Saturday, February 26, 2011

Facebook (Kemudahan yang memberi BENCANA HATI)

markzuckerberg

Facebook, Blog, Handphone & seumpama dengannya adalah bentuk-bentuk kemudahan yang di ciptakan oleh manusia untuk mengindahkan kehidupan di abad ini. Namun kecanggihan teknologi banyak meragut nilai-nilai murni dan kesedaran sivik pengguna. Ada juga yang memilih ini sebagai ruang berdakwah kepada manusia lain , meluaskan hubungan, merapatkan ukhwah yang jauh dan berkasih sayang sesama manusia. ALHAMDULILLAH.

Disebalik kebaikan dan keburukan. Teknologi ini adakalanya membunuh fitrah manusia, kerana adanya ruang syaitan untuk menyelinap di hati membakar-bakar emosi untuk di rai apa yang tersirat di hati. Medan berkomunikasi tanpa batasan menjadi medan tinju perbalahan dan perdebatan. Pelajar bawah umur lebih dewasa dalam bab “ relationship”. Dan yang paling sedih banyak kebaikan hancur di sebalik pertunjukan di kalangan remaja.

Lihat-lihatlah dialog pelajar perempuan yang membungakan nafsu cinta kepada pasangannya tatkala usia belum mencecah 12 tahun. ( lainla kalau dah kawin )

“ I sayang Bb”

“ Rindu sangat Mmmmmmuah”.

“ I love U & miss u So Much”

Dialog dialog ini tidak berhenti di sini. Di hiasi dengan pameran kemesraan yang diterjemahkan dalam gambar intim berdua yang menjadi saksi percintaan mereka untuk dikongsi bersama.

Tak kurang juga yang menjadikan ia sebagai pertunjukan tinju ala moden dengan pukulan pukulan kata sinis yang berbalas balas dan boleh membulatkan mata sang pembacanya. Astaghfirullahhazim

“ Aq benci giler ko!”

“ Wei Aq lagi xsuke Ko !”

" ingat Ko Budget Bagus "

Ishk .. ishk jangan bergaduh yer.. Balasla kejahatan dengan kebaikan mengikut kemampuan... dan Bersabarlah dengan kejahatan yang diberikan .
Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar.

Selain itu ada juga yang menjadi model-model yang tidak dibayar oleh mana-mana syarikat modeling . Menjadi model pada photographer tidak bertauliah untuk memberikan aksi-aksi istimewa untuk paparan umum.

Pelbagai aksi aksi manja, cantik, seksi dan senyuman menggoda dari pelbagai sudut diuploadkan tanpa sekelumit perasaan. Rasanya kalau ditonton pada keluarga mesti ada yang mengucap panjang.

Semua ini tak mungkin terjadi kalau iman mendahului emosi. Ya, tanpa pengawasan ibu bapa juga , kalian sewenang-wenangnya menekan keyboard tanpa berfikir akan membawa imej keluarga dan agama bersama. Namun segala-galanya bermula dari hati sendiri.

Wahai anak muridku sekalian.. Berhati-hatilah dengan kemudahan yang ada. Manfaatkanlah kebaikan di ruang maya supaya dapat memberikan kebaikan berterusancpada dirimu dan pada pembaca. Hiasilah akhlak mu dengan perasaan malu untuk memelihara tingkah lakumu mahupun auratmu.

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]

Semua pelajar lelaki dan perempuan. Kelas Aliran Agama ( KAA) mahupun ( KAB )
 Ayuh! Sama-sama manfaatkan kemudahan ke arah yang lebih baik demi maruah agama dan keluarga, Ke arah menjadi mukmin yang berjaya!

Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya”
 [al-Mu'minun 23: 1-3]

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai