Thursday, July 11, 2019

KISAH ANEH DALAM PENCERAIAN.


Mengembalikan anak lelaki dengan cara penceraian pada ibu @keluarga yang menginginkan kesempurnaan pada anaknya adalah pengorbanan yang menyakitkan dari seorang wanita bernama isteri.

Setiap kisah pencarian bahagia setiap orang unik dan berbeza.
Memang benar watak ibu mertua ku @ ujian besar dari keluarga mertua, ipar duai di kaca tv bukan watak jadian.

Terlalu ramai wanita di luar sana diuji berat bukan kerana suami tak baik.

BUKAN kerana suami nak kawin lagi.

Tapi suami dikelilingi dengan mereka yang inginkan yang terbaik hingga secara tak sedar ia memusnahkan kebaikan pasangan.

Ini antara Pengalaman Cheq' Ayu jumpa beberapa kawan yang bercerai sebab suami baik.

Ulang semula sebab Suami baik.Terkejut jugak bila dengar.

Perkongsian yang membuka mata sendiri yang mempertahankan perkahwinan tak semudah mendirikan perkahwinan meskipun dapat pasangan baik.

Ujian perkahwinan datang dari penjuru yang berbeza.

Seandainya Allah takdirkan ia terjadi. 
Maka terjadilah Jua.

Walaupun dimata kita ia tak mungkin Berlaku. Dan tak patut berlaku. Semuanya telah tertulis.

Itulah rahsia Allah tentang takdir kehidupan seseorang.

Kepada Allah kita serah dan doa yang baik-baik pada masa depan.

Doakan yang baik -baik pada semua.

Tak semua dipilih Allah ditemukan mak mertua baik dan ikhlas seperti mak sendiri.
Ada jugak yang rezekinya mendapat mertua lebih baik dari ibu sendiri. Alhamdulillah.
Ada juga diuji dari awal kisah ipar duai seakan akan konflik yang tak berpenghujung bila bertembung.


Semuanya rezeki dan ujian dari Allah untuk kita.


Mendengar kisah penceraian orang pun ujian pada diri kita.


Buat sahabatku yang jauh di sana. 
Moga Kau mampu bertahan dan jauh dari anasir jahat.
Allah sebaik-baik Pelindung.


Allah memberi pahala padamu atas kesabaranmu yang luar biasa.

Moga Allah pelihara kita yang ada anak lelaki agar tak terdidik menjadi buta melihat kesempurnaan pada anak sendiri hingga memperlihat keburukan pada anak perempuan org lain.


Kerana kita juga seorang manusia yang tidak mungkin sempurna dalam semua hal.


Kesempurnaan hanya ada pada Yang Maha Kuasa. Yang Maha Mengetahui Segalanya.

Cheq' Ayu hanya mampu menulis dan doakan dari jauh saja  .


Setiap wanita yang berjuang mencari bahagia adalah wanita istimewa.
Berbahagialah dengan kebersamaan Yang Maha Kuasa setiap masa.

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai