Wednesday, June 26, 2013
Bersediakah kita hadapi Ramadhan ?
Tinggal beberapa hari lagi.
Sedar tak sedar Syaaban akan berakhir
Ramadhan akan kunjung tiba
Insyaallah kita akan menjalani ibadah Ramadhan dengan lebih sempurna
Semoga kita dapat mempersiap sedia diri dalam menghadapi Bulan yang penuh Barakah
Siapkan hati supaya Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Amin
Saturday, February 23, 2013
Masalah Kewangan
Setiap manusia yang hidup di muka bumi pasti ada
masalah yang tersendiri.
Masalah terlalu banyak namun harini saya ingin menulis
tentang masalah kewangan yang semakin meruncingkan fikiran kita semua
.
Jangan risau semua yang menggunakan duit memang
akan hadapi masalah .
Cuma jumlah dan masa yang di hadapi berbeza
mengikut perjalanan pengaliran gaji orang yang bekerja.
Dulu masa belajar ramai yang berkata bila dah
kerja mungkin kehidupan semakin terurus dan tenang kerana adanya gaji setiap
bulan.
Namun bila kita mula bekerja kita mula
mengatur langkah untuk membeli asset satu persatu kerana merasakan mampu milik
Permulaan hidup dengan membeli sebuah kereta
kerana kereta keperluan yang perlu kita miliki, apatah lagi tuntutan kerja yang
memaksa kita bergerak laju seiring dengan teknologi.
Dengan itu bermulalah pengiraan hutang dalam buku
kira-kira
Ramai yang beranggapan bekerja kerajaan
menjanjikan keindahan dan jaminan ketenangan.
Memang ada kebenaran di situ . Namun jangan
menyalahgunakan kelebihan yang ada.
Ya, kita mudah membeli kereta, rumah dan
pinjaman peribadi untuk kepentingan peribadi
.
Siapa pun tidak boleh menidakkan kemampuan kita
berbelanja kerana gaji kita masuk setiap bulan.
Namun ramai yang tidak sedar kadar muflis di
Negara banyak di pegang oleh golongan muda. Diulang yer golongan muda .
Silap-silap kita diantaranya. ( Nauzubillah )
Memiliki slip gaji bulanan , selain nafsu membuak
buak untuk membeli itu dan ini dengan mudah membuatkan kita bertindak dahulu
sebelum berfikir.
Kerana mudahnya membuat hutang ramai yang memilih
membuat loan peribadi untuk membina mahligai kerana merasakan itu cara
yang pantas dan mudah.
Namun alangkah sedihnya, pinjaman pertama akan
bertambah menjadi pinjaman kali kedua, ketiga untuk menutupi masalah
kewangan yang lain kerana faktor mudahnya nak buat menambah hutang.
Kita lupa untuk menabung dulu kerana merasakan
meminjam dahulu kemudian baru fikir bayar campur interes yang tinggi dalam
jangka masa yang panjang adalah solusi yang tepat dan pantas
Budaya menabung langsung tak terlintas dalam
pemikiran tatkala kita memaksa diri mengejar arus masyarakat dan semasa
terutama bab harta benda.
Keperluan material kita kejari melebihi kemampuan
diri.
Ibarat memakai baju tanpa mengikut saiz badan
yang sebenar.
Hasilnya keserabutan yang panjang dan lama dalam
kehidupan
Kegelisahan yang tak pernah sudah
Hidup seperti kais pagi makan pagi kais petang
makan petang.
Kita lupa mengukur baju di badan sendiri.
Melihat orang bertukar kereta kita pun nak, lihat
rumah kita pun nak, jiran renovated rumah kita pun nak, melihat jualan sale
kita pun nak shopping.
Hasilnya kita berkira-kira dalam berbelanja pada
yang sepatutnya
Keperluan ekonomi sendiri pun kadang-kadang
terkurang apatah lagi kita nak membantu ekonomi orang lain. Jangan harap lah!
Adik beradik sendiri pun tak mampu kita menolong
Ibu dan ayah di kampong tidak mendapat duit
belanja tetap walaupun anak anak sudah bekerja
Kerana pengurusan duit kita ( orang muda )
semakin pincang
Mereka sudah tua namun masih hidup susah
seperti menyara kita waktu kecil
Setiap tahun kita menikmati pertambahan gaji
Namun kita tak merasakan pertambahan malah kita
merasakan semakin tak cukup.
Kerana kenaikan gaji kita seiringkan dengan
pertambahan hutang.
Ini belum lagi yang membuat pinjaman semata-mata
untuk terlibat dengan perniagaan MLM akibat kegelapan mata melihat kereta
kereta mewah hasil kejayaan mereka yang dah kononnya berjaya.
Masalah wang perlu di hadapi !
Bukan Gali lubang tutup lubang
Dengan pengurusan yang teliti dan efektif bukan
mencari highway pintas menjadikan loan peribadi sebagai pilihan utama.
Setiap keluarga perlu tahu kiraan ekonomi
Catat pengeluaran duit supaya nampak arah
pengeluaran kewangan kemana .
supaya tidak ada yang terover dalam kelajuan
berbelanja sehingga lupa kemampuan sendiri
Supaya kenal dapur, dan tahu kelajuan diri
berlari mencari rezeki
Supaya anak-anak tahu berjimat cermat dan tahu
nilai matawang, jangan main order jer
Supaya si suami tidak sentiasa mengharapkan
pertolongan sedekah si isteri sebab selalu berada dalam terdesak time
Tak lupa juga, ibu bapa mohon tidak terlalu
meletakkan target anak mengumpul asset seperti yang diimpi
Ya, bersedekah baik sangat baik lebih lebih lagi
pada keluarga kita
Namun berhati hatilah !
Jangan ada yang mengambil kesempatan dalam
kesempitan.
Meminta-meminta tanpa titik kesudahan
Melengkapkan impian orang tua adalah kebaikan
yang digalakkan
Itupun perlu ada susunan yang terperinci supaya
tidak terjerat diri sendiri
Kesimpulannya . Jom kita audit, susun
semula, di urus elok –elok supaya masalah kewangan dapat di atasi sedikit demi
sedikit.
Yang mana ada kad kredit perlu kaji betol –betol
adakah ia membantu anda dalam menyelesaikan masalah duit atau menambahkan
jumlah hutang dalam akaun.
Jangan lupa catat segala jumlah keperluan sebelum
berbelanja supaya ada garisan sempadan
Kurangkan berbelanja tanpa perancangan .
Berjimat cermat apa yang boleh kita jimatkan
Jauhkan diri dari pembaziran dalam berbelanja
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang
membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah
makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]
Masalah wang hadapilah dengan keimanan dan
pengurusan yang terperinci
Supaya ketenangan hati dapat diperolehi.
Saturday, January 5, 2013
Bangun dan bermotivasi
Sehebatmana pun kereta, minyaknya pun kena isi, Kalau kereta
berkuasa hybrid sekalipun baterinya kena juga charge.
Secanggihmanapun Handphone Samsung Galaxy baterinya cepat habis dan perlu di charge selalu.
Inikan pula kita manusia biasa. Ulang semua inikan pula kita hamba yang lemah
Secanggihmanapun Handphone Samsung Galaxy baterinya cepat habis dan perlu di charge selalu.
Inikan pula kita manusia biasa. Ulang semua inikan pula kita hamba yang lemah
Hidup perlu mencari motivasi !
Apatah lagi manusia yang terlibat dengan dunia pekerjaan.
Walaupun diberi gaji setiap bulan.
Kesibukan, Kepenatan kadang –kadang mampu meragut keikhlasan
dalam beribadah kalau tak kena gayanya.
Orang yang sibuk Orang Yang Mengenal erti masa.
Aah benar sekali. Dulu masa belajar dah perasan sibuk
sangat. Sibuk belajar & sibuk Berprogram.
Tapi bila sekali terjun dalam realiti kehidupan seorang guru.
Baru mendalam kefahaman tentang kesibukan yang sebenar - benarnya.
“Cikgu kan banyak cuti tak macam kerja lain. Apa lah yang
sibuk sangat”
Erm berhenti berfikir sekejap.
Hanya jauhari yang mengenal Manikam :)
Saya percaya ada lagi pekerjaan yang lagi sibuk seperti Ulamak, Ustaz, Doktor, Jururawat, Surirumah, Pekerja Kilang & lain lain.
Saya percaya ada lagi pekerjaan yang lagi sibuk seperti Ulamak, Ustaz, Doktor, Jururawat, Surirumah, Pekerja Kilang & lain lain.
Bila kesibukkan bekerja ditambah dengan rutin harian, masalah ummah, masalah
diri dan hal-hal lain. Lagi berganda kesibukkan dan kepenatan sehingga ruang pemikiran semakin tumpul dan hilang fokus
Alhamdulillah Kita orang
Islam di bekalkan banyak perkara untuk menenangkan hati.
Permulaan solat subuh sehingga solat isyak bersama solat solat sunat yang lain boleh menghadirkan ketenangan dalam hati kerana
membuatkan kita terputus dengan hubungan dunia buat sementara.
Disini ada beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk charge motivasi diri tatkala kita memerlukan
- Menambah Ilmu Agama .Dengan Ilmu mampu menyuburkan benih iman dan hasilnya kita dapat memperbanyakkan amal. Sekaligus membuatkan kita rasa dunia lebih kecil. Akhirat yang kekal Abadi ( Hadiri ceramah atau terlibat dengan program keagamaaan, join jemaah, solat jemaah, Kalau seorang diri baca Quran dan zikir )
- Cari hobi baru supaya ada komitmen pada perkara baru. ( Jangan tambah komitmen hutang sudahlah )
- Luangkan masa ziarah keluarga, saudara mara, kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ( panjangkan silaturrahim yang semakin pendek sebab memanjang sibuk jer )
- Bercuti @ Melawat tempat baru . Ada yang memilih mengerjakan Umrah, mengembara tempat yang jauh dari tempat kerja dan rumah sikit. :)
- Menjadi pendengar yang baik pada orang yang memerlukan. ( mendengar masalah orang mampu membuat kita rasa syukur & merendahkan hati kerana ramai yang lagi susah dan menderita dari kita
Yang selebihnya kena cari sendiri..
Dekatkan diri dengan Allah supaya Allah memberi kita banyak motivasi
mengharungi kehidupan yang bersisa dengan lebih bermakna.
Akhir kata kita kena sentiasa
ingat mati .
Kalau malam kita bermimpi diri kita mati selalunya esok pagi sure kita lebih bermotivasi.
Ingat kematian yang pasti dapat memaksa diri untuk lebih bermotivasi
Kalau malam kita bermimpi diri kita mati selalunya esok pagi sure kita lebih bermotivasi.
Ingat kematian yang pasti dapat memaksa diri untuk lebih bermotivasi
Semoga kita menjadi orang yang sibuk juga dengan persiapan
nak masuk Syurga. Amin
Dan kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda
gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang
bertaqwa. Maka tidaklah kamu mengerti! (Al-An’am 6:32
Artikel ini sebagai peringatan pada orang sibuk macam saya dan seangkatan dengannya :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terbaru
ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.
Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...
Penulisan Yang diminati ramai
-
Pertunangan adalah fasa yang serius dan seronok pada sang dara & si teruna dalam diari kehidupan....
-
Jika dulu guru terkenal dengan rehat yang panjang Tapi realitinya pekerjaan guru meliputi kerja pengkeranian Jika dahulu guru kaya deng...
-
Cuti sekolah sudahpun bermula. Hari terakhir sebelum cuti sekolah cikgu sempat memberi pesanan ringkas pada pelajar -pelajar di dalam kelas ...