Ku jauh dari teman sepermainan 
Jauh dari Memori yang Indah
Ternyata zaman persekolahan, 
zaman kampus, jauh meninggalkan ku
Ternyata Teknologi mendahului segalanya
Ku tak mampu mengejar arus kemodenan 
Untuk mencari yang Hilang
Yang Padam , 
Yang Telah Pergi,
Yang jauh semakin jauh
Segalanya Telah Menjadi Ketentuan
Kadangkala aku mampu bersama kalian
Susah senang gembira....
Kadang kadang aku tak mampu bersama...
Aku doakan Allah memberi sebaik perlindungan 
Pada hamba Allah yang mengejar Syurga
Yang ingin meraih Bahagia
Yang mencintai Kerana Allah 
Allah adalah Penjaga Yang Terbaik
Allah mampu memberikan ketenangan bila kita mencari 
Allah juga..
Darinya kita datang , hadir jumpa, berpisah 
Dan Pada Allah kita Jua kan Kembali..

Allah tolong jaga mereka yang sedang membaca untukku kerana aku sangat sayang .... ( amin )

Ukhwahfillah...
Berhati Hatilah Kerana....



Au'zubillahiminashsyaitonirrojim....

Tuesday, July 3, 2012

Ikhlas dalam menolong



Sifat tolong menolong adalah amalan mulia.  Namun kadangkala insan yang mempunyai sifat tolong menolong dalam dirinya sering tersepit & di zalimi oleh orang yang ditolongnya seperti pepatah melepaskan "anjing yang tersepit" . Namun sebagai manusia walaupun kita di balas dengan yang tak sepatutnya. Allah sering memujuk hati dengan pahala & ganjaran besar di Akhirat supaya manusia tetap memupuk sifat tolong menolong seiring dengan ikatan kita sesama muslim & manusia & mengingatkan manusia sentiasa ikhlas apabila kita menolong.

Saya percaya masih ramai lagi yang berjiwa mulia membalas pertolongan dengan kiriman doa yang baik baik . Kadangkala apabila kita menolong orang, orang lain yang hadir dengan pertolongan Allah tanpa disangka sangka apabila kita pula yang berada dalam kesusahan. Waktu itulah rasa bahagianya J

Apabila kita melihat seseorang dalam kesusahan atau punya kekurangan, ada terasa ingin membantu & mengisi kekurangan itu. Alhamdulillah sesungguhnya Allah mengetahui setiap keadaan hamba yang mengingatinya. Jesteru itu kita bantu sehingga kekurangan itu hilang dan orang lain akan merasa bahagia. Itulah nikmat orang jika dapat menolong orang yang sepatut di tolong.


Namun dalam membantu juga ada batas yang perlu dilihat dan diambil perhatian. Orang yang membantu tidak bolah memudaratkan diri sendiri ketika bantuan sedang diberi. Jika kita sedar diri sedang terisiko dalam memberi bantuan, eloklah menghindarkan diri dan bantulah dalam lingkungan kemampuan kita.


Kerana mudarat yang kita dapat semasa memberi bantuan mungkin boleh merosakkan diri & akhirnya kita tidak boleh lagi memberi bantuan bukan sahaja pada seorang individu, malah kepada individu lain.


Jadi dapat kita lihat terdapat batas yang perlu diambil kira dalam membantu manusia. Selagi mana bantuan itu tidak memudaratkan diri dan tidak menjadi maksiat kepada Allah, kita boleh membantu. Tetapi jika bantuan itu membuatkan kita hanyut dan semakin jauh dari Allah SWT, eloklah kita hindarkan dan serahkanlah kepada Allah sebagai sebaik-baik pembantu. Bak kata pepatah "Buat baik berpada-pada".


 Apabila pertolongan bertukar menjadi paksaan ataupun rutin. Semestinya ia mengundang keihklasan yang melayang terbang di tiup angin kemarahan  bercampur kepenatan. Semoga diri ini sentiasa bersabar  & menahan marah tatkala diri penat fizikal dan emosi menghadapi manusia-manusia yang super pelik & mencabar ini. Berada dalam generasi x y sangat mencabar keikhlasan hati .Kecepatan masa , kepadatan kerja, keberatan tanggungjawab cukup meresahkan jiwa. Ya Allah bantulah hamba-hamba yang berniat menolong hamba lain supaya jauh dari hasutan Syaitan yang bisa menukarkan pahala menjadi kosong, kosong.. huhuhuh J tak baik merungut & mengungkit... Jauhkan jauhkan....

Ya Allah kirimkan Aku dan kamu yang sedang membaca entry ini kesabaran & keikhlasan. Maafkan diri ini seandainya terlanjur mehamburkan kata-kata di atas yang menolong & yang ditolong. Menjadi kebiasaan ketidakpuasan hati pada manusia lain walau dah cuba sehabis baik DAN  adalah di luar kebiasaan kita dapat memuaskan hati kedua dua pihak. Saya insan yang lemah J tapi cuba menggagahkan diri jadi kuat J

Insyaallah. Jutaan terima kasih pada semua yang dikirimkan Allah menolong saya dalam mewarnai kehidupan dari kecil hingga tua Jlebih lebih lagi masa memerlukan. Sesungguhnya saya sentiasa doakan yang baik baik pada kalian dunia &  Akhirat.  Anda penyeri hidup sayaJ


Friday, June 15, 2012

Hanya kerana aku seorang perempuan

Hanya kerana aku seorang perempuan …..
Rupa paras sering menjadi taruhan penglihatan

Pada mata lain yang sentiasa memandang
Hanya kerana aku seorang perempuan …
Kegembiraan aku sering dimainkan oleh orang sekeliling
Hanya kerana aku seorang perempuan….
Apa jua keburukan diri terus disuluhi
Berbanding kebaikan diri
Hanya kerana aku seorang perempuan ….
Air mata menjadi peneman diri waktu kesedihan mendatang
Tatkala hati disakiti bertubi tubi tak henti –henti
Hanya kerana seorang perempuan ….
Kebergantungan hidup sering dikaitkan dengan lelaki & family
Hanya aku kerana seorang perempuan ….
Setiap langkah boleh menjadi duri
Pada yang memerhati dan terus mencari  

Kalau kita tidak berhati -hati
Akhirnya yang kelihatan ketidaksempurnaan diri sendiri
Hanya aku seorang perempuan ….
Laluan kehidupan penuh onak & duri
Hanya aku seorang perempuan …..
Pengorbanan melebihi kebahagiaan diri
Hanya aku seorang perempuan…
Aku doakan Allah memberi kekuatan pada diri & semua pembaca perempuan
Semoga ketenangan terus di hati terus diberi untuk dinikmati setiap hari
Walaupun berjalan di muka bumi sendiri tanpa sesiapa di sisi dengan ujian yang bersusun menanti
Yang pasti perempuan atau lelaki ….
Allah tak pernah memilih kasih untuk terus memberi dan terus memberi
Segala nikmat untuk dinikmati dan disyukuri
Tuhan tabahkan hati perempuan ini & yang lain untuk bersabar teruskan kehidupan yang mencabar dan berliku ini amin….

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!
يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153] .

Sunday, June 3, 2012

Istighfar

 Jom kita banyakkan Istighfar.

Kerana terlalu banyak hikmah di sebalik Istighfar

Moga Allah mengampunkan segala dosa kita, memurahkan rezeki , mengeluarkan diri dari kesulitan, memberi ketenangan dalam konflik dan memberi kegembiraan yang tidak disangka sangka

"Maka aku ( Nuh ) berkata kepada mereka:"Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai."
(QS.Nuh: 10-12).

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,"(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Sesungguhnya kehidupan di dunia sangat perit, sakit dan penuh calitan dosa  kalau tidak berjaga- jaga :(

 

 

Monday, May 7, 2012


LAKARAN BAHAGIA
Apabila kita ziarah saudara kita yang kelihatan serba kekurangan 


Kita akan berteka teki sendiri dalam hati

Kita merasakan mereka ibarat jatuh  di timpa tangga berkali-kali

Memandang mereka dengan mata yang penuh simpati.

Sedangkan Lakaran bahagia di dunia mengikut persepsi diri.

Lazimnya masyarakat kita menilai bahagia seperti cerita fantasi.

Sambung belajar tinggi tinggi,

Mudah dapat kerja yang diingini

Dapat beli kereta & bahagia ada rumah sendiri

Bersuamikan lelaki hensem & bergaji tinggi

Beristeri cantik & solehah sekali

Mengharapkan dapat pasangan diri yang alim  dari diri

Tiada kecederaan dalam permainan hati sendiri

Tiada konflik dalam masjid yang didiri

Berlumba lumba papar bahagia melalui bibir & jari


Pentingkan isi perut melebihi mengisi rohani

Mementingkan paparan keindahan dua dimensi  

Betapa ramai yang terjerat dengan impian sebegini

Leka dengan kesenangan yang diberi

Menyuntik hati menjadi semakin mati

Lambakan hutang melebihi pembahagian rezeki

Yang perlu di lunasi setiap hari

Lupa hakikat diri yang harus dijalani

Semakin kurang ruang pada yang orang disisi

Agenda saudara lain tak  masuk menerjah dalam diari diri

Terhimpit dengan konflik diri

Hilang nilai IHSAN di hati

Tenggelam dengan  harta yang diberi

Leka dengan kesihatan yang diperolehi


Lupa dengan masa yang semakin deras berlari

Inikah bahagia yang dicari selama ini

Bagaimana dengan lakaran bahagia kita sendiri ?

Semoga Allah melakarkan bahagia di hati. 

Dengan kerendahan hati

Nilai Ihsan yang terbukti

Terpancar dalam semua gerak geri

Agar kita tidak lupa diri.

Insyaallah semoga Allah sentiasa di hati



Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai