Monday, June 6, 2011

Nora Elena VS Nur Amina...

Dari novel Kasih Yang suci

Melihat lakonan suami isteri dalam cerita bersiri Nora Elena .

Ramai wanita yang belum menempuh bahtera perkahwinan lebih teruja daripada seorang isteri memasang cita-cita.

Mengharapkan akan dapat suami seperti itu .

Hensem +Kaya+Romantik+Berubah jadi baik selepas kahwin.

Tapi haruslah di ingat watak Seth Tan adalah watak wajib dalam novel ( bestseller ) yang boleh membuatkan ramai perempuan membina impian setinggi gunung kinabalu untuk memiliki lelaki jelmaan Seth menjadi suami.

Mungkin ada suami persis Seth tapi bilangannya bukan majoriti.

Cubalah lihat pasangan yang berkahwin di sekeliling dalam kehidupan realiti kita. MUNGKIN ada tapi boleh kira dengan jari jemari.

Hakikatnya suami seperti ini lebih banyak dijumpai dalam drama di tv berbanding di alam realiti.

Maafkan saya seandainya penulisan saya kali ini bakal menghentikan lamunan ramai pelajar sekolah wanita, mahasiswi, muslimah ,isteri-isteri dan semua di luar sana tentang suami idaman . ( jangan marah yer ).

Supaya anda ( yang sudah mempunyai kerjaya & harta ) tidak mengheretkan masa dan menunggu bertahun-tahun untuk memiliki suami yang sebegini.

Supaya anda tidak sempat mencipta ratusan gunung harapan dan beribu kisah cindralela dalam jiwa anda.

Dan sedih terhempap dengan kehancuran gunung harapan sendiri bila ada ketidaksempurnaan pada rumahtangga yang baru dibina.

Dan mengurangkan perasaan kecewa bila suami anda tidak sehebat Seth & Anda tidak sebertuah Nora.(selain tragedi hitam pada nora)

Supaya anda berada di alam yang nyata & memastikan anda berpijak di atas tanah yang rata.

Kisah kehidupan suami isteri yang menyentuh 19 juta hati manusia


Jom kita imbas pula watak Nur teraju utama  dalam drama & filem Nur kasih.

Saya percaya karekter watak Nur banyak dimiliki oleh ramai wanita & isteri di luar sana.( prasangka baik saya terhadap wanita masa kini )

Mempunyai perwatakan yang baik, menyenangkan namun mendapat suami yang mencabar & agak tidak sesuai dengan dirinya kalau difikirkan logik dengan akal kita yang rasanya perempuan baik . Off course akan dapat lelaki yang baik dan tak menyusahkan hidup.

Watak Adam lebih ramai wujud berbanding Nur di alam realiti. Berdasarkan pemerhatian & pandangan peribadi saya setakat ini ( saya bukan anti lelaki ya. ).

Kerana nak jadi orang baik dan bertahan baik sangat memerlukan pengorbanan & kesanggupan meredah ujian yang tak putus menyinggah pada diri.

Berbanding nak jadi jahat . Lebih mudah dan cepat tapi saham dosa mengiringi kita. 

Semoga kita sentiasa berdoa dan berusaha untuk bertahan dan memilih untuk jadi baik walaupun diri ditusuk ujian yang menyentap jiwa & raga.

Hakikatnya semua pasangan untuk isteri mahupun suami adalah baik untuk diri kita. Seandainya kita sentiasa mencari ruang kebaikan dan merasakan adanya Allah dalam perkahwinan kita sedekat-dekatnya. Insyaallah.

Kesabaran, Kesungguhan & penantian isteri seperti Nur tidak sia sia .

Kerana dalam perkahwinan Allah menilai setiap usaha kita, kesungguhan kita dalam membahagiakan dan mempertahankan rumahtangga. Walaupun belum pasti pengakhiran bahtera hingga ke mana layarnya.

Sesungguhnya kehidupan dalam perkahwinan mempunyai ratusan episod duka, lara , gembira dan nostalgia.

Menjadi baik sebagai pasangan adalah lebih baik daripada mengharapkan kebaikan dari pasangan yang belum tentu siapakah gerangan yang akan menghiasi bahtera rumahtangga kita.

Mengubah manusia bukan mudah. Hanya Allah yang mampu mengubah dan memberi hidayah pada sesiapa yang terpilih. Namun usaha dan doa kita untuk perubahan ke arah kebaikan pada insan yang terdekat sangat dipandang & bernilai dalam penghitungan amal & pahala.

Pada yang belum kahwin anda mempunyai masa untuk berdoa dapat lelaki yang terbaik dan bersiap sedia menjadi USTAZ / USTAZAH ( penuh ilmu, dekat dengan Allah & baik akhlaknya ) pada keluarga anda nanti .

Masukkanlah diri ke alam perkahwinan dengan iringan doa, ilmu, kesabaran & ketaqwaan anda.

Jangan fikir MUDAH dan cepat saja untuk berkahwin wahai pelajar di menara gading diluar sana.

Hakikat berumah tangga bukan seperti kronologi memiliki segulung ijazah.

Semoga ketenangan anda dari Allah memudahkan dan meredakan perjalanan perkahwinan yang bersimpang siur dengan permainan emosi, hati dan rohani

Menjadi orang yang tiada nilai dalam rumahtangga atau terlalu berhati –hati dalam menjejakkan diri dalam perkahwinan sehingga takut untuk berkahwin atau menjadi pasangan yang membahagiakan dalam perkahwinan. Semua pilihan di tangan anda.  PILIH , PRAKTIK & SABAR

Semoga Allah memberi yang terbaik pada semua pembaca . Menjadi INSAN dalam keluarga yang sedia ada.

Yang dah berkahwin macam saya teruskan berjuang menjadi isteri yang baik dan doakan kita semua menjadi ISTERI dan insan yang bertaqwa pada PENCIPTA kita.

Thursday, June 2, 2011

Misi menyelamatkan perkahwinan...

Buat isteri, pembaca ..
Sedih bercampur pilu mengenangkan rumahtangga insan yang dikenali dibina bakal hancur.

Dulunya kita mempositifkan segala keburukan pasangan . Dengan harapan yang belum pasti selepas kawin dia akan berubah.

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang" (QS. Ar Rum : 21)

Kita berani memilih perkahwinan dari berhubung dengan syaitan ( hubungan tidak bernikah )

Harapan positif yang satu .
Mampu membina kepercayaan
Menepis segala ketidaksempurnaan
Yang ada pada pasangan
Sehingga terjadinya Pernikahan
Dengan izin Allah s.w.t.
Termeterailah ikatan suami isteri
Dalam sebuah kehidupan

Duhai isteri,

Pernikahan pastinya mendedahkan pelbagai kejutan dari suami dan isteri.

Kita kan gender yang  tidak sama

Dibesarkan oleh keluarga yang tidak sama

Memiliki sejarah & kisah hidup berbeza.

Pastinya kita terkejut

RUPA- RUPANYA

Lelaki itu malas bekerja,

Lelaki itu cetek pengetahuan agama,

Lelaki itu ringan tangannya,

Lelaki itu busuk mulutnya,

Lelaki itu bakhil orangnya,

Lelaki itu lupa tanggungjawabnya,

Pendek kata lelaki itu tidak seperti yang di sangka- sangka

KERANA

kita memasuki alam pernikahan dengan seribu harapan.

Menggambarkan lelaki itu pelengkap ketidaksempurnaan, pelengkap kekurangan kita dan penyeri kehidupan kita.


NAMUN

ternyata ia tidak seindah yang disangka.

lebih pahit dari manis di lidah rasanya.

begini rupanya hidup di alam pernikahan.


Ukhti yang disayangi..

Ketahuilah suami juga merasa gelodak perkara yang sama.

Ingatkan kita wanita solehah yang mampu meyolehkan dia tapi ternyata TIDAK.

Kita isteri yang

Meremehkan suami dari segala sudut

Mengambil hak bersama suami  ke tempat kerja

Melebihkan ibu bapa daripada dirinya

Membesarkan hak Isteri dari menjalankan hak isteri kepadanya


 Duhai Isteri

Jangan memilih penceraian seawal minit pergaduhan bermula kerana

"ketenangan adalah dari Allah manakala  tergesa-gesa) adalah dari syaitan"
( Hasan : Al -Baihaqi )

Kebahagiaan ada di tangan kita

Ukuran kejayaan rumah tangga bukan terletak pada pasangan kita

Tapi pada diri kita sendiri.

Jadilah isteri yang solehah, supaya terpanggil suami untuk soleh bersama

Berjaya atau tidak masa & usaha kita sebagai penentunya

Duhai isteri,

Walau bagaimanapun suami kita , Allah memandang tiap usaha, penat lelah kita ,doa  kita siang dan malam. Air mata laju mengalir menghadapi konflik,

Lupakah kita Malaikat kiri dan kanan sentiasa taat mencatat amalan kita ?

Mana kepercayaan anda pada Yang Maha Esa ?

Jadilah pemaaf dan menahan sabar.

 "Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar." (Surah al-Anfal, ayat 46)

"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran, ayat 132).


Lihatlah kesabaran ibu kita dalam melayari bahtera bersama ayah kita.

Lupakah kita pengorbanan ibu terhadap keluarga.

Berilah peluang pada mereka , sebagaimana kita memberi ruang pada mereka untuk menikahi kita

Ya, lelaki yang bermasalah akan terus memberi masalah kepada kehidupan kita.

Benar, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Jangan risau ALLAH MAHA MENGHITUNG , MAHA MELIHAT, MAHA MENDENGAR , MAHA MENGADILI

Setiap apa yang kita hadapi akan di hitung kelak. PERCAYALAH

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali 'Imran, ayat 185)


Positifkan Suami kita dengan kebaikan  yang satu..

Dalam ramai ramai lelaki singgah di hati kita

Yang pasti dialah lelaki yang dipilih oleh Allah

Dan memartabatkan diri kita

sebagai seorang ISTERI bukan?

Jom kita hayati hadith ini


Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang sifat wanita penghuni Surga,


"Ertinya: Wanita-wanita kalian yang menjadi penghuni Surga adalah yang penuh kasih sayang, banyak anak, dan banyak kembali (setia) kepada suaminya yang apabila suaminya marah, ia mendatanginya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya dan berkata, ‘Aku tidak dapat tidur nyenyak hingga engkau ridha.’” [Hadits hasan: Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam Mu’jamul Kabir (XIX/140, no. 307) dan Mu’jamul Ausath (VI/301, no. 5644), juga an-Nasa-i dalam Isyratun Nisaa' (no. 257). Hadits ini dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah ash-Shahiihah (no. 287)]  

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang sifat wanita penghuni Neraka,


 “Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan aku lihat ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya, “Kenapa para wanita menjadi mayoritas penghuni neraka, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka *).” Ada yang bertanya kepada beliau: “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Beliau menjawab: “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka pada suatu masa, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) niscaya ia akan berkata: ‘Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu’.” (HR. Al-Bukhari no. 5197 dan Muslim no. 2106)

Semoga ada cahaya yang menanti di celahan luka di hati......

 p/s: Semoga Allah memberikan anda & saya ketabahan, kesabaran, ketenangan dalam urusan rumahtangga

Monday, May 30, 2011

Pesanan khas cuti sekolah

Cuti sekolah sudahpun bermula. Hari terakhir sebelum cuti sekolah cikgu sempat memberi pesanan ringkas pada pelajar -pelajar di dalam kelas namun tidak semuanya sempat saya temui &beri pesanan . Jadi cikgu buat entry ini untuk semua pelajar yang sedang bercuti.
Okey semua pelajar, cikgu harap masa cuti sekolah kali ini memberikan makna dalam kehidupan :)

1- Banyakkan berdoa sebab baru habis exam, semoga keputusan kamu di tahap bagus. Pelajar Tingkatan 1 Kertas PSV objektif ramai yang dapat bawah 20 huhuhu. Kertas PSK Tingkatan 2 ramai dapat A.. Jeng-jeng jeng sabar yer nanti kat sekolah dapat tahu siapakah orangnya

2- Bangun solat subuh awal dan jangan tinggal waktu solat. Pelajar asrama jangan menggandakan waktu tidur anda yer. Cikgu pun bermujahadah nak bangun solat subuh awal tau. Dugaan sungguh waktu cuti ini. Sama-sama kita berazam bangun subuh di awal waktu .

3- Mengawal permakanan. Jom kita sama-sama kawal permakanan supaya berat badan masih di tahap terkawal. Jangan makan banyak yer. Nanti masuk sekolah cikgu tak kenal..hihihi jangan marah. Doakan cikgu juga dapat menjaga pemakanan dan kesihatan.

4- Buat baik dengan mak ayah- Pergi tolong mak di dapur, mengemas rumah atau menolong ayah sekiranya diperlukan atau tak diperlukan boleh kita offer dulu. Dapat ganjaran besar tau buat baik dengan mak ayah ni. Sayangilah ibu bapa anda selagi masih diberi kesempatan hidup ni. Time cuti ni la nak belajar memasak, mengemas rumah dan menjahit ( kalau ada yang sudi mengajar )

5- Kurangkan masa menonton televisyen . Kawal ye masa anda. Bukan tak leh tengok tapi jangan melekat depan tv terus. Hadkan beberapa jam sehari menatap tv. Cikgu pun suka tengok tv hihih. Dan pelajar lelaki minimum kan masa dengan permainan game yang tak dapat hadiah tu. Hairan betul tengok orang lelaki yang tak jemu jemu menatap PSP berejam-rejam. Selain berfacebook lawatlah blog yang berilmiah yer. Macam baca blog cikgu, blog yang berilmu dan berinformasi. Supaya dapat topup ilmu dengan penggunaan internet. Lebihkan aktiviti kemesraan bersama ahli keluarga. Jangan asyik gaduh dengan adik beradik. Tak baik tau. :(

6- Tingkatkan amalan-amalan lain seperti membaca Al quran dan membaca buku selain buku akademik. Ramadhan dah hampir. Jom kita latihkan diri mengaji sehari satu muka surat. Supaya nanti time puasa boleh pecut satu hari mengaji satu juzuk. Dapat khatam satu quran sebulan puasa. Mudah-mudahan. Jom kita berniat dan mulakan dari hari ini. Baca juga tafsir quran sekali baru faham apa yang dibaca nanti.

7- Siapkan homework atau latihan ulangkaji yang diberi oleh cikgu-cikgu yer.

8- Jaga keselamatan apabila keluar dari rumah. Jangan lupa baca doa bila keluar rumah . Semoga terpelihara keselamatan di luar sana. Maklumla macam-macam kes di sana seperti penyimbah asid, peragut dan juga keselamatan jalan raya bila berada di dalam kereta.

9- Ingatlah Allah dimana jua kita berada. Semoga Allah menjaga kamu semua dan memberikan kita semua kekuatan untuk mengisi waktu cuti kita dengan kegiatan yang bermanfaat.

"Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN".             ( sural al asr )

Salam cinta dan sayang dari cikgu Rohayu ..

Proud to be muslim ... Do You ?




Proud to be a Muslim

Written by: Kamal Uddin
Melody by: Kamal Uddin

#Chorus:
Laa ilaaha illallaah Muhammad ur Rasoolullah x2
In the name of Allah the most merciful
I love Muhammad Mustafa (pbuh) than the whole wide world
Making partners with Allah is the greatest sin
I shall never ever worship anybody but Him

#Chorus
For my guidance I recite the holy Qur’an
Everyday I fast in the month of Ramadhan
When I meet my brothers and sisters each day
‘As salaam u alaikum’ (peace be upon you) is what I say

#Chorus

From my money I give some to those in need
to be grateful to Allah and to cure my greed
I always follow the Qur’an and the prophets way
Insha Allah (if Allah wills) I shall go for Hajj one day

#Chorus

Many messengers came to guide us along
to enjoin what is right and forbid what is wrong
All the prophets that were sent came to preach one thing
‘There is no other gods but the King of kings’

#Chorus

Before I go to sleep I read the du’aa
‘Allaahumma bismika amootu wa ahyaa’
When I wake up in the morning I praise Allah
‘Al hamdu lillahillazee ah yaanaa’

#Chorus

I only love for my brother what I love for myself
Only Allah do I worship and ask Him for help
Everyday five times must I always pray
I am proud to be a Muslim now everyone say…

Chorus x2

Thursday, May 26, 2011

Makan untuk HIDUP atau HIDUP _______ ?



Sekadar gurauan ... Jangan marah.
 Hari ini bukan perkara mustahil kita tak makan melainkan kita berpuasa. Sebut puasa pun ramai yang lebih kearah Bazar Ramadhan dari iktikaf di masjid

Dan bukan perkara biasa seorang dari sebuah keluarga kita sakit kronik angkara makanan.

 Kerana apa?

Kerana kita mempunyai pilihan makan yang bermacam-macam.

Dan keinginan pada makanan yang selalu di upgradekan setiap masa

Lihatla foto makanan dalam blog dan facebook. Yang membuatkan kita merancang destinasi makan-makan kita selepas ini .

Sedapnya :)
Tomyam..yummy
Hari ni kita tidak perlu bersusah payah untuk dapatkan makanan yang bukan dari masyarakat kita

Tidak perlu pergi naik flight ke Jeddah untuk makan nasi Arab
Tidak payah pergi oversea kalau nak makan western food
Tidak perlu terbang ke Beijing untuk makan makanan China Islam
Tak perlu merentas negara Thai untuk makan Tomyam Thailand
Tidak perlu balik kelate untuk merasa nasi kerabu cecah budu
Tidak perlu menghabiskan 9 jam keTerengganu untuk menikmati kepok losong

Segalanya TIDAK PERLU kemana mana

KERANA

MACAM-MACAM makanan ada di sekitar perumahan kita

Ada duit, maka makanla kita mengikut selera yang tidak pernah kehabisan.
Kadang kadang kita memilih sangat dengan makanan yang disediakan pada kita.

“ Tak sedaplah”

“ Ini jer lauknya”

“ I tak makan la makanan macam ni”

Sesungguhnya hadis ini memuhasabah kan diri

Dari Abu Hurairah radhiallaahu anhu ia berkata:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sama sekali tidak pernah mencela makanan. Beliau akan memakannya bila suka, bila tidak, beliau akan membiarkannya.” (Muttafaq ‘alaih)

Jadi lepas ni kita jangan mencela makanan sesuka hati.. Hentikan menjadi pengkritik tetap di meja makan
Tak baik tau..Kesian pada orang yang masak kat dapur :(

Dan selalu kita terlelap kerana perut sarat dengan makanan sebab terlalu kenyang.

Makan ikut time makan sedangkan perut masih lagi belum habis proses menghadam makanan.

Seperti saya yang selalu kelihatan seperti perempuan mengandung kerana mengisi makanan melebihi parasnya ....huhuhu..:(

Namun bila terbaca hadis ini terasa dirobek-robek hati dan malunya rasa..

“Keluarga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah makan roti gandum sampai kenyang tiga hari berturut-turut semenjak tiba di kota Madinah sampai beliau wafat.” (Muttafaq ‘alaih)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan keluarga beliau tidur dalam keadaan lapar selama beberapa malam berturut-turut. Mereka tidak mendapatkan hidangan untuk makan malam. Sedangkan jenis makanan yang sering mereka makan adalah roti yang terbuat dari gandum.” (HR. At-Tirmidzi)

Ya Allah.. kita semua dalam zon bahaya. Boleh tenggelam dengan lautan makanan kerana tempat kita dah menjadi pesta makanan.

Dan yang paling sedih bila kita ada duit sedikit atau dapat gaji

Kita akan dahulukan dimana dan apakah kita makan berbanding yang lain. Kita dahulukan mengisi peti ais di rumah dari menderma pada orang lain. Lihatla kebanjiran manusia di pasaraya dan pasar sepanjang masa.

Sedangkan.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Lokasi yang paling Allah cintai adalah masjid, dan Lokasi yang paling Allah benci adalah pasar." (Shahih Muslim, 1076).


Uqbah bin Al-Harits berkata: “Pada suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengimami kami solat Asar. Selesai solat, beliau segera memasuki rumah, tidak lama kemudian beliau keluar kembali. Aku bertanya kepada beliau, atau ada yang bertanya kepada beliau tentang perbuatan beliau itu. Beliau menjawab: “Aku tadi meninggalkan sebatang emas dari harta sedekah di rumah. Aku tidak ingin emas itu berada di tanganku sampai malam nanti. Karena itulah aku segera membagikannya.” (HR. Muslim)

Dan suami,isteri,anak  mahupun sesiapa boleh ‘hot’ kalau balik rumah isteri ataupun ahli keluarga tidak menyediakan makanan. Kerana kita membayar kepenatan diri kita dengan jamahan makanan yang enak-enak

Lihatlah akhlak Rasulullah s.a.w.

Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan: “Pada suatu hari, Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam datang menemuiku. Beliau bertanya: “Apakah kamu masih menyimpan makanan?” ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menjawab: “Tidak ada!” Beliau berkata: “Kalau begitu aku berpuasa.” (HR. Muslim)

Dan kita selalu nak merasa makanan sedap dahulu daripada kita memberi makanan sedap pada orang lain ; tetamu

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sederhana lagi memprihatinkan. Anas bin Malik mengungkapkan kepada kita sebagai berikut: “Rasulullah tidak pernah makan siang dan makan malam dengan daging beserta roti kecuali bila menjamu para tamu.” (HR. At-Tirmidzi)

Perkongsian ini ditujukan khas pada diri sendiri yang semakin bersemangat makan dan kepada pembaca supaya kita sama-sama mengawal permakanan agar tidak memberi kemudharatan pada fizikal dan iman kita

Monday, May 23, 2011

Cantikkanlah dirimu duhai isteri


Isteri tampak cantik walaupun sudah ada anak
Dah berkahwin namun kecantikan MESTI dijaga. Untuk diri sendiri kerana amanah pada diri kita. Definisi cantik adalah subjektif untuk diperkata. Terpulang kepada setiap individu mentafsirnya. Perkongsian kali ini tentang kecantikan wanita ( isteri ) yang harus dijaga.

Sesungguhnya perempuan dengan kecantikan Susah untuk dipisahkan. Rasanya mata kita akan teralih kepada yang cantik dahulu kan.

Kerana apa kena jaga?
Kerana kita bertanggungjawab dengan apa yang dipertanggungjawabkan pada kita. Allah memberi kita wajah yang cantik namun macamana kita menjaganya.

Apatah lagi isteri yang PERLU menjaga penampilan diri. Buat tatapan suami tercinta yang bekerja di luar sana . Penat bekerja seharian mencari nafkah. Dan dugaan wanita yang lebih cantik menjadi ujian mata kalau tidak menjaga.

Rasanya semua suami suka tengok muka isteri licin berserikan?

Dalam agama Islam pun ada di sebut tentang kepentingan isteri berhias untuk suami

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.- ( HR Al-Tirmizi hasan sahih )

Namun berhati-hati dalam berhias atau mencantikkan diri ( tabaruj ). Jangan sesekali berlebih-lebihan dalam berhias pada orang yang tak sepatutnya sangat dilarang oleh agama.

Contohnya tabaruj pada orang selain suami. Ramai wanita sekarang melakukannya secara sedar atau tidak . Realiti wanita bekerja di luar sana. Awas ya.. Pastikan kita semua di zon biasa. Kalau tidak mengundang bahana melibatkan dosa dan pahala.

Allah SWT berfirman: وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى  “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Q.S. Al-Ahzab: 33)

Dalam mencantikkan diri, sebagai seorang muslimah kita mempunyai batasan batasan tertentu.

Agar kita menjaga keaslian pemberian Allah. Tidak mengubah pemberian Allah yang mengundang kemarahan Pencipta Yang Agung Berkuasa.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Allah mengutuk (melaknat) perempuan yang bertatu atau minta di buat tatu, yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, perempuan yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." (HR Thabarani dan Ibnu Mas'ud )

Aisyah r.a. meriwayatkan, "Seorang perempuan Anshar telah kawin, dan sesungguhnya dia sakit sehingga gugurlah rambutnya, kemudian keluarganya bermaksud untuk menyambung rambutnya, tetapi sebelumnya mereka bertanya dulu kepada Nabi, maka jawab Nabi: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang minta disambung rambutnya." (HR Bukhari)

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf, ayat 31)

Kecantikan diri mesti dijaga. Namun kecantikan ruhani juga patut dijaga agar sentiasa mengaurakan pada wajah kita.

Apakah kecantikan rohani. Kecantikan dari dalam. Ramai yang nampak muda remaja dari usia sebenar kerana menjaga perkara-perkara dalaman yang wajib dipelihara

Jaga hubungan diri dengan Pencipta Kita . ALLAH subhanawwataala.

Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (HR Muslim dan At-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” ( HR Bukhari dan Muslim )

Jaga perasaan supaya tidak menjadi seorang yang negative came first.  Elakkan memandang orang lain dengan penuh prasangka pandangan mata yang jahat & penuh bersyakwasangka.  Ringankan mulut memberikan salam. Murahkan senyuman apabila diperlukan.

Ya, Pendamping setia pada sang suami tercinta

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

Namun ada juga perkara lain yang penting juga untuk menambahkan seri di wajah. Sememangnya pengambilan makanan yang melicinkan wajah adalah penting supaya jerawat atau jeragat dapat dikurangkan di muka. Banyakkan minum air suam atau air kosong ( bukan air sejuk berais )

Elakkan makanan yang memberi kesan pada kulit mengikut citarasa kulit masing-masing Ada kulit yang alah macam saya dengan makanan kekacang, Atau makanan berminyak mengikut kemampuan dan keberkesan pada diri anda Lebihkan sayur sayuran dan buah –buahan segar terutamanya tomato, sawi, dan lain-lain.

Dan haruslah mencuci muka bila sampai waktunya . Memakai secalit krim ( krim, sunblock krim, moisturizer atau bedak ) . Untuk menjaga tona warna kulit  & memelihara kulit daripada pancaran matahari yang semakin telus dari lapisan ozon.  Supaya kulit kelihatan bermaya, dan tiada noda-noda kecil.

Yang mukanyaselalu berjerawat. Jangan memicit jerawat sesuka hati walaupun tangan sentiasa gatal di muka.
Elakkan memegang muka selalu dengan tangan tanpa dibasuh terlebih dahulu.

Dan yang paling penting kawal emosi kita tatkala menghadapi tekanan.
Supaya kelihatan lebih bertenang sentiasa apabila menghadapi ketegangan dalam suasana.

Saya bukan ratu cantik
Bukan juga duta kosmetik
Cuma ingin berkongsi coretan pena
Menjaga kulit lebih baik
Supaya kita kelihatan cantik
Kerana sememangnya semua wanita Dan ciptaan Allah sememangnya cantik.
Yang penting kita semua suka CANTIK KAN…

Jom semua isteri kita kembalikan seri kecantikan kita….

“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- (HR Ahmad )

isteri tetap comel di mata suami : )
Semoga kita menjadi isteri yang mudah masuk syurga amin..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”( HR Tirmidzi dan Ibn Majah )
"Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila seorang isteri solat fardhu yang lima, puasa sebulan ramadhan, menjaga kemaluannya, taat kepada suaminya, maka dia masuk syurga".(HR Muslim)

Saturday, May 21, 2011

Menasihati... dan dinasihati


Menasihati orang lain,
Memberikan kata-kata positif
Memberikan keyakinan diri
Adalah perkara yang manis bila kita keluarkan .
Tatkala jiwa pendengar kekosongan dimamah kedukaan.
Mudah-mudahan membuahkan buah keimanan.

Agama itu adalah sesuatu ruang untuk menasihati dan dinasihati . Amal ma’ruf nahi mungkar.

Dari Abi Ruqayyah Tmim Bin Aus al-Dary r.a : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda SAW bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.( HR Muslim )

Sangat bagus kalau seseorang mempunyai sikap yang suka menasihati,
Berada di medan yang menuntut kita menasihati di kala ruhiyyah kita mantap mahupun sebaliknya,
Apatah lagi menjadi murobbi dalam lingkungan tarbiyah,
Dan juga sebagai seorang daei.

Ya, sememangnya kita dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi. Seorang Daei.

Menjalankan kehidupan, perniagaan berorentasikan membanyakkan pahala dan kurangkan dosa.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu”.( QS 61:10-11)

Melalui kehidupan yang memerlukan perngorban untuk kekal di orbit dakwah.

Nasihat menasihati adalah kemestian bagi yang masih hidup supaya nanti tidak merasa kerugian.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan nasihat menasihati untuk kebenaran dan nasihat menasihati  untuk kesabaran." (QS103: 1-3 )

Kita yang suka memberi nasihat,
Mungkin kerana kita murobbi, guru, ibu, kakak,
Pengaruh berkata melebihi aras tanda,
Kadang-kala tersasar jauh dari apa yang dinasihati,
Mungkin ujian pada yang memberikan nasihat & mendengar,
Mengeluarkan kata-kata keterlaluan sedangkan diri entah dimana,
Memperlihatkan highway pada setiap permasalah,
Mempositifkan kisah perkahwinan mengalahkan percintaan cindrelela,
Mencantikan kilauan kehidupan diulit kesenangan,
Mendedahkan kebaikan sehingga tidak kelihatan kekurangan sebagai seorang insan,
Memperdagangkan kemewahan sedangkan berjaya menutupi kemiskinan hakiki,
Membutakan orang lain dengan liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan duri,
Menambah perasa untuk memaniskan setiap rasa pahit yang terpalit di lidah sendiri,
Memutihkan warna-warna yang sedia ada dalam kotak warna,
Menyorokkan perjalanan yang menyakitkan untuk merebut syurga idaman,
Memberi azimat pada yang memerlukan,
Merawat hati yang sedang tak keruan,
Menghadiahkan jiwa dengan kebahagiaan,
Mengdambakan masa untuk sebuah harapan,
Sehingga hampir memalsukan realiti sebuah kehidupan,
Mengaburkan kesakitan  sebuah kehidupan,
Demi mencapai pengakhiran yang menenangkan,
Demi memiliki kesudahan seperti yang diharap-harapkan,
Umpama watak dalam novel-novelan.

Kerana apa?

Tepuk dada tanyalah selera, dan tanya juga iman di dada.

Kita semua ada jawapannya.

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana” (QS 9: 71)

Jesteru itu, saya menulis bukanlah untuk menghalang kita melebarkan nasihat, menghentikan anda memanjangkan kata-kata positif, mengehadkan ruang di celah- celah kehidupan.

Tidak ! wahai para pembaca.

Malah saya pun suka menerima nasihat , apatah lagi memberi nasihat.

Cuma mengharapkan kita ( saya dan anda )yang sedang membaca,

Kita semua yang selalu menghadiahkan nasihat agar sentiasa berdoa dijaga bicara kata,
tidak berlebih-lebihan melebihi amal diri, menasihati dan memberi penyelesaian seiring dengan keadaan bukan mengikut perasaan kita tanpa batasan.

Semoga ia menjadi motivasi diri untuk menjadi lebih baik dari yang di sangka.

Doakan kita semua menjaga kata,

Kerana  bimbang bicara kata melebihi amal perbuatan kita.

Kata-kata melunjur laju tak seiring kiraan amal

Khuatir neraca amal kita entah bagaimana rupanya.

Jom kita menasihati diri sendiri .

Menjadi baik dan lebih baik dari apa yang di kata.

Jadikan Rasululullah sebagai idola kita .

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu DIAlah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalanNya dan DIAlah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah” (QS 16:125 )

Duhai hati jangan berhenti memberi nasihat dan istiqomahla menasihati diri sendiri .

___Saya sayang anda semua. Maafkan saya andainya anda terasa.___

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai