Thursday, September 8, 2011

Sendiri mencari motivasi diri.




Kita bukan robot! Jom cari motivasi untuk diri


Menghirup udara di Bulan Ramadhan yang lalu
Diri terasa dalam pertandingan perlumbaan ibadah
Bila berada di kalangan teman beriman diri terasa serapan iman,
Fuh terasa sungguh bersemangat sekali.
Bila diri diasak dengan ujian yang tak bertepi
Diri terasa Kehadiran Ilahi sedekat dekatnya di hati
Hidup semakin bermotivasi di kala masa terasa tinggal sedikit.
Masa berputar tanpa belas kasihan untuk berhenti,

Bila kita menyendiri melayani sepi  di malam hari?
Di manakah Kita?

Apa yang kita belum selesaikan ?

Apa Impian kita yang belum tercapai?
Persoalan demi persoalan tidak mampu menghentikan masa yang semakin rancak berlari
Mari tamatkan sedikit persoalan di hati sendiri
Kurangkan permintaan yang bersifat duniawi
Kecilkan jumlah perasaan iri hati sesama sendiri
Lumpuhkan agenda syaitan yang penuh berstrategi
Menyuburkan ketidakpuasan sesama saudara sendiri
Tidakkah nikmat kita menatap penulisan ini adalah nikmat yang sangat tak terperi
Nikmat kehidupan hari ini yang belum tentu terjadi pada esok hari
Apa Kurangkah nikmat yang berada di sekeliling kita untuk kita berdiri sendiri
Untuk kita hilang bangun bermotivasi walaupun kita seorang diri
Jika dulu  bangku sekolah kita tidak kenal erti  berjuang
Jika dulu Kita jadikan kesibukan alam mahasiswa/mahasiswi untuk kita membuat kebaikan pada orang lain
Jika dulu kita jadikan peperiksaan sebagai penghalang untuk kita celik memandang dunia luar sebagai medan pahala
Jika dulu kita jadikan kesempitan wang ringgit untuk kita untuk menjadi dermawan
Jika dulu kita jadikan pencarian cinta @ pasangan sebagai tsunami hati
Jika dulu kita buta dengan kejernihan ilmu yang semakin mudah dicapai & diisi
Jika dulu kita berkalau-kalau untuk mengatakan ya dalam perkara yang baik
Jika kita seorang diri, umur muda mudi sebegini kita tewas untuk bebas berlari

Menyuburkan cinta Ilahi pada hati sendiri
Mengumpulkan aset untuk ke syurga nanti,
Jangan kita asyik mimpi selepas ini kita bakal rasa
Pekerjaan kita  mampu menambah masa tambahan kepada 25 jam 2 minit 1 saat

Sesuatu perkara yang pasti tidak akan terjadi

kerana pekerjaan akan menghimpit anda ke pelosok masa yang lebih sikit

Pasangan kita pasti akan menenangkan kita setiap masa

sedangkan di sekeliling kita kedengaran paparan masalah @ konflik suami isteri sungguh banyak sekali terjadi tanpa henti dari hari ke hari

Kita menjadi jutawan dengan kadar segera dengan kerja sepenuh masa sebagai hamba dunia
Boleh jadi wang ringgit kita menjadi semakin negatif tak pernah cukup walaupun kita semakin kuat bekerja , ( nak bayar ptptn, nak  beli rumah, besarkan rumah, beli kereta, Hp, ipad & bla-bla )

Rumah tangga  kita ( suami@ isteri, anak-anak )  memberi ketenangan hati & jiwa

Silap - silap  kegelisahan yang lebih besar bakal terjadi boleh buat kita selepas kita bekeluarga. ( Episod ujian bekeluarga mula meruntun jiwa , duka, nestawa, tawa, canda & gembira . Semua rasa ada bila masuk ke medan bekeluarga )

Oleh itu hargailah apa yang ada di saat ini

Jadi hamba yang sentiasa bersyukur
Kerana hari esok atau lusa belum menjanjikan keindahan yang nyata

Mudah-mudahan Allah panjangkan usia kita untuk hari seterusnya.
Ayuh kita hadapi hari ini lebih baik dari semalam
Bangunlah sendiri & cari ruang untuk kita semakin bermotivasi
Sedangkan kereta perlu diservis,
Bateri handphone yang perlu di charge setiap hari,
Inikan pula graf iman iman kita yang kadang-kadang ke tengah dan ke tepi
Dari landasan hati yang selalu berbelah bagi
Ayuh saya, & semua pembaca
Manfaatkan hari ini, apa yang ada pada diri sendiri,
Di mana kita berdiri & dengan siapa di sisi
Jadikan segala-galanya ruang ibadah
Kerana Allah sentiasa MEMERHATI, MENGUJI & MEMBERI nikmat saban hari
Yang Pasti kematian bakal dihadapi secara bersendiri.
Ayuh bangun sendiri & kembali bermotivasi dari saat ini

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai