Tuesday, March 28, 2017

Tak suka Bercerai. Tapi ?


Ramai tak suka penceraian.

Hakikatnya ramai suami tak soleh buat isteri tak sabar nak bercerai.

Isteri, bila mana sebut bab penceraian sehingga bawa ke pejabat agama. Mesti terluka dan disakiti tahap mendalam. Kerana isteri boleh memaafkan berkali kali. Namun ada hadnya. !

Jangan marah bila orang nasihat untuk bercerai.

Sebab ia ADA.

Balik tengok belakang surat nikah ada bab taklik.

Kalau dah menzalimi pasangan dan tak bahagia setelah berusaha. Pandanglah penceraian dengan waras sebagai pilihan yang Allah adakan untuk kebaikan masa akan datang. Cukup-cukuplah aniaya pasangan. 

Penceraian boleh terjadi dengan izin Allah atas sebab -sebab tertentu. Bukan hak mutlak suami. Semua pasangan kena tahu hakikat ini.
Pergilah ke pejabat agama bila anda dizalimi mental, fizikal, nafkah dan lain-lain. Bukan mengadu pada yang tak sudi dengar &tak pernah tahu hukum perkahwinan & penceraian. Silap gaya disuruhnya sabar sampai mati. Sedangkan keadaan diri hidup macam dah separuh mati. 
Jumpa mereka yang berkaitan. Baru nampak jalan. Dan tahu situasi sebenar keadaan diri. Jangan menyiksa diri tak tentu hala.

Allah tak jadikan perkahwinan ruang menyiksa diri. Allah sayang kita.

Allah sediakan panduan hidup cantik dan tepat untuk kita. Al -Quran pun ada hurai bab ni. Kita kena ambik tahu & ada ilmu mungkin tak kena pada kita sekarang, tapi kena pada sahabat kita, adik beradik, sedara atau anak kita hadapi masalah kezaliman rumahtangga.

Moga Allah bagi ruang dan penyelesaian pada setiap masalah rumahtangga kita ke arah yang baik. Yang penting doa dan usaha.

Semoga mereka yang tengah menghadapi fasa penceraian di mahkamah dipermudahkan & dipercepatkan.

Usai penceraian, selamat menjalani kehidupan yang lagi tenang, dan bahagia.

Bersendirian jauh lebih baik daripada bersama pasangan yang tak membahagiakan di dunia.

WANITA terpilih di luar sana.

Doa sungguh-sungguh pada Allah. Allah pemilik segala rahsia kehidupan. Allah penentu segala-galanya. Cari Allah sungguh-sungguh!.

Kalau ada jodoh kawin semula. Bila dah sama-sama baik. InshaAllah.
Habiskan fasa trauma, benci lelaki dan dah berubah jadi baik dengan pengalaman dah lalui.
Lagi bagus kawin dengan orang yang lagi baik dalam keadaan yang lebih baik dan semoga diri lebih baik menjadi pasangan yang baik pada masa yang terbaik. InshaAllah.. InshaAllah.

Teruskan doa yang baik-baik.

Jangan susah hati. ALLAH ada. Hidup di dunia ni sekejap sahaja. Pada yang jahat. Dunia mungkin anda terlepas. Akhirat ada untuk pertimbangan yang adil dan saksama.
Cheq' Ayu doa dan harap semua yang hadapi situasi sedang , selepas penceraian kuatkan diri, kekal positif demi Allah .
Penceraian bukan penamat kehidupan. Pada mereka yang berkenaan. Ingatlah ia adalah salah satu ibrah untuk jadi lebih baik dalam kehidupan sebelum kematian !

Wanita bercerai aura macam 'celebrity'

Wanita bila keluar dari pernikahan,

Ada aura mengalahkan celebriti.

Sendiri kemana-mana dipandang kanan & kiri.

Buat baik diperhati.

Buat jahat habislah kena keji.

Bertunang dengan bujang ramai tak puas hati..

Nak kawin dengan duda pun ada yang tak senang hati..

Poligami, lagilah ramai benci & tak berani..

Tak kawin lagi pun ramai yang risau& dan susah hati..

Pakat sibuk tanya bila boleh makan nasi minyak lagi..

tabahlah wahai wanita 'hidup sendiri'.

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

MashaAllah senangnya 'kalian' nak dapat pahala free. Kan.

Kesimpulannya. Wanita yang ada title 'special' ni. Jaga baik-baik diri sendiri & jangan termakan dengan kata orang yang ada penyakit hati.

Hati -hatilah bila sendiri. Kerana ada mata -mata sentiasa memerhati tak puas hati.

Sentiasa baca doa zikir pagi dan petang dan minta Allah beri perlindungan. Allah sebaik-baik Penjaga. Doa banyak-banyak agar terpelihara fitnah manusia dan terselamat dari godaan lelaki jahat.

Semoga Allah memelihara kalian daripada pandangan mata yang jahat. Nauzubillahiminazzalik.

Dan yang paling baik. Bersangka baik pada pemilik segala hati. Ya Robbi..

Bahagia yang dicari ADA pada hati sendiri. !!

Manfaatkan masa berfamily sendiri, rezeki yang Allah bagi dengan melakukan kebaikan tanpa henti.

Yang lain. Tolong tolak campak tepi. Cheq' Ayu sentiasa doakan kawan-kawan special ni KUAT!

Tuesday, March 14, 2017

Tips untuk kulit sihat & cantik

Nak SIHAT & CANTIK kena RAJIN. Selamat membaca😊

💜 Doa kat Allah agar sentiasa memelihara kehidupan, dan diberi kesihatan & kecantikan yang baik.

💜 Buat baik kepada Ibu bapa, Suami ( yang dah kawin ) & keluarga anda. Kecantikan dalaman mampu bagi AURA untuk kecantikan yang menyeluruh.

💜Banyakkan senyum supaya aura positif membantu anda kelihatan cantik sentiasa.

💜 Banyakkan minum air putih. Air detoks terbaik untuk badan. Pastikan minum air secukupnya. Kurangkan minuman bergula & berais. Air yang cukup membuatkan kulit nampak sihat.

💜 Banyakkan makan makanan berkhasiat. Terutamanya makan sayur & buah-buahan. Ada banyak Buah- buahan yang mempunyai vitamin c & vitamin e yang sangat bagus untuk pembentukan kulit. Biasakan diri makan makan ulam yang belum dimasak yang kaya dengan khasiat.

💜 Elakkan memicit jerawat dan kurangkan aktiviti memegang muka dengan tangan. Pastikan kalau nak menyentuh muka tangan bersih.

💜 Pakai product yang kandungan bahan dia semulajadi & sesuai dengan kulit muka kita untuk kesihatan & kecantikan kulit jangka masa panjang.

💜 Manjakan muka dengan sumber alami @sewaktu dengannya seperti lumur madu@minyak zaitun @ minyak kelapa dara @face oil@serum@minyak argan.

💜 Kalau ada masa lapang, rajinkan lah diri buat masker guna madu@ telur@timun.

💜Ambik supplemen, @ minum susu @ kolagen. Pilihlah yang mana anda berkenan & mampu. Seandainya anda tergolong dalam 'manusia paling sibuk' & tak banyak masa manjakan muka secara alami. Yang ni pilihan untuk wanita bekerjaya dan sibuk.

💜Pastikan muka dicuci bersih sekiranya anda bermakeup di siang hari supaya liang pori di muka anda tidak tersumbat.

💜 Selalu baca doa masa lihat cermin.

💜 Yakinkan diri yang anda memang ALLAH jadikan CANTiK! Keyakinan diri penting supaya kita jadi semangat & sentiasa bersyukur.

Ok. Sekian.
Kalau nak lebih lagi boleh pm@wa +0146353250

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai