topbella

Thursday, August 11, 2011

Kebahagiaan di alam pertunangan.


Pertunangan adalah fasa yang serius dan seronok pada sang dara & si teruna dalam diari kehidupan.
Bayang pernikahan jelas kelihatan di pandangan mata.  


Angan-angan dalam perkahwinan mula tercipta. 


Jemari tangan ligat mengira belanja kira-kira disamping melihat kalendar dari masa ke semasa
Gelombang  keraguan  dalam hati  semakin mengecil kerana pertunangan ini mampu menghadiahkan senyuman
Petanda diri kita menghampiri gerbang pernikahan seandainya kita memilih pertunangan kerana hendak bernikah.
Selepas itu kita akan bersama-sama menghadapi fasa baru.
Fasa ini banyak mendorong kita berlebih lebihan dalam perhubungan kerana kita sangat merasakan comfirm kita akan berkahwin tanpa ada sekumit perasaan yang sebaliknya jika kita terleka
Kita lupa Allah sedang memerhatikan gerak geri  tindak tanduk kita.
Apa jua kemungkinan pasti bisa terjadi dengan izinNya.
Jesteru itu ramai yang tersenget sedikit pembawaan diri dalam kehidupan menjadi tunangan orang.
Darah manis la katakan kata orang-orang  tua dahulu.
Bukan kerana darah banyak kandungan gula atau menghidapi diabetes
Tetapi keghairahan anak muda yang mempraktikalkan hubungan pra perkahwinan yang mereka khuatirkan
Namun saya percaya ramai juga pasangan yang mampu menggalas amanah menjadi tunang yang baik.
Menyedari impian mempunyai keluarga  bahagia hingga ke syurga pasti dibekali iman di dada
Praktikal setiap masa tak kira sebelum bertunang, bertunang mahupun selepas berkahwin
Pasangan sebegini insyaallah akan mampu mengurangkan noda-noda dalam jiwa
Ujian pra perkahwinan selalunya rancak  seawal kita baru menempuh fasa pertunangan.
Kerana itu lebih manis pertunangan tidak mengambil masa yang terlalu panjang.
Pertunangan bukanlah tiket untuk kita meraihkan hubungan seperti pasangan yang berkahwin.
Hakikatnya pertunangan adalah medan ujian untuk kita dan dia sebelum melangkah kaki dalam garisan awal perkahwinan.
Masa bertunang adalah masa yang getir kerana banyak hijab-hijab yang akan terbuka  yang menyerlahkan keaiban dan kelebihan pasangan masing-masing.
Ya, dibolehkan kita berterus terang mengenai diri untuk tujuan memudahkan proses perkahwinan. Tetapi jagalah aib diri sendiri dan kaum keluarga.
Tapi bukanlah lesen untuk kita kesana kemari tanda kita sudah dimiliki oleh si dia.
Walaupun ramai yang mengambil kesempatan dalam kesepitan dalam hubungan begini.
Mempamerkan kemesraan, paparan aksi berdua yang daring tanda ‘Si dia aku yang punya’.
Sedangkan islam menggalakkan kita mewar-warkan perkahwinan. Dan fasa bertunang bukanlah menjadi satu kemestian untuk dicanangkan satu dunia.
Cukuplah sekadar pengetahuan yang terdekat sahaya. Kerana kepastian menghadapi hari esok bukanlah ditangan kita sendiri.
Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”
(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)
Berhati-hati lah kita menyusun langkah dalam persinggahan pertunangan ini.
Jangan membiarkan kita dibolosi nafsu sedangkan kita belum diberi lampu hijau sepenuhnya dengan gelaran  tunangan orang
Ramai yang salah menafsirkan konsep pertunangan dalam kehidupan.
Berlebih lebihan dalam pergaulan. Lari dari garisan panduan agama . Lagaknya melebihi pasangan yang melangkah fasa pernikahan. Kesana kesini seperti merpati sejoli.
Ya, mungkin di dunia ini .Kita semakin bebas untuk berbuat apa-apa. Kalau kita memilih untuk menutup mata hati dari panduan agama.
Ya,  Sudah kurang mata-mata untuk kita takuti. Kita boleh memilih untuk menepisi pandangan mata manusia yang sentiasa memerhati.
Ya, kita boleh membalas hujah orang lain dengan hujah kita sendiri kalau kita berani
Ya, kita boleh memilih membiarkan telinga kita pekak & mata kita tuli dengan perlakuan kita
Namun ingatlah Allah sentiasa di mana-mana jua kita berada.
Jagalah diri kita, kelakuan kita dalam fasa pertunangan.
Kerana bulan ini saja kita sudah maklum ada beberapa pertunangan yang terungkai di tengah jalan.
Kita doakan mereka berjumpa dengan jodoh yang lebih baik. Dan perpisahan yang diberi memberi motivasi untuk menjadi pasangan yang lebih baik amin.
Mereka juga seperti kita bertunang &  mengharapkan pengakhiran dengan pernikahan.
Namun Allah memberi yang sebaik-baik perancangan & penentuan pada kehidupan kita.
Jesteru itu kepada sesiapa yang menyarung cincin pertunangan di jari manis.
Banyakkan berdoa , supaya Allah memudahkan urusan anda ke fasa seterusnya.
Bulatkan tekad bersama menuju gerbang pernikahan.
Kurniakan ketabahan pada diri & pasangan dalam menempuh rintangan awal dalam  menghadapi konflik & perasaan tak keruan.
Jadilah tunang yang menjaga pergaulan, supaya kalau jodoh kita kuat bersama si dia . Kita meninggalkan sejarah pertunangan yang baik .
Seandainya kita bukan tertulis bersama si dia , kita juga telah sedaya berusaha menjadi tunang yang sehabis baik, merancang ke arah pernikahan namun sebaliknya yang terjadi.  Kita akan dikenang sebagai tunang yang baik tapi tiada jodoh buat kita dan dia.
Jangan sampai kita melakarkan sejarah pertunangan kita dengan sesuatu yang bakal mengaibkan diri kita walaupun kita comfirm kahwin dengan si dia.
Mengurangkan sedikit kekesalan kerana kita tidak berupaya menjaga diri bila kita menyarung cincin pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti.
Insyaallah saya & semua pembaca  doakan semoga pertunangan sedara, sahabat , sesiapa yang kita terlintas agar  berjaya di akhiri dengan gelaran raja sehari. Amin.

Iklan Sebentar

Mujahiddah Solehah

My photo

"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (Hadith sahih, riwayat Muslim)