Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. 6 Bulan aku berada di Semenanjung. Ku penuhi masa dan ku tebus apa jua niat dan janji ku pada diri dan ALLAH semasa saya masih di Bumi Sabah yang menukilkan seribu nostalgia dan kenangan yang terpahat pada sejarah kehidupan saya. Semakin saya sibuk dengan tugasan dunia dan Ukhrawi . Semakin sukar untuk mendokumentasikan segala-galanya dalam ruang pena. Bimbang amalan penulisan berkembang seperti bunga sakura yang mekar di musim bunga. Sedangkan pahala semakin mengecil seperti bunga ros menguncup di penghujung hari. Ramai yang hebat dalam penulisan namun dayus di ruang kehidupan. Ramai yang hebat dalam penulisan dan hebat juga di pentas lakonan . Dan ramai juga yang hebat dalam dunia pena dan hero dalam dunia yang nyata. Dimanakah tempat saya, dia dan kita ? tepuk dada tanya iman di dada. Mudah-mudahan kita huruf-huruf pena menjadi saksi amalan kita. Sesungguhnya Allah Maha Penghitung. Pena akan berdiri menjadi saksi amalan dan perbuatan jari jemari kita. Sama-samalah kita berlomba-lomba membuat amalan .
Friday, July 16, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terbaru
ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.
Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...
Penulisan Yang diminati ramai
-
Pertunangan adalah fasa yang serius dan seronok pada sang dara & si teruna dalam diari kehidupan....
-
Jika dulu guru terkenal dengan rehat yang panjang Tapi realitinya pekerjaan guru meliputi kerja pengkeranian Jika dahulu guru kaya deng...
-
Cuti sekolah sudahpun bermula. Hari terakhir sebelum cuti sekolah cikgu sempat memberi pesanan ringkas pada pelajar -pelajar di dalam kelas ...