Saturday, June 11, 2011

Jangan Marah

baby pun tak comel bila ekspresi muka marah :(
Penulisan kali ini berorentasikan sikap manusia yang kian sukar dibendung atas permintaan seorang ukhti. Kerana peristiwa anak kecil dimarah teruk oleh petugas masjid atas kesalahan kecil. Tak patut bukan. Jom kita sampai habis pasal  Jangan marah ni. ( Jangan marah yer. )

Hidup dalam tekanan ataupun melakukan perkara yang menekan kita.

Mudahnya nak menjadi PEMARAH daripada orang yang selalu bertenang. Sedangkan marah ni meletihkan emosi dan membantutkan keriangan dalam kehidupan.

MARAH = meninggikan suara tanpa atau dengan keperluan yang nyata yang akan menyinggung perasaan sesiapa yang mendengarnya.

Ya. Marah perlu tatkala perkataan dalam nada biasa tidak lagi berfungsi pada orang kita memberi arahan.

Namun ketidak kawalan diri mengawal kemarahan akan mengeraskan hati yang sudah biasa terlibat dengan perbuatan marah ini sehinggakan marah terasa arahan biasa dan akan selalu digunakan tanpa sebarang kawalan.

Seorang sahabat berkata kepada Nabi Saw, "Ya Rasulullah, berpesanlah kepadaku." Nabi Saw berpesan, "Jangan suka marah (emosi)." Sahabat itu bertanya berulang-ulang dan Nabi Saw tetap berulang kali berpesan, "Jangan suka marah." ( HR. Bukhari )

Di sekolah, Guru sinonim dengan kemarahan atau bersuara kuat kerana situasi pelajar zaman sekarang hanya takut bila api kemarahan terpancar di wajah. Kalau tak, pastinya adegan kejar mengejar macam dalam filem hindustan terjadi hanya semata-mata  nak suruh pelajar siapkan folio .

Di hospital pula medan melihat suara-suara kemarahan nurse setelah penat melayani kerenah pesakit yang melebihi kadar biasa.

Makin tension la pesakit. Sudah lah sakit bertambah sakitlah bila dimarahi nurse bila selalu “ bila saya boleh keluar hospital ”.

Di rumah, Ibu mahupun Bapa memarahi anak sekadar menegur dan memberitahu perkara tersebut jangan didekati. Dan akhirnya keluarlah dialog penamat “ Sudah . Jangan nak melawan cakap emak. ”. Terpinga-pinga si anak dengan kesalahan yang dilakukan.

Pekerja Menjaga Tempat Awam , Pakcik & makcik yang menjaga kawasan Masjid yang selalu marah seandainya pengunjung tersalah letak kasut. Mahupun kanak-kanak bermain di kawasan solat. Berkuranganlahlah bilangan pengunjung imam muda & cilik nak memesrakan diri dengan rumah Allah.

Apa saya nak sampaikan disini bukanlah seorang itu tidak normal kalau marah.

CUMA kawal lah kemarahan sebelum jelas terpancar kebengisan di wajah sehinggakan semua kata-kata yang tersembur menjadi pedang yang menikam di hati pendengar yang dengar kemarahan kita.

Kalau orang Arab, Cina dan India mungkin perkara biasa bercakap kuat dalam perbualan mereka.

Tapi kalau orang Melayu memang keterlaluan la kalau asyik menjerit-jerit, bersuara kuat kalau tak kena tempatnya.

Ubahla suara kemarahan anda supaya anda tak dikelilingi syaitan sewaktu marah.

Lagipun selalunya kita marah pada orang yang sempurna ada telinga, mulut, hati dan faham bahasa kita kan. Jadi janganlah berlebih lebihan ataupun melampau batas.

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik. Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” ( HR Abu Dawud )

Marah lah dalam keadaan kita mampu beristighfar dan merasakan keberadaan Allah & malaikat di sisi kita. Itu lebih baik dan bermakna bagi semua. Bagi orang marah & yang kena marah.

Semoga kemarahan kita kemarahan yang menyelesaikan masalah bukanlah menambahkan masalah atau mencipta masalah atau merenggangkan silaturrahim yang sedia ada.

Supaya kita tidak menjadi fulltime anger dan terlibat dengan kejadian yang lebih teruk angkara permulaan sikap marah kita.

Rasullullah S.A.W adalah contoh terindah dalam mengawal kemarahan dalam setiap kesulitan yang melanda
DAN Kalau kita terlanjur juga marah. Buatlah happy ending sikit di hujung perbualan seperti

“ Saya bukan apa takut perkara macam ni terjadi lagi kalau tak cakap macam ni. Jangan ingat saya benci awak pulak ”

“ Cikgu marah sebab sayang kamu semua, lagipun kerja ni kena siapkan cepat kalau tidak kamu terbeban dengan kerja sekolah lain ”

“ cikgu marah sebab tak nak kamu semua terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat ” .

“ Maafkan mak & ayah. Kami marah sebab risau kan kamu semua, kalau kamu ada anak pasti kamu faham kenapa mak & ayah buat macam ni ”

“ Maaf abang, tadi saya penat so termarah la pulak, lepas ni saya cuba kawal ye ”

“ Adik jangan lari lari dalam masjid , Orang tengah solat nak jumpa Allah tak baik lari sana sini depan orang solat dengan isyarat tangan jangan ”

Ataupun paling tidak

“ Maafkan saya, andai ada yang terasa . Saya dah cuba sedaya upaya sampaikan dengan cara yang baik ”.

Penting meninggalkan kata-kata selepas marah dengan kesudahan yang lebih baik supaya kemarahan kita tidak menghasilkan kesimpulan yang buruk mahupun dendam kesumat pada yang mendengar sedangkan kita berniat baik namun cara ada yang tidak kena pada mereka.

“ rambut sama hitam tapi hati lain-lain”.

Renung-renungkan semoga kita dapat mengurangkan sikap kemarahan dalam diri sendiri.



No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai