Monday, June 6, 2011

Nora Elena VS Nur Amina...

Dari novel Kasih Yang suci

Melihat lakonan suami isteri dalam cerita bersiri Nora Elena .

Ramai wanita yang belum menempuh bahtera perkahwinan lebih teruja daripada seorang isteri memasang cita-cita.

Mengharapkan akan dapat suami seperti itu .

Hensem +Kaya+Romantik+Berubah jadi baik selepas kahwin.

Tapi haruslah di ingat watak Seth Tan adalah watak wajib dalam novel ( bestseller ) yang boleh membuatkan ramai perempuan membina impian setinggi gunung kinabalu untuk memiliki lelaki jelmaan Seth menjadi suami.

Mungkin ada suami persis Seth tapi bilangannya bukan majoriti.

Cubalah lihat pasangan yang berkahwin di sekeliling dalam kehidupan realiti kita. MUNGKIN ada tapi boleh kira dengan jari jemari.

Hakikatnya suami seperti ini lebih banyak dijumpai dalam drama di tv berbanding di alam realiti.

Maafkan saya seandainya penulisan saya kali ini bakal menghentikan lamunan ramai pelajar sekolah wanita, mahasiswi, muslimah ,isteri-isteri dan semua di luar sana tentang suami idaman . ( jangan marah yer ).

Supaya anda ( yang sudah mempunyai kerjaya & harta ) tidak mengheretkan masa dan menunggu bertahun-tahun untuk memiliki suami yang sebegini.

Supaya anda tidak sempat mencipta ratusan gunung harapan dan beribu kisah cindralela dalam jiwa anda.

Dan sedih terhempap dengan kehancuran gunung harapan sendiri bila ada ketidaksempurnaan pada rumahtangga yang baru dibina.

Dan mengurangkan perasaan kecewa bila suami anda tidak sehebat Seth & Anda tidak sebertuah Nora.(selain tragedi hitam pada nora)

Supaya anda berada di alam yang nyata & memastikan anda berpijak di atas tanah yang rata.

Kisah kehidupan suami isteri yang menyentuh 19 juta hati manusia


Jom kita imbas pula watak Nur teraju utama  dalam drama & filem Nur kasih.

Saya percaya karekter watak Nur banyak dimiliki oleh ramai wanita & isteri di luar sana.( prasangka baik saya terhadap wanita masa kini )

Mempunyai perwatakan yang baik, menyenangkan namun mendapat suami yang mencabar & agak tidak sesuai dengan dirinya kalau difikirkan logik dengan akal kita yang rasanya perempuan baik . Off course akan dapat lelaki yang baik dan tak menyusahkan hidup.

Watak Adam lebih ramai wujud berbanding Nur di alam realiti. Berdasarkan pemerhatian & pandangan peribadi saya setakat ini ( saya bukan anti lelaki ya. ).

Kerana nak jadi orang baik dan bertahan baik sangat memerlukan pengorbanan & kesanggupan meredah ujian yang tak putus menyinggah pada diri.

Berbanding nak jadi jahat . Lebih mudah dan cepat tapi saham dosa mengiringi kita. 

Semoga kita sentiasa berdoa dan berusaha untuk bertahan dan memilih untuk jadi baik walaupun diri ditusuk ujian yang menyentap jiwa & raga.

Hakikatnya semua pasangan untuk isteri mahupun suami adalah baik untuk diri kita. Seandainya kita sentiasa mencari ruang kebaikan dan merasakan adanya Allah dalam perkahwinan kita sedekat-dekatnya. Insyaallah.

Kesabaran, Kesungguhan & penantian isteri seperti Nur tidak sia sia .

Kerana dalam perkahwinan Allah menilai setiap usaha kita, kesungguhan kita dalam membahagiakan dan mempertahankan rumahtangga. Walaupun belum pasti pengakhiran bahtera hingga ke mana layarnya.

Sesungguhnya kehidupan dalam perkahwinan mempunyai ratusan episod duka, lara , gembira dan nostalgia.

Menjadi baik sebagai pasangan adalah lebih baik daripada mengharapkan kebaikan dari pasangan yang belum tentu siapakah gerangan yang akan menghiasi bahtera rumahtangga kita.

Mengubah manusia bukan mudah. Hanya Allah yang mampu mengubah dan memberi hidayah pada sesiapa yang terpilih. Namun usaha dan doa kita untuk perubahan ke arah kebaikan pada insan yang terdekat sangat dipandang & bernilai dalam penghitungan amal & pahala.

Pada yang belum kahwin anda mempunyai masa untuk berdoa dapat lelaki yang terbaik dan bersiap sedia menjadi USTAZ / USTAZAH ( penuh ilmu, dekat dengan Allah & baik akhlaknya ) pada keluarga anda nanti .

Masukkanlah diri ke alam perkahwinan dengan iringan doa, ilmu, kesabaran & ketaqwaan anda.

Jangan fikir MUDAH dan cepat saja untuk berkahwin wahai pelajar di menara gading diluar sana.

Hakikat berumah tangga bukan seperti kronologi memiliki segulung ijazah.

Semoga ketenangan anda dari Allah memudahkan dan meredakan perjalanan perkahwinan yang bersimpang siur dengan permainan emosi, hati dan rohani

Menjadi orang yang tiada nilai dalam rumahtangga atau terlalu berhati –hati dalam menjejakkan diri dalam perkahwinan sehingga takut untuk berkahwin atau menjadi pasangan yang membahagiakan dalam perkahwinan. Semua pilihan di tangan anda.  PILIH , PRAKTIK & SABAR

Semoga Allah memberi yang terbaik pada semua pembaca . Menjadi INSAN dalam keluarga yang sedia ada.

Yang dah berkahwin macam saya teruskan berjuang menjadi isteri yang baik dan doakan kita semua menjadi ISTERI dan insan yang bertaqwa pada PENCIPTA kita.

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai