Tuesday, July 3, 2012

Ikhlas dalam menolong



Sifat tolong menolong adalah amalan mulia.  Namun kadangkala insan yang mempunyai sifat tolong menolong dalam dirinya sering tersepit & di zalimi oleh orang yang ditolongnya seperti pepatah melepaskan "anjing yang tersepit" . Namun sebagai manusia walaupun kita di balas dengan yang tak sepatutnya. Allah sering memujuk hati dengan pahala & ganjaran besar di Akhirat supaya manusia tetap memupuk sifat tolong menolong seiring dengan ikatan kita sesama muslim & manusia & mengingatkan manusia sentiasa ikhlas apabila kita menolong.

Saya percaya masih ramai lagi yang berjiwa mulia membalas pertolongan dengan kiriman doa yang baik baik . Kadangkala apabila kita menolong orang, orang lain yang hadir dengan pertolongan Allah tanpa disangka sangka apabila kita pula yang berada dalam kesusahan. Waktu itulah rasa bahagianya J

Apabila kita melihat seseorang dalam kesusahan atau punya kekurangan, ada terasa ingin membantu & mengisi kekurangan itu. Alhamdulillah sesungguhnya Allah mengetahui setiap keadaan hamba yang mengingatinya. Jesteru itu kita bantu sehingga kekurangan itu hilang dan orang lain akan merasa bahagia. Itulah nikmat orang jika dapat menolong orang yang sepatut di tolong.


Namun dalam membantu juga ada batas yang perlu dilihat dan diambil perhatian. Orang yang membantu tidak bolah memudaratkan diri sendiri ketika bantuan sedang diberi. Jika kita sedar diri sedang terisiko dalam memberi bantuan, eloklah menghindarkan diri dan bantulah dalam lingkungan kemampuan kita.


Kerana mudarat yang kita dapat semasa memberi bantuan mungkin boleh merosakkan diri & akhirnya kita tidak boleh lagi memberi bantuan bukan sahaja pada seorang individu, malah kepada individu lain.


Jadi dapat kita lihat terdapat batas yang perlu diambil kira dalam membantu manusia. Selagi mana bantuan itu tidak memudaratkan diri dan tidak menjadi maksiat kepada Allah, kita boleh membantu. Tetapi jika bantuan itu membuatkan kita hanyut dan semakin jauh dari Allah SWT, eloklah kita hindarkan dan serahkanlah kepada Allah sebagai sebaik-baik pembantu. Bak kata pepatah "Buat baik berpada-pada".


 Apabila pertolongan bertukar menjadi paksaan ataupun rutin. Semestinya ia mengundang keihklasan yang melayang terbang di tiup angin kemarahan  bercampur kepenatan. Semoga diri ini sentiasa bersabar  & menahan marah tatkala diri penat fizikal dan emosi menghadapi manusia-manusia yang super pelik & mencabar ini. Berada dalam generasi x y sangat mencabar keikhlasan hati .Kecepatan masa , kepadatan kerja, keberatan tanggungjawab cukup meresahkan jiwa. Ya Allah bantulah hamba-hamba yang berniat menolong hamba lain supaya jauh dari hasutan Syaitan yang bisa menukarkan pahala menjadi kosong, kosong.. huhuhuh J tak baik merungut & mengungkit... Jauhkan jauhkan....

Ya Allah kirimkan Aku dan kamu yang sedang membaca entry ini kesabaran & keikhlasan. Maafkan diri ini seandainya terlanjur mehamburkan kata-kata di atas yang menolong & yang ditolong. Menjadi kebiasaan ketidakpuasan hati pada manusia lain walau dah cuba sehabis baik DAN  adalah di luar kebiasaan kita dapat memuaskan hati kedua dua pihak. Saya insan yang lemah J tapi cuba menggagahkan diri jadi kuat J

Insyaallah. Jutaan terima kasih pada semua yang dikirimkan Allah menolong saya dalam mewarnai kehidupan dari kecil hingga tua Jlebih lebih lagi masa memerlukan. Sesungguhnya saya sentiasa doakan yang baik baik pada kalian dunia &  Akhirat.  Anda penyeri hidup sayaJ


No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai