Monday, June 27, 2011

Saya nak kahwin sebab nak jaga Hati @ ??????

Seminggu saya sepi dari dunia penulisan. Saya ditemukan pelbagai permasalah pra perkahwinan .

“ Akak, saya nak kahwin , nak jaga hati”.

 Ayat klise dari ramai muda mudi yang setuju 100 % memilih perkahwinan salah satu cara nak menjaga hati yang tak keruan diserang virus merah jambu = virus cinta

Tidak saya nafikan di awal perkahwinan memberi ketenangan hati seperti kita nantikan.

Namun bukanlah sepanjang perkahwinan kita  asyik sibuk menjaga hati sendiri.

Kita bakalan kecewa kerana skrip kehidupan bakalan berubah dan laluan semakin sukar sekiranya pemikiran kita tentang perkahwinan sampai setakat ini.

Ketahuilah adik - adik ku, dan semua pembaca yang saya kasihi.

Dalam perkahwinan kita lebih cenderung untuk menjaga hati-hati orang lain dari hati sendiri. Kerana medan perkahwinan medan yang bakal menjadi garisan awal untuk kesungguhan mendidik hati kita sendiri.

Soal hati akan tenggelam menggantikan soal diri, soal komunikasi, soal kewangan & permintaan suami isteri yang bertukar ganti kepada pembentukan keluarga sendiri yang mencabar dalam dunia globalisasi.

Soal hati tidak lagi mampu menjadi teraju utama menyejukkan diri lagi. Kadang-kadang soal hati inilah akan menguji kekuatan hati kita sendiri dalam menghadapi hari-hari selepas sah bergelar suami isteri.

Sebenarnya kahwin ker, tak kahwin ker, kahwin muda ke, kahwin tua ker, opps salah, kahwin waktu melepasi zaman muda ker, belum kahwin ke sudah kahwin ker?

Bukanlah suatu jaminan kita boleh lari dari masalah . Masalah hati,perasaan, tetap akan hadir mengikut tahap keimanan kita untuk diatasi, ditepisi dan diharungi.

Hidup zero problem boleh jumpa  dalam mimpi kot :)

Cuma sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran kita boleh mengawal bilangan masalah supaya tak membiak besar atau kita boleh mencari solusi yang hebat untuk menyelesaikan masalah.

Saya menginjak ke fasa pengakhiran umur 20 an jadi saya bukanlah lagi pasangan muda remaja lagi. Macam tak percaya pulak diri makin hari makin bertambah usianya. Ini pendapat saya sendiri yeah, Namanya blog peribadi. Tapi saya mengalu-alukan pandangan dan penambahan ilmu dari semua pembaca yang saya sayangi.

Saya berjumpa dengan mahasiswi & mahasiswa yang muda remaja yang menceritakan ketidaksabaran mereka untuk menjejaki pelamin dengan keghairahan berkata-kata.

Dengan promosi persiapan perkahwinan gilang gemilang, foto perkahwinan yang cantik dan perfect. Siapa saja melihat pasti teruja melangkah kaki ke jinjang pelamin seawal yang mungkin. Lupa terus matlamat mula-mula masuk universiti.

Ya , mungkin masa dulu saya pun salah seorang daripadanya. Melihat perkahwinan seperti melihat objek 2D ( 2 Dimensi ). Perkahwinan melalui ilusi, harapan & angan – angan yang tak kunjung padam.

Namun bila melangkah diri dalam perkahwinan , saya nampak keseluruhan perkahwinan macam objek 3 D( 3 Dimensi ) Lebih dekat, nyata & berhati-hati.

Melihat & menghadapi secara menyeluruh dari segala sudut . Lebih realiti &jauh dari pandangan ilusi yang tidak ubah seperti  melihat lautan biru yang tidak bertepi.

Langkahkan diri mengikut ketertiban perkahwinan itu sendiri.

Supaya dapat mengurangkan kontroversi, konflik di hati sendiri dan dalam perjalanan kita menjadi khalifah yang bertaqwa di muka bumi ini..

Ya, tiada perkahwinan yang akan didirikan tanpa ujian BERGETAR & meninggalkan kesan di hati.

Jesteru itu , tunaikan kewajipan yang penting berdekatan dengan kita sebelum kita beria-ria menyambut tugasan kewajipan baru tanpa kesiapan diri yang rapi.

Tergesa-gesa bukanlah sesuatu yang baik . Walaupun kita hendak melakukan perkara yang sangat baik.

Berkahwin semasa belajar. Silakan . Seandainya anda di sokong oleh keluarga sendiri ataupun anda percaya anda mampu lakukan dengan perancangan yang rapi dan PASTI.

Saya percaya ramai yang mampu meniti di bibir sendiri daripada alam realiti.

Perbelanjaan & persiapan sebelum perkahwinan kita saja membuat kita terlopong & mengira tak cukup jari.

Perbelanjaan selepas  perkahwinan lagi lah mencabar ekonomi si suami isteri .

Ramai yang mempunyai ilmu, skill komunikasi, kesabaran tapi kecundang pada bab ekonomi dalam kehidupan berumahtangga.

Ya, kita tidak boleh nafikan perancangan ekonomi dalam institusu kekeluargaan sangat penting.

Sama penting dengan komunikasi.

Bukan semua manusia mampu menggalas peranan full time dalam satu masa. Saya percaya ada yang boleh. Ini dinamakan manusia luar dari kebiasaan. Mungkin anda dari family yang stabil, boleh menyokong anda membantu anda dalam pelbagai situasi.

Jika anda seseorang yang sangat diharapkan membaiki keadaan keluarga yang sangat memerlukan pertolongan anda sebagai pengubah kehidupan ibu bapa & adik-adik yang kecil.

Sampai hatikah anda meninggalkan peranan anda pada keluarga sendiri yang sangat mengharapkan kita mengubah & membaiki tahap keluarga kita sendiri dengan kesibukan kita memiliki keluarga sendiri ?

Tanyalah pada diri anda sendiri ?

Saya tidak menyediakan apa jua jawapan di sini,

Semoga kita tidak meramaikan kemunculan watak Si Tanggang versi moden.

Kalau berkeyakinan dan berperancangan kahwinlah. Alhamdulillah anda bakal menjadi pasangan suami isteri muda yang berstrategi dalam pentarbiyah baitul muslim.Semoga Allah memudahkan perjalanan kehidupan yang seterusnya.

Semoga kehadiran kita sentiasa di hargai pada keluarga sendiri & keluarga baru nanti.

Islam sangat menganjurkan umatnya mengatur strategi dalam melalui kehidupan yang lebih baik.

Bukan menghadapi hidup dengan mengharapkan rezeki & kehidupan yang lebih baik tanpa apa jua strategi.

Perkahwinan sememangnya memerlukan LEBIH pantauan dari ALLAH, nasihat orang yang dipercayai imannya & soleh akhlaknya serta kesungguhan kita menjadi penghuni rumahtangga yang berilmu.

Kalau kehadiran di kelas banyak kosong dari bertanda.

Duit sendiri tidak tahu kemana pergi .

Ingin mencari syurga pada suami yang belum pasti sedangkan Allah yang sentiasa dekat di hati belum belum mampu anda rasai .

Jangan sesekali menjengah perkahwinan sedangkan menjadi anak yang soleh pada keluarga sendiri anda pun kurang pasti.

Ramai mak ayah yang masih membanting tulang di usia emas walaupun mempunyai ramai anak di sisi.

Kerana semua anak sibuk nak membentuk keluarga sendiri @ yang bakal menanti, daripada menolong keluarga yang sedia terjadi ( family sendiri sekarang ni )

Masuklah perkahwinan dengan sebuah perancangan dalam peta kehidupan  .

Perancangan yang rapi bukanlah tiket utama sesebuah kejayaan @ kebahagiaan dalam berumahtangga.

Namun Ia adalah sebuah permulaan yang serius dalam perjuangan yang bernama kehidupan.

Supaya kita tidak menjadi seorang ibu @ bapa yang meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada anak kita sendiri, sedangkan diri kita sendiri tak mampu jadi seperti apa yang di impi.

Layakkah kita menjadi IDOLA untuk anak sendiri ?

Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Sampai ke sudah tidak jadi-jadi

1 comment:

Anonymous said...

bagus sekali entry ini

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai