Thursday, July 11, 2019

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.


Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya.
Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni.
Macamnilah. Rahsia penghujung kehidupan kita hanya Allah yang tahu.
Pemikiran manusia tak mampu melampaui takdir Allah.
Kena sedar realiti kehidupan itu terutamanya di alam perkahwinan.
Hanya mereka yang terlibat tahu kebenaran yang sebenar.
Tak boleh buat kesimpulan dengan apa yang kita dengar sahaja.
Suatu ketika dulu penyanyi No 1 dikecam hebat kerana pilihan hatinya untuk berkahwin.
Dan beberapa selebriti ternama yang diuji penceraian, poligami dikecam hebat bila kisah mereka bertebaran di dada akhbar dan skrin.
Cabaran orang Hebat memang besar lagi lagi kalau terkenal. Keburukan disuluh terang.
Ude, Intan dan Izreen punya kebaikan dan cabaran yang hebat dalam hal ini.
Pastinya mereka punya kebaikan dan kekurangan seperti kita juga.
Kita doakan yang baik - baik dengan takdir kehidupan mereka selepas ini.
Teringat peristiwa sepasang pelakon yang diuji hebat sehingga bercerai. Dikecam hebat gadis yang dituduh sebagai pemusnah rumahtangga itu.
Masa berlalu dan MashaAllah Alhamdulillah mereka semakin baik dari hari ke hari.
Kesan ujian itu membuatkan mereka dekat dengan Allah.
MashaAllah Anak mereka menjadi sangat hebat kerana mempunyai ibu dan ayah yang hebat berubah kearah kebaikan meskipun jodoh mereka tak panjang dalam perkahwinan pertama.
Ada juga figura lelaki ternama yang dikecam apabila berpoligami secara sembunyi. Alhamdulillah dia berjaya menyantuni isteri-isteri bersama anak-anak menerajui kehidupan dengan baik.
Ada juga diuji seketika dengan poligami dan kembali bahagia bersama pasangan yang lama.
Ada juga yang menjadi ibu@ayah tunggal yang cekal membesarkan anak dengan baik meskipun diuji dan dikecam hebat kerana kelantangan diri.
Ada juga meniti bahagia dengan perkahwinan kedua yang dikecam hebat kerana meninggalkan yang pertama.
Ada juga yang kedua dua nya bahagia dengan perkahwinan baru dengan pasangan baru meskipun masyarakat kecam dengan keputusan mereka berpisah suatu ketika dulu.
Nampak tak mereka yang diuji dulu dikecam hebat, disumpah saranah oleh orang lain.
Bila mereka redha, kuat bergantung pada Allah, mencari cinta hakiki, reda dan move on. Kehidupan mereka lagi baik selepas ujian hebat tu.
Lagi bahagia dan bertenang. Subhanallah.
Selepas kesulitan pasti ada kemudahan. Itu janji ALLAH.
Tak salah kita nak ambik teladan dan nak jadikan pengajaran. Tapi jangan kecam berlebih - lebihan. Siapa kita nak kecam mereka.
Bak kata intan. Suaminya lelaki yang baik dan ayah yang bertanggungjawab.
Kita doakan Allah bagi yang terbaik pada mereka. Doakan yang baik - baik.
Bahagia setiap insan tak sama cara. Fitrah kehidupan hidup pasti bersulam suka dan duka.
Ada yang bahagia dengan pasangan setia hingga ke hujung nyawa.
Ada yang bahagia dalam perkahwinan kedua atau ketiga.
Ada yang lebih tenang dan bahagia selepas berpisah akhirnya.
Ada yang bahagia bila berkongsi suami.
Ada yang bahagia tanpa pasangan hingga ke tua.
Ujian kehidupan kita jua berbeza.
Sakit kita pun tak serupa.
Luka dihati kitapun tak nampak berdarah, apatah lagi luka hati orang yang merasa. Macamana pula kita mampu tafsir melebih -lebih. Melebih-lebih ni mainan syaitan.
Ingatlah SAHABAT.
Walau apa pun perbezaan dan ujian kita.
Yakinlah kita ada Persamaan yang satu.
Kita semua impikan pengakhiran yang sama.
Mahu ke Syurga yang Abadi.
Mahu bertemu Allah dan kekasihNya.
Moga kita semua berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah dalam apa jua keadaan.
ALLAH PEMILIK SEGALA HATI.
Sedangkan pasir pantai berubah dipukul ombak. Inikan pula hati manusia. Cari cinta Allah dan berpada-padalah dengan cinta manusia.
Kerana KESEMPURNAAN hanya ada pada PEMILIK SEGALA HATI.
bukan pada mereka yang memiliki HATI.
ALLAH PEMILIK SEGALA HATI.
Jom muhasabah diri jadi baik pada keluarga kita sendiri.
DOAKAN MEREKA YANG DIUJI.
HARI INI HARI MEREKA.

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai