Monday, May 30, 2011

Pesanan khas cuti sekolah

Cuti sekolah sudahpun bermula. Hari terakhir sebelum cuti sekolah cikgu sempat memberi pesanan ringkas pada pelajar -pelajar di dalam kelas namun tidak semuanya sempat saya temui &beri pesanan . Jadi cikgu buat entry ini untuk semua pelajar yang sedang bercuti.
Okey semua pelajar, cikgu harap masa cuti sekolah kali ini memberikan makna dalam kehidupan :)

1- Banyakkan berdoa sebab baru habis exam, semoga keputusan kamu di tahap bagus. Pelajar Tingkatan 1 Kertas PSV objektif ramai yang dapat bawah 20 huhuhu. Kertas PSK Tingkatan 2 ramai dapat A.. Jeng-jeng jeng sabar yer nanti kat sekolah dapat tahu siapakah orangnya

2- Bangun solat subuh awal dan jangan tinggal waktu solat. Pelajar asrama jangan menggandakan waktu tidur anda yer. Cikgu pun bermujahadah nak bangun solat subuh awal tau. Dugaan sungguh waktu cuti ini. Sama-sama kita berazam bangun subuh di awal waktu .

3- Mengawal permakanan. Jom kita sama-sama kawal permakanan supaya berat badan masih di tahap terkawal. Jangan makan banyak yer. Nanti masuk sekolah cikgu tak kenal..hihihi jangan marah. Doakan cikgu juga dapat menjaga pemakanan dan kesihatan.

4- Buat baik dengan mak ayah- Pergi tolong mak di dapur, mengemas rumah atau menolong ayah sekiranya diperlukan atau tak diperlukan boleh kita offer dulu. Dapat ganjaran besar tau buat baik dengan mak ayah ni. Sayangilah ibu bapa anda selagi masih diberi kesempatan hidup ni. Time cuti ni la nak belajar memasak, mengemas rumah dan menjahit ( kalau ada yang sudi mengajar )

5- Kurangkan masa menonton televisyen . Kawal ye masa anda. Bukan tak leh tengok tapi jangan melekat depan tv terus. Hadkan beberapa jam sehari menatap tv. Cikgu pun suka tengok tv hihih. Dan pelajar lelaki minimum kan masa dengan permainan game yang tak dapat hadiah tu. Hairan betul tengok orang lelaki yang tak jemu jemu menatap PSP berejam-rejam. Selain berfacebook lawatlah blog yang berilmiah yer. Macam baca blog cikgu, blog yang berilmu dan berinformasi. Supaya dapat topup ilmu dengan penggunaan internet. Lebihkan aktiviti kemesraan bersama ahli keluarga. Jangan asyik gaduh dengan adik beradik. Tak baik tau. :(

6- Tingkatkan amalan-amalan lain seperti membaca Al quran dan membaca buku selain buku akademik. Ramadhan dah hampir. Jom kita latihkan diri mengaji sehari satu muka surat. Supaya nanti time puasa boleh pecut satu hari mengaji satu juzuk. Dapat khatam satu quran sebulan puasa. Mudah-mudahan. Jom kita berniat dan mulakan dari hari ini. Baca juga tafsir quran sekali baru faham apa yang dibaca nanti.

7- Siapkan homework atau latihan ulangkaji yang diberi oleh cikgu-cikgu yer.

8- Jaga keselamatan apabila keluar dari rumah. Jangan lupa baca doa bila keluar rumah . Semoga terpelihara keselamatan di luar sana. Maklumla macam-macam kes di sana seperti penyimbah asid, peragut dan juga keselamatan jalan raya bila berada di dalam kereta.

9- Ingatlah Allah dimana jua kita berada. Semoga Allah menjaga kamu semua dan memberikan kita semua kekuatan untuk mengisi waktu cuti kita dengan kegiatan yang bermanfaat.

"Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN".             ( sural al asr )

Salam cinta dan sayang dari cikgu Rohayu ..

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai