Lirik lagu ini membuatkan saya merasa sedih sendiri
Kerana hati ini sentiasa rapuh & lupa pada Cinta sebenar benarnya
Cinta yang sejati
Cinta Yang Abadi Tuhan.. Maafkan diri ini yang terlalu rapuh dengan ujian hidup Ukhti, doakan kita semua kuat menempuh ujian Semoga kita mampu ke destinasi terindah.. JANNAH :)
Rapuh by Opick
Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada kuharap hanya
diriMu yang bertakhta
Aidilfitri bulan yang terindah , reward sebulan berpuasa
Pertemuan saudara mara & sahabat handal di bulan ini
Pasti banyak perkhabaran, perkongsian tips sepanjang pertemuan
Bulan yang diraih kemaafan tanpa bersyarat yang tiada batasan
Sepatutnya kita ambil budaya bermaafan ini di bulan seterusnya
Agar segala konflik dan terasa hati berkubur
tanpa sempat disimpul dendam di hati yang berkunci mati
Saya mempunyai beberapa sahabat yang bertahun-tahun setia di sisi
walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri
Dekat, rapat, senang dihubungi & kekal dari dulu hingga kini, Alhamdulillah
Ukhwah fillah semoga Pentarbiyyah yang dianugerahkan
Mampu menyempurnakan kehidupan saya dari lompong-lompong kesedihan
Jauh meneruskan kehidupan dari keluarga tercinta
Ya, Ukhwah kerana Allah mampu memanjangkan persahabatan
Dari bersendiri di alam universiti hingga alam memiliki keluarga sendiri
Ya, Ukhwah yang mengharapkan pertemuan pertemuan yang menyebut peringatan pada diri sendiri dan sesama sendiri akan menghilangkan segala iri hati
Ya, Ukhwah yang menzahirkan usaha memiliki syurga di hati mampu meruntuhkan sedikit demi sedikit mengikut heiraki dunia yang penuh tipu daya
Ya, Ukhwah yang tidak terlalu ‘sell fish’ akan lebih diingati di hati kerana terlalu sedikit semangat setia kawan boleh di lihat masa kini
Ya, Ukhwah yang mampu melindungi diri kita dari di aib, di perangi dan di musuhi.
Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)
Kepayahan menyelaraskan insan yang berbeza latar belakang keluarga, kegemaran,kesukaan
Bukan dapat diperolehi dalam masa yang singkat
Dari mencari persamaan dalam bersahabat
Adalah lebih baik kita bijak menguruskan perbezaan yang ada.
Percayalah wahai pembaca Hubungan yang menyatukan Persamaan Akidah
Mampu mengubah persepsi dan pemikiran diri kita sendiri & orang lain
Dari jahiliah ke arah kebaikan
Dari kedekut menjadi pemurah
Dari diam menjadi peramah Dari asing menjadi darah daging sendiri
Kalau kita sentiasa berdoa & berusaha yang terbaik.
Ya, Dalam sesebuah perhubungan kata sepakat kadang-kadang sukar untuk diperoleh untuk bertahan lama
Mungkin ada satu atau dua persamaan yang selalu diraikan untuk keceriaan sesebuah ikatan persahabatan.
Carilah & Raikan lah bersama
Namun sudah menjadi adata kebiasaan
ketidaksamaan & perbezaan selalu ditemui dalam perhubungan sesama manusia selalu di dipertontonkan
Apatah lagi dalam perhubungan persahabatan ( Ukhwah Islamiah )
Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul
Kerana usia persahabatan selalunya & sememangnya lebih lama dari usia perkahwinan.
Kelebihan sesama gender ni banyak benda kita boleh kreatif untuk menjadikan hubungan kita sentiasa mekar dan berbunga- bunga.
Suami atau isteri kalau berpisah mungkin terus menjadi orang yang asing pada kehidupan seterusnya
Namun hubungan persabatan tidak pernah ada isitilah cerai mati
Nilai Ukhwah Islamiah mampu membentuk sesuatu yang sangat indah
Jagalah persahabatan sesama kita sebagaimana Ukhwah Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar
Suburkan hubungan persahabatan kita dengan ilmu Allah agar lebih terasa indahnya
Semoga persahabatan kita membawa ke Syurga
Sentiasa berpesan-pesan membawa peringatan
Ziarahlah sahabat anda, gunakanlah segala teknologi untuk mempamerkan kasih sayang & kerinduan
Suburkan Persahabatan yang sudah lama bersemi
Kepada sahabat saya yang jauh di mata entry ini tanda rindu pada anda semua
Saya sentiasa doakan yang terbaik buat kita semua . Insyaallah
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
“Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapatkebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)
Bila berada di kalangan teman beriman diri terasa serapan iman,
Fuh terasa sungguh bersemangat sekali.
Bila diri diasak dengan ujian yang tak bertepi
Diri terasa Kehadiran Ilahi sedekat dekatnya di hati
Hidup semakin bermotivasi di kala masa terasa tinggal sedikit.
Masa berputar tanpa belas kasihan untuk berhenti,
Bila kita menyendiri melayani sepi di malam hari?
Di manakah Kita?
Apa yang kita belum selesaikan ?
Apa Impian kita yang belum tercapai?
Persoalan demi persoalan tidak mampu menghentikan masa yang semakin rancak berlari
Mari tamatkan sedikit persoalan di hati sendiri
Kurangkan permintaan yang bersifat duniawi
Kecilkan jumlah perasaan iri hati sesama sendiri
Lumpuhkan agenda syaitan yang penuh berstrategi
Menyuburkan ketidakpuasan sesama saudara sendiri
Tidakkah nikmat kita menatap penulisan ini adalah nikmat yang sangat tak terperi
Nikmat kehidupan hari ini yang belum tentu terjadi pada esok hari
Apa Kurangkah nikmat yang berada di sekeliling kita untuk kita berdiri sendiri
Untuk kita hilang bangun bermotivasi walaupun kita seorang diri
Jika dulu bangku sekolah kita tidak kenal erti berjuang
Jika dulu Kita jadikan kesibukan alam mahasiswa/mahasiswi untuk kita membuat kebaikan pada orang lain
Jika dulu kita jadikan peperiksaan sebagai penghalang untuk kita celik memandang dunia luar sebagai medan pahala
Jika dulu kita jadikan kesempitan wang ringgit untuk kita untuk menjadi dermawan
Jika dulu kita jadikan pencarian cinta @ pasangan sebagai tsunami hati
Jika dulu kita buta dengan kejernihan ilmu yang semakin mudah dicapai & diisi
Jika dulu kita berkalau-kalau untuk mengatakan ya dalam perkara yang baik
Jika kita seorang diri, umur muda mudi sebegini kita tewas untuk bebas berlari
Menyuburkan cinta Ilahi pada hati sendiri
Mengumpulkan aset untuk ke syurga nanti,
Jangan kita asyik mimpi selepas ini kita bakal rasa
Pekerjaan kita mampu menambah masa tambahan kepada 25 jam 2 minit 1 saat
Sesuatu perkara yang pasti tidak akan terjadi
kerana pekerjaan akan menghimpit anda ke pelosok masa yang lebih sikit
Pasangan kita pasti akan menenangkan kita setiap masa
sedangkan di sekeliling kita kedengaran paparan masalah @ konflik suami isteri sungguh banyak sekali terjadi tanpa henti dari hari ke hari
Kita menjadi jutawan dengan kadar segera dengan kerja sepenuh masasebagai hamba dunia
Boleh jadi wang ringgit kita menjadi semakin negatif tak pernah cukup walaupun kita semakin kuat bekerja , ( nak bayar ptptn, nak beli rumah, besarkan rumah, beli kereta, Hp, ipad & bla-bla )
Rumah tangga kita ( suami@ isteri, anak-anak ) memberi ketenangan hati & jiwa
Silap - silap kegelisahan yang lebih besar bakal terjadi boleh buat kita selepas kita bekeluarga. ( Episod ujian bekeluarga mula meruntun jiwa , duka, nestawa, tawa, canda & gembira . Semua rasa ada bila masuk ke medan bekeluarga )
Oleh itu hargailah apa yang ada di saat ini
Jadi hamba yang sentiasa bersyukur
Kerana hari esok atau lusa belum menjanjikan keindahan yang nyata
Mudah-mudahan Allah panjangkan usia kita untuk hari seterusnya.
Ayuh kita hadapi hari ini lebih baik dari semalam
Bangunlah sendiri & cari ruang untuk kita semakin bermotivasi
Sedangkan kereta perlu diservis,
Bateri handphone yang perlu di charge setiap hari,
Inikan pula graf iman iman kita yang kadang-kadang ke tengah dan ke tepi
Dari landasan hati yang selalu berbelah bagi
Ayuh saya, & semua pembaca
Manfaatkan hari ini, apa yang ada pada diri sendiri,
Di mana kita berdiri & dengan siapa di sisi
Jadikan segala-galanya ruang ibadah
Kerana Allah sentiasa MEMERHATI, MENGUJI & MEMBERI nikmat saban hari
Yang Pasti kematian bakal dihadapi secara bersendiri.
Ayuh bangun sendiri & kembali bermotivasi dari saat ini
Alhamdulillah tinggal satu hari semua umat Islam akan menyambut Aidilfitri dengan suasana bergembira
Saya dahulukan dengan ucapan. ““Taqabbalallahu minnaa wa minkum”
Selepas sebulan kita bekerja keras membuat amalan di samping mengharapkan keampunan dari Allah setiap malam.
Mudah-mudahan kelajuan kita membuat ibadah mampu dipanjangkan lagi ke bulan seterusnya. Insyaallah.
Banyak perubahan kita mampu lakukan dalam bulan Ramadhan mudah mudahan stamina iman kita mampu mengekalkan level ibadah kita pada bulan berikutnya. Amin.
Bercakap tentang Aidilfitri, pasti Kueh raya, Baju raya , Tv siaran Hari Raya menjelma di fikiran.
Oleh itu kita haruslah merancang sebaik-baiknya agar cuti sempena Aidilfitri dapat dimanfaaatkan sebaik baiknya
Saya percaya ramai yang merentas lautan, memandu ratusan kilometer untuk sampai ke destinasi untuk meraikan Aidilfitri bersama kaum keluarga tersayang.
Okey, tinggal beberapa jam laungan takbir Raya akan bergema tanda 1 Syawal sudah tiba.
Keseronokan menyambut Aidilfitri juga diraikan oleh stesen televisyen
Mereka merebut mengejar rating penonton tertinggi tak kira apa jua kondisi
TV1,TV2,TV3, TV 9, 8tv,TV Al Hijrah dan Astro bertungkus-lumus memilih rancangan terbaik untuk membuatkan mata rakyat Malaysia melekat di skrin tv.
Konsert, nyanyian, drama dan Filem terkini menjadi hidangan sepanjang Aidilfitri.
Pastinya ramai yang terikat kakinya di depan tv kerana rancangan istimewa tersebut.
Ops, berbaloi ker habiskan keseronokan Aiidilfitri depan tv berjam-jam ?
Jangan risau kebanyakkan rancangan tv boleh di tonton semula dengan adanya Youtube, Tonton.com. Habis Aidilfitri boleh pergi cari. Kalau nak sangat tengoklah.
Saya suka menonton tv. Jadi pesanan ini khas untuk diri sendiri dan semua pembaca :)
Supaya kita sama-sama manfaatkan masa Raya Aidilfitri dengan ziarah menziarahi saudara dan sahabat handal.
Amalan ziarah-menziarahi dapat memecahkan tembok yang menjadi penghalang kepada perpaduan serta memupuk perasaan prihatin pada yang memerlukan.
Justeru itu, marilah sama-sama kita meneruskan amalan mulia ini kerana amalan ini pastinya membawa seribu erti kepada kedua-dua pihak ziarah, apatah lagi di dalam bulan syawal bulan kemenangan.
Pertunangan adalah fasa yang serius dan seronok pada sang dara & si teruna dalam diari kehidupan.
Bayang pernikahan jelas kelihatan di pandangan mata.
Angan-angan dalam perkahwinan mula tercipta.
Jemari tangan ligat mengira belanja kira-kira disamping melihat kalendar dari masa ke semasa
Gelombang keraguan dalam hati semakin mengecil kerana pertunangan ini mampu menghadiahkan senyuman
Petanda diri kita menghampiri gerbang pernikahan seandainya kita memilih pertunangan kerana hendak bernikah.
Selepas itu kita akan bersama-sama menghadapi fasa baru.
Fasa ini banyak mendorong kita berlebih lebihan dalam perhubungan kerana kita sangat merasakan comfirm kita akan berkahwin tanpa ada sekumit perasaan yang sebaliknya jika kita terleka
Kita lupa Allah sedang memerhatikan gerak geri tindak tanduk kita.
Apa jua kemungkinan pasti bisa terjadi dengan izinNya.
Jesteru itu ramai yang tersenget sedikit pembawaan diri dalam kehidupan menjadi tunangan orang.
Darah manis la katakan kata orang-orang tua dahulu.
Bukan kerana darah banyak kandungan gula atau menghidapi diabetes
Tetapi keghairahan anak muda yang mempraktikalkan hubungan pra perkahwinan yang mereka khuatirkan
Namun saya percaya ramai juga pasangan yang mampu menggalas amanah menjadi tunang yang baik.
Menyedari impian mempunyai keluarga bahagia hingga ke syurga pasti dibekali iman di dada
Praktikal setiap masa tak kira sebelum bertunang, bertunang mahupun selepas berkahwin
Pasangan sebegini insyaallah akan mampu mengurangkan noda-noda dalam jiwa
Ujian pra perkahwinan selalunya rancak seawal kita baru menempuh fasa pertunangan.
Kerana itu lebih manis pertunangan tidak mengambil masa yang terlalu panjang.
Pertunangan bukanlah tiket untuk kita meraihkan hubungan seperti pasangan yang berkahwin.
Hakikatnya pertunangan adalah medan ujian untuk kita dan dia sebelum melangkah kaki dalam garisan awal perkahwinan.
Masa bertunang adalah masa yang getir kerana banyak hijab-hijab yang akan terbuka yang menyerlahkan keaiban dan kelebihan pasangan masing-masing.
Ya, dibolehkan kita berterus terang mengenai diri untuk tujuan memudahkan proses perkahwinan. Tetapi jagalah aib diri sendiri dan kaum keluarga.
Tapi bukanlah lesen untuk kita kesana kemari tanda kita sudah dimiliki oleh si dia.
Walaupun ramai yang mengambil kesempatan dalam kesepitan dalam hubungan begini.
Mempamerkan kemesraan, paparan aksi berdua yang daring tanda ‘Si dia aku yang punya’.
Sedangkan islam menggalakkan kita mewar-warkan perkahwinan. Dan fasa bertunang bukanlah menjadi satu kemestian untuk dicanangkan satu dunia.
Cukuplah sekadar pengetahuan yang terdekat sahaya. Kerana kepastian menghadapi hari esok bukanlah ditangan kita sendiri.
Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.” (Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)
Berhati-hati lah kita menyusun langkah dalam persinggahan pertunangan ini.
Jangan membiarkan kita dibolosi nafsu sedangkan kita belum diberi lampu hijau sepenuhnya dengan gelaran tunangan orang
Ramai yang salah menafsirkan konsep pertunangan dalam kehidupan.
Berlebih lebihan dalam pergaulan. Lari dari garisan panduan agama . Lagaknya melebihi pasangan yang melangkah fasa pernikahan. Kesana kesini seperti merpati sejoli.
Ya, mungkin di dunia ini .Kita semakin bebas untuk berbuat apa-apa. Kalau kita memilih untuk menutup mata hati dari panduan agama.
Ya, Sudah kurang mata-mata untuk kita takuti. Kita boleh memilih untuk menepisi pandangan mata manusia yang sentiasa memerhati.
Ya, kita boleh membalas hujah orang lain dengan hujah kita sendiri kalau kita berani
Ya, kita boleh memilih membiarkan telinga kita pekak & mata kita tuli dengan perlakuan kita
Namun ingatlah Allah sentiasa di mana-mana jua kita berada.
Jagalah diri kita, kelakuan kita dalam fasa pertunangan.
Kerana bulan ini saja kita sudah maklum ada beberapa pertunangan yang terungkai di tengah jalan.
Kita doakan mereka berjumpa dengan jodoh yang lebih baik. Dan perpisahan yang diberi memberi motivasi untuk menjadi pasangan yang lebih baik amin.
Mereka juga seperti kita bertunang & mengharapkan pengakhiran dengan pernikahan.
Namun Allah memberi yang sebaik-baik perancangan & penentuan pada kehidupan kita.
Jesteru itu kepada sesiapa yang menyarung cincin pertunangan di jari manis.
Banyakkan berdoa , supaya Allah memudahkan urusan anda ke fasa seterusnya.
Bulatkan tekad bersama menuju gerbang pernikahan.
Kurniakan ketabahan pada diri & pasangan dalam menempuh rintangan awal dalam menghadapi konflik & perasaan tak keruan.
Jadilah tunang yang menjaga pergaulan, supaya kalau jodoh kita kuat bersama si dia . Kita meninggalkan sejarah pertunangan yang baik .
Seandainya kita bukan tertulis bersama si dia , kita juga telah sedaya berusaha menjadi tunang yang sehabis baik, merancang ke arah pernikahan namun sebaliknya yang terjadi. Kita akan dikenang sebagai tunang yang baik tapi tiada jodoh buat kita dan dia.
Jangan sampai kita melakarkan sejarah pertunangan kita dengan sesuatu yang bakal mengaibkan diri kita walaupun kita comfirm kahwin dengan si dia.
Mengurangkan sedikit kekesalan kerana kita tidak berupaya menjaga diri bila kita menyarung cincin pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti.
Insyaallah saya & semua pembaca doakan semoga pertunangan sedara, sahabat , sesiapa yang kita terlintas agar berjaya di akhiri dengan gelaran raja sehari. Amin.