Tuesday, July 3, 2012

Ikhlas dalam menolong



Sifat tolong menolong adalah amalan mulia.  Namun kadangkala insan yang mempunyai sifat tolong menolong dalam dirinya sering tersepit & di zalimi oleh orang yang ditolongnya seperti pepatah melepaskan "anjing yang tersepit" . Namun sebagai manusia walaupun kita di balas dengan yang tak sepatutnya. Allah sering memujuk hati dengan pahala & ganjaran besar di Akhirat supaya manusia tetap memupuk sifat tolong menolong seiring dengan ikatan kita sesama muslim & manusia & mengingatkan manusia sentiasa ikhlas apabila kita menolong.

Saya percaya masih ramai lagi yang berjiwa mulia membalas pertolongan dengan kiriman doa yang baik baik . Kadangkala apabila kita menolong orang, orang lain yang hadir dengan pertolongan Allah tanpa disangka sangka apabila kita pula yang berada dalam kesusahan. Waktu itulah rasa bahagianya J

Apabila kita melihat seseorang dalam kesusahan atau punya kekurangan, ada terasa ingin membantu & mengisi kekurangan itu. Alhamdulillah sesungguhnya Allah mengetahui setiap keadaan hamba yang mengingatinya. Jesteru itu kita bantu sehingga kekurangan itu hilang dan orang lain akan merasa bahagia. Itulah nikmat orang jika dapat menolong orang yang sepatut di tolong.


Namun dalam membantu juga ada batas yang perlu dilihat dan diambil perhatian. Orang yang membantu tidak bolah memudaratkan diri sendiri ketika bantuan sedang diberi. Jika kita sedar diri sedang terisiko dalam memberi bantuan, eloklah menghindarkan diri dan bantulah dalam lingkungan kemampuan kita.


Kerana mudarat yang kita dapat semasa memberi bantuan mungkin boleh merosakkan diri & akhirnya kita tidak boleh lagi memberi bantuan bukan sahaja pada seorang individu, malah kepada individu lain.


Jadi dapat kita lihat terdapat batas yang perlu diambil kira dalam membantu manusia. Selagi mana bantuan itu tidak memudaratkan diri dan tidak menjadi maksiat kepada Allah, kita boleh membantu. Tetapi jika bantuan itu membuatkan kita hanyut dan semakin jauh dari Allah SWT, eloklah kita hindarkan dan serahkanlah kepada Allah sebagai sebaik-baik pembantu. Bak kata pepatah "Buat baik berpada-pada".


 Apabila pertolongan bertukar menjadi paksaan ataupun rutin. Semestinya ia mengundang keihklasan yang melayang terbang di tiup angin kemarahan  bercampur kepenatan. Semoga diri ini sentiasa bersabar  & menahan marah tatkala diri penat fizikal dan emosi menghadapi manusia-manusia yang super pelik & mencabar ini. Berada dalam generasi x y sangat mencabar keikhlasan hati .Kecepatan masa , kepadatan kerja, keberatan tanggungjawab cukup meresahkan jiwa. Ya Allah bantulah hamba-hamba yang berniat menolong hamba lain supaya jauh dari hasutan Syaitan yang bisa menukarkan pahala menjadi kosong, kosong.. huhuhuh J tak baik merungut & mengungkit... Jauhkan jauhkan....

Ya Allah kirimkan Aku dan kamu yang sedang membaca entry ini kesabaran & keikhlasan. Maafkan diri ini seandainya terlanjur mehamburkan kata-kata di atas yang menolong & yang ditolong. Menjadi kebiasaan ketidakpuasan hati pada manusia lain walau dah cuba sehabis baik DAN  adalah di luar kebiasaan kita dapat memuaskan hati kedua dua pihak. Saya insan yang lemah J tapi cuba menggagahkan diri jadi kuat J

Insyaallah. Jutaan terima kasih pada semua yang dikirimkan Allah menolong saya dalam mewarnai kehidupan dari kecil hingga tua Jlebih lebih lagi masa memerlukan. Sesungguhnya saya sentiasa doakan yang baik baik pada kalian dunia &  Akhirat.  Anda penyeri hidup sayaJ


Friday, June 15, 2012

Hanya kerana aku seorang perempuan

Hanya kerana aku seorang perempuan …..
Rupa paras sering menjadi taruhan penglihatan

Pada mata lain yang sentiasa memandang
Hanya kerana aku seorang perempuan …
Kegembiraan aku sering dimainkan oleh orang sekeliling
Hanya kerana aku seorang perempuan….
Apa jua keburukan diri terus disuluhi
Berbanding kebaikan diri
Hanya kerana aku seorang perempuan ….
Air mata menjadi peneman diri waktu kesedihan mendatang
Tatkala hati disakiti bertubi tubi tak henti –henti
Hanya kerana seorang perempuan ….
Kebergantungan hidup sering dikaitkan dengan lelaki & family
Hanya aku kerana seorang perempuan ….
Setiap langkah boleh menjadi duri
Pada yang memerhati dan terus mencari  

Kalau kita tidak berhati -hati
Akhirnya yang kelihatan ketidaksempurnaan diri sendiri
Hanya aku seorang perempuan ….
Laluan kehidupan penuh onak & duri
Hanya aku seorang perempuan …..
Pengorbanan melebihi kebahagiaan diri
Hanya aku seorang perempuan…
Aku doakan Allah memberi kekuatan pada diri & semua pembaca perempuan
Semoga ketenangan terus di hati terus diberi untuk dinikmati setiap hari
Walaupun berjalan di muka bumi sendiri tanpa sesiapa di sisi dengan ujian yang bersusun menanti
Yang pasti perempuan atau lelaki ….
Allah tak pernah memilih kasih untuk terus memberi dan terus memberi
Segala nikmat untuk dinikmati dan disyukuri
Tuhan tabahkan hati perempuan ini & yang lain untuk bersabar teruskan kehidupan yang mencabar dan berliku ini amin….

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!
يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153] .

Sunday, June 3, 2012

Istighfar

 Jom kita banyakkan Istighfar.

Kerana terlalu banyak hikmah di sebalik Istighfar

Moga Allah mengampunkan segala dosa kita, memurahkan rezeki , mengeluarkan diri dari kesulitan, memberi ketenangan dalam konflik dan memberi kegembiraan yang tidak disangka sangka

"Maka aku ( Nuh ) berkata kepada mereka:"Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai."
(QS.Nuh: 10-12).

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,"(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Sesungguhnya kehidupan di dunia sangat perit, sakit dan penuh calitan dosa  kalau tidak berjaga- jaga :(

 

 

Monday, May 7, 2012


LAKARAN BAHAGIA
Apabila kita ziarah saudara kita yang kelihatan serba kekurangan 


Kita akan berteka teki sendiri dalam hati

Kita merasakan mereka ibarat jatuh  di timpa tangga berkali-kali

Memandang mereka dengan mata yang penuh simpati.

Sedangkan Lakaran bahagia di dunia mengikut persepsi diri.

Lazimnya masyarakat kita menilai bahagia seperti cerita fantasi.

Sambung belajar tinggi tinggi,

Mudah dapat kerja yang diingini

Dapat beli kereta & bahagia ada rumah sendiri

Bersuamikan lelaki hensem & bergaji tinggi

Beristeri cantik & solehah sekali

Mengharapkan dapat pasangan diri yang alim  dari diri

Tiada kecederaan dalam permainan hati sendiri

Tiada konflik dalam masjid yang didiri

Berlumba lumba papar bahagia melalui bibir & jari


Pentingkan isi perut melebihi mengisi rohani

Mementingkan paparan keindahan dua dimensi  

Betapa ramai yang terjerat dengan impian sebegini

Leka dengan kesenangan yang diberi

Menyuntik hati menjadi semakin mati

Lambakan hutang melebihi pembahagian rezeki

Yang perlu di lunasi setiap hari

Lupa hakikat diri yang harus dijalani

Semakin kurang ruang pada yang orang disisi

Agenda saudara lain tak  masuk menerjah dalam diari diri

Terhimpit dengan konflik diri

Hilang nilai IHSAN di hati

Tenggelam dengan  harta yang diberi

Leka dengan kesihatan yang diperolehi


Lupa dengan masa yang semakin deras berlari

Inikah bahagia yang dicari selama ini

Bagaimana dengan lakaran bahagia kita sendiri ?

Semoga Allah melakarkan bahagia di hati. 

Dengan kerendahan hati

Nilai Ihsan yang terbukti

Terpancar dalam semua gerak geri

Agar kita tidak lupa diri.

Insyaallah semoga Allah sentiasa di hati



Wednesday, April 11, 2012

Kesempurnaan & Keadilan




Dunia bukanlah tempat yang menjanjikan kesempurnaan yang tiada cacat celanya,

Semakin kita mengejar kesempurnaan dalam banyak perkara duniawi

Semakin kita merasakan kita semakin banyak yang ketidaksempurnaan kelihatan

Keadilan , pastinya rata-rata sudah mendengar tentang ketidak adilan pada pencari kebenaran

Semakin dalam pencarian semakin banyak kebenaran dan kepalsuan terungkai

Kesempurnaan dan keadilan hanyalah nyata dan jelas pada Allah Yang Maha Esa.

Kita hamba yang lemah lagi hina cubalah sedaya upaya menjadi sempurna dan adil.

Selebihnya kita mencari kesempurnaan pada Yang Maha Kuasa .

 

Sunday, January 22, 2012

Rapuh


Lirik lagu ini membuatkan saya merasa sedih sendiri
Kerana hati ini sentiasa rapuh & lupa pada Cinta sebenar benarnya
Cinta yang sejati
Cinta Yang Abadi
Tuhan.. Maafkan diri ini yang terlalu rapuh dengan ujian hidup
Ukhti, doakan kita semua kuat menempuh ujian 
Semoga kita mampu ke destinasi terindah.. JANNAH :)

Rapuh by Opick

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada kuharap hanya
diriMu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
 

Monday, September 19, 2011

Belajar Menguruskan Perbezaan ( Tips utama kekal lama dalam sesebuah persahabatan )




Aidilfitri bulan yang terindah , reward sebulan berpuasa
Pertemuan saudara mara & sahabat handal  di bulan ini
Pasti banyak perkhabaran,   perkongsian tips sepanjang pertemuan
Bulan yang diraih kemaafan  tanpa bersyarat yang tiada batasan
Sepatutnya kita ambil budaya bermaafan ini di bulan seterusnya
Agar segala konflik dan terasa hati berkubur
tanpa sempat disimpul dendam di hati yang berkunci mati
Saya mempunyai beberapa sahabat yang bertahun-tahun setia di sisi
walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri
Dekat, rapat, senang dihubungi & kekal dari dulu hingga kini, Alhamdulillah
Ukhwah fillah semoga Pentarbiyyah yang dianugerahkan
Mampu menyempurnakan kehidupan saya dari lompong-lompong kesedihan
Jauh meneruskan kehidupan dari keluarga tercinta
Ya, Ukhwah kerana  Allah mampu memanjangkan persahabatan
Dari bersendiri di alam universiti hingga alam memiliki keluarga sendiri
Ya, Ukhwah yang mengharapkan pertemuan pertemuan yang menyebut peringatan pada diri sendiri dan sesama sendiri akan menghilangkan segala iri hati
Ya, Ukhwah yang menzahirkan usaha memiliki syurga di hati mampu meruntuhkan sedikit demi sedikit mengikut heiraki dunia yang penuh tipu daya
Ya, Ukhwah yang tidak terlalu ‘sell fish’ akan lebih diingati di hati kerana terlalu sedikit semangat setia kawan boleh di lihat masa kini
Ya, Ukhwah yang mampu melindungi diri kita dari di aib, di perangi dan di musuhi.
Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)
Nak mengekalkan sesebuah perhubungan sesama gender ?
Kepayahan menyelaraskan insan yang berbeza latar belakang keluarga, kegemaran,kesukaan    

 Bukan dapat diperolehi dalam masa yang singkat
Dari mencari persamaan dalam bersahabat
Adalah lebih baik kita bijak menguruskan perbezaan yang ada.
Percayalah wahai pembaca Hubungan yang menyatukan Persamaan Akidah
Mampu mengubah persepsi dan pemikiran diri kita sendiri & orang lain
Dari jahiliah ke arah kebaikan                                       
Dari kedekut menjadi pemurah
Dari diam menjadi peramah
Dari asing menjadi darah daging sendiri


Kalau kita sentiasa berdoa & berusaha yang terbaik.
Ya, Dalam sesebuah perhubungan kata sepakat kadang-kadang sukar untuk diperoleh untuk bertahan lama
Mungkin ada satu atau dua persamaan yang selalu diraikan untuk keceriaan sesebuah ikatan persahabatan.

Carilah & Raikan lah bersama
Namun sudah menjadi adata kebiasaan

ketidaksamaan & perbezaan selalu ditemui dalam perhubungan sesama manusia selalu di dipertontonkan
Apatah lagi dalam perhubungan persahabatan ( Ukhwah Islamiah )

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul

Kerana usia persahabatan selalunya & sememangnya lebih lama dari usia perkahwinan.
Kelebihan sesama gender ni banyak benda kita boleh kreatif untuk menjadikan hubungan kita sentiasa mekar dan berbunga- bunga.
Suami atau isteri kalau berpisah mungkin terus menjadi orang yang asing pada kehidupan seterusnya
Namun hubungan persabatan tidak pernah ada isitilah cerai mati
Nilai Ukhwah Islamiah mampu membentuk sesuatu yang sangat indah
Jagalah persahabatan sesama kita sebagaimana Ukhwah Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar
Suburkan hubungan persahabatan kita dengan ilmu Allah agar lebih terasa indahnya
Semoga persahabatan kita membawa ke Syurga
Sentiasa berpesan-pesan membawa peringatan
Ziarahlah sahabat anda, gunakanlah segala teknologi untuk mempamerkan kasih sayang & kerinduan
Suburkan Persahabatan yang sudah lama bersemi 
Kepada sahabat saya yang jauh di mata entry ini tanda rindu pada anda semua
Saya sentiasa doakan yang terbaik buat kita semua . Insyaallah
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda   
                                                                                                              
  “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai