Wednesday, June 15, 2011

Tanpa Ayah siapalah kita.

Ayah pemimpin keluarga
Saya mempunyai kenangan indah hidup bersama seorang lelaki yang dipanggil abah @ ayah selama 7 tahun .

Pemergian ayah ke sisi Allah adalah rakaman awal kesedihan dalam sejarah kehidupan saya.

Ia juga mendedahkan saya tentang kebenaran & kepastian saya tentang sebuah kematian .

Saya hanya mengenali ayah saya sebagai seorang lelaki yang menghadiahkan kehidupan yang indah pada emak & sedikit memori bersama keluarga ketika hayatnya masih ada.

Yang selebihnya saya menempuhi kehidupan ranjau bersama ibu dan adik beradik yang lain.

Hakikatnya,menghadapi hari hari seawal kanak-kanak, remaja & dewasa tanpa ayah bukanlah sesuatu yang mudah.

Tiada kuasa veto dari seorang lelaki untuk dijadikan garis panduan dalam setiap keputusan hidup.

Apatah lagi dijadikan idola @ tempat bergantung harap. Ini yang membuatkan jiwa saya lebih berdikari bersama emak dan yang lain.

Ya Allah, terasa longgar semua sistem ketahanan dalam diri untuk menjadi anak yang soleh & solehah tanpa kehadiran kepimpinan seorang ayah di sisi dalam sesebuah keluarga.

Namun, kekurangan sebagai seorang ayah saya perjuangkan & cuba penuhkan dengan pengisian seorang hamba yang mempunyai Allah di hati lagi dekat dirasai.

Allah Maha Penyayang & Pengasih. Saya selalu ditemukan dengan insan-insan yang mempunyai kemuliaan hati dalam mewarnai kehidupan saya seindah pelangi selepas hujan membasahi bumi.

Sehinggakan saya tidak lagi merasakan hari saya sunyi tanpa kehadiran seorang ayah menemani. Terima kasih kepada semua insan yang setia menemani saya di saat suka & duka :)

Saya mula terasa keindahan pinjaman ayah dari Allah yang sekejap bila dihitung-hitung sendiri setelah saya mempunyai keluarga sendiri.

Banyak monolog-monolog kecil terjadi di hati saya bila kehilangan demi kehilangan sering berganti tanpa persediaan untuk menghadapi hidup setiap hari.

Kesusahan , Keperitan & kekurangan mengajar erti saya untuk menilaikan Allah di hati sendiri.

Dan menjadikan saya lebih Menghargai segala  yang ada di sisi.

Teladan insan agung Rasulullah S.A.W yang membesar tanpa ibu & ayah patut dicontohi.

Mempunyai ayah yang tidak beberapa dikagumi @ tidak mempunyai ayah ( meninggal dunia ) @ ada ayah tapi tak bersama lagi ( penceraian) adalah perkara yang berbeza.

Jangan sesekali kita berkata

“ Daripada ada ayah yang tidak guna lebih baik tidak ada”

Kerana ayah juga macam kita semua . Ada sisi kebaikan dan sisi keburukan.

Mungkin seorang ayah tidak hebat dalam menterjemahkan kasih sayang dengan ayat-ayat cinta mahupun perbuatan yang lebih berjiwa untuk kita suka & puja.

Akan tetapi Kasih seorang ayah dapat ditonjolkan dengan “kerja keras mereka mencari nafkah pada keluarga”. ( Pada selalu yang mengadu ayah sibuk sekali mengalahkan menteri )

Kesetiaan ayah pada ibu & anak-anak adalah aset yang berharga, sangat penting & jauh lebih bermakna dari kemewahan harta.

Ketegasan & keseriusan ayah dalam beberapa perkara dalam percaturan juga penting dalam pembentukan sesebuah keluarga.

Mungkin Ayah kurang jiwanya untuk membelai mesra & mencurahkan perhatian istimewa pada anak-anak sebagaimana ibu yang lebih berjiwa iramanya dalam membesarkan kita.

Ayah kurang masa berguru dengan pakar motivasi , kurang kemahiran berkomunikasi, atau lebih banyak menyendiri dari membuat kita ketawa atau senyum sendiri. ( namun ada juga ayah yang hebat & memotivasikan diri )

Akan tetapi jauh di sudut hati, dia mahukan kesempurnaan pada anak-anak & isteri.

Dia mahukan yang terbaik buat setiap ahli keluarganya.

Lalu dia menghabiskan banyak masa di dunia pekerjaan, serius dalam perkiraan ekonomi, kurang hebat dalam belaian kasih sayang yang tertonjol pada perhubungan anak-anak.

Ya, Ayah tidak expert tentang perkara-perkara & remeh di rumah namun itu bukanlah tanda seorang ayah itu tidak mempunyai sekeping hati.

Ketahuilah jiwa lelaki sukar untuk kita tembusi & lolosi sebagaimana kita dapat meneropong perasaan ibu setiap hari.

Kalau tidak kita bakal menyaksikan ibu & ayah berkelahi setiap hari kerana minat bershopping yang sama , pemilihan warna langsir , perebutan turn mengemas rumah.

Perbezaan ayah & ibu adalah kecantikan Allah menghiasi& melengkapi diary kehidupan dalam pembentukan keluarga yang sejati.

Waktu ayah muda, kita banyak menyaksikan bentangan kesilapan berbanding paparan kebaikan mereka pada hari-hari tua mereka.

Maafkanlah mereka sebagaimana kita dimaafkan setiap kali melakukan kesalahan.

Kita sebenarnya lagi banyak bentangan kesalahan telah kita lakukan secara sedar @ tidak mengikut rentak  perangai kita sendiri. Mohonla maaf pada mereka selagi Allah masih memberi kesempatan waktu &masa seperti apa yang kita ada hari ini.

Runtuhkan benteng keegoan kita seorang anak yang kurang pengalaman hidup, hapuskan dendam di hati. Hadirkan kasih sayang yang suci tanpa sebarang kompromi

Ketahuilah semua pembaca,

Ayah juga mempunyai Misi & Visi untuk memantapkan keluarga dari hari ke hari, dari masa ke semasa.

Kepada pembaca yang masih diberi kesempatan masa dan nafas memanggil seorang itu ayah.

Tunaikan kewajipan anda sebagai ayah daripada kita menyoalkan apa kewajipan ayah terhadap kita.

Dunia ini bukan pentas yang layak untuk kita terlalu berkira-kira tentang keadilan dan kesaksamaan dalam pembahagiaan dalam sesebuah keluarga.

Kita tak mampu mengubah sejarah yang lalu @ kisah silam dalam kehidupan kita,

Namun kita mampu melakar perkara-perkara yang indah untuk terlakar dalam sejarah kita & anak-anak kita kelak.

Pada yang senasib dengan saya, Jangan risau kita masih boleh menunaikan hak sebagai seorang anak.


Hiasi akhlak seorang anak yang membahagiakan ibu & ayah. Walaupun mereka sudah tiada.

Contoh lain yang boleh seorang anak boleh buat pada ibu bapa yang telah meninggal dunia ( saya copy dari buku Wahai ayah , wahai ibu penulisan Hafiz Firdaus )

Dengan bersedekah, seperti mana hadis berikut daripada ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma:

Sesungguhnya datang seorang lelaki dan bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia, apakah bermanfaat untuknya jika aku bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab: “Ya.” Lelaki itu lantas berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sebuah kebun yang berbuah, maka saya persaksikan kepada engkau bahawa aku mensedekahkannya untuknya.”
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2770 (Kitab al-Wasiat, Bab jika diwakafkan tanah…)

Selitkan doa untuk ibu dan ayah kita setiap kali untuk berdoa.

Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak shalih yang mendoakannya.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia).

Semoga kita berjumpa Ayah & sekeluarga di Syurga nanti. Insyaallah.

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai