Saturday, February 26, 2011

Facebook (Kemudahan yang memberi BENCANA HATI)

markzuckerberg

Facebook, Blog, Handphone & seumpama dengannya adalah bentuk-bentuk kemudahan yang di ciptakan oleh manusia untuk mengindahkan kehidupan di abad ini. Namun kecanggihan teknologi banyak meragut nilai-nilai murni dan kesedaran sivik pengguna. Ada juga yang memilih ini sebagai ruang berdakwah kepada manusia lain , meluaskan hubungan, merapatkan ukhwah yang jauh dan berkasih sayang sesama manusia. ALHAMDULILLAH.

Disebalik kebaikan dan keburukan. Teknologi ini adakalanya membunuh fitrah manusia, kerana adanya ruang syaitan untuk menyelinap di hati membakar-bakar emosi untuk di rai apa yang tersirat di hati. Medan berkomunikasi tanpa batasan menjadi medan tinju perbalahan dan perdebatan. Pelajar bawah umur lebih dewasa dalam bab “ relationship”. Dan yang paling sedih banyak kebaikan hancur di sebalik pertunjukan di kalangan remaja.

Lihat-lihatlah dialog pelajar perempuan yang membungakan nafsu cinta kepada pasangannya tatkala usia belum mencecah 12 tahun. ( lainla kalau dah kawin )

“ I sayang Bb”

“ Rindu sangat Mmmmmmuah”.

“ I love U & miss u So Much”

Dialog dialog ini tidak berhenti di sini. Di hiasi dengan pameran kemesraan yang diterjemahkan dalam gambar intim berdua yang menjadi saksi percintaan mereka untuk dikongsi bersama.

Tak kurang juga yang menjadikan ia sebagai pertunjukan tinju ala moden dengan pukulan pukulan kata sinis yang berbalas balas dan boleh membulatkan mata sang pembacanya. Astaghfirullahhazim

“ Aq benci giler ko!”

“ Wei Aq lagi xsuke Ko !”

" ingat Ko Budget Bagus "

Ishk .. ishk jangan bergaduh yer.. Balasla kejahatan dengan kebaikan mengikut kemampuan... dan Bersabarlah dengan kejahatan yang diberikan .
Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar.

Selain itu ada juga yang menjadi model-model yang tidak dibayar oleh mana-mana syarikat modeling . Menjadi model pada photographer tidak bertauliah untuk memberikan aksi-aksi istimewa untuk paparan umum.

Pelbagai aksi aksi manja, cantik, seksi dan senyuman menggoda dari pelbagai sudut diuploadkan tanpa sekelumit perasaan. Rasanya kalau ditonton pada keluarga mesti ada yang mengucap panjang.

Semua ini tak mungkin terjadi kalau iman mendahului emosi. Ya, tanpa pengawasan ibu bapa juga , kalian sewenang-wenangnya menekan keyboard tanpa berfikir akan membawa imej keluarga dan agama bersama. Namun segala-galanya bermula dari hati sendiri.

Wahai anak muridku sekalian.. Berhati-hatilah dengan kemudahan yang ada. Manfaatkanlah kebaikan di ruang maya supaya dapat memberikan kebaikan berterusancpada dirimu dan pada pembaca. Hiasilah akhlak mu dengan perasaan malu untuk memelihara tingkah lakumu mahupun auratmu.

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]

Semua pelajar lelaki dan perempuan. Kelas Aliran Agama ( KAA) mahupun ( KAB )
 Ayuh! Sama-sama manfaatkan kemudahan ke arah yang lebih baik demi maruah agama dan keluarga, Ke arah menjadi mukmin yang berjaya!

Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya”
 [al-Mu'minun 23: 1-3]

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani

Saturday, February 19, 2011

Nilai sesuatu di mata kita.

Macamana kita menghargai sesuatu di mata kita? Menyayangi, mengguna semaksimum yang mungkin atau memelihara kecantikan dan kebaikannya ataupun berbuat sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan. Macammana pula persepsi tindakan terhadap perkara hatta kepada sesuatu yang kita sayang. Mari kita check sama-sama nilai sesuatu di mata kita..

Apabila kita menerima duit. Perkara yang best sekali di dunia ni. Apakah kita akan berhati hati menggunakannya ? ataupun kita terus membelanjakannya tanpa sebarang perasaan kerana setiap bulan kita menerimanya setelah bekerja dan menunggu tarikh tertentu. Ataupun yang tak bekerja menunggu dari suami tersayang atau ibu bapa kita menggunakannya sepertimana ia dah diguna oleh bulan bulan yang lalu..

Apabila kita mempunyai masa. Adakah kita rancang hari ini nak buat apa? Masak apa? Tengok tv drama apa? belajar subjek apa? Ataupun kita mengira amal apa yang dah kita buat ataupun sebaliknya. Kita ada jadual masa study atau jadual kerja kat umah ataupun kita biarkan masa berlalu tanpa berkata-kata. Dan kita biarkan, biarlakan labu terjun bersama luncainya. Pelajar asrama ! Bila berada di asrama. Hidup sangat teratur kerana masa dipenuhkan dengan aktiviti . Namun bila sampai di rumah . Mata pun mula terasa berat. Malam lebih dinikmati berbanding siang hari dengan alasan kat asrama tak cukup tidur. Betul ker? Saya tidak ada pengalaman tinggal di asrama sekolah. Ini berdasarkan pengalaman dari pelajar asrama sendiri bila ditanya.

Apabila kita di sayangi dan mempunyai orang yang tersayang. Hmm. Saya percaya semua orang ada insan yang disayangi dan pasti ada yang menyayangi. Apabila kita di sayangi pasti ada juga yang menyayangi. Tak gitu.  Ha, Apa yang kita buat bersama dia. Ini khas untuk suami isteri dan anak-anak kepada ibu bapa sahaja. Perkara apa yang dah kita buat hari ni untuk dia . Macamna pulak untuk yang tersangat menyayangi kita tanpa syarat yakni Allah s.w.t. dan Rasul ? Apa yang dah kita buat untuk menunjukkan kita pun amat amat menyayangi dan diberi perhatian nati kelak di Padang Masyar?  Agak agak ada tak? Ke ada sikit ataupun banyak sangat. Sama-sama kita perbaiki amal kita yer.

Saya percaya semua ada jawapan tersendiri dalam setiap persoalan. Alhamdulillah. Kepada yang mencari duit. Saya percaya semua mempunyai agenda kewangan tersendiri. Namun kepada yang menerima duit sesenang menerima ptptn. Awas! Anda adalah golongan yang kurang cermat menerima tanpa keringat ni akan terperangkap dengan kemudahan yang diberikan. Hanya orang yang berusaha keras dan mencari duit yang lebih tahu dan berperasaan tentang nilai duit. Lihat la orang bekerja keras di luar sana yang mencari duit. Rasanya tak sanggup nak berbelanja sakan tanpa perasaan. Contohnya orang yang susah macam warga asing yang berjuang datang sini . Bergadai nyawa ke memanjat bangunan tinggi, menyapu sampah bertingkat-tingkat bangunan . Rasanya diorang lagi berjimat cermat dari pelajar yang selalu dapat wang saku yang tetap setiap minggu. Siap minta lebih lagi kalau tak cukup kat mak ayah sebab banyak sangat benda dia nak beli nanti. Tak cukup dengan duit yang selalu dapat. Yang dapat Ptptn . Ha macamna plak. Tak rasa bersalah gunakan untuk kepentingan lain. Sebab tak disoal oleh sesiapa macam dapat biasiswa kat sekolah. Jangan tunggu sampai time dah kerja kena bayar balik barula rasa menyesal.. dan pada masa itu , dah terlewat dah! Bab duit ni sensitive sikit. Saya pun dari hari ke hari cuba belajar menguruskan duit dengan lebih efficien. Azam baru ni nak berbelanja dengan berhemah dan hikmah.

Penyelesaian tentang masa . Rasanya orang yang terlalu sibuk yang lebih kenal erti masa dan kualiti masa. Ramai orang yang berjaya sebab pandai menjaga dan menggunakan masa. Saya memberikan contoh sahabat – sahabat saya ditempat kerja. Sebab dekat dengan kehidupan saya. Dunia pekerjaan mempunyai masa yang tetap tanpa kompromi dalam kehidupan seharian. Mereka ( cikgu yang bekeluarga dan sangat rajin ) sangat mengkualitikan masa yang ada dengan perkara perkara yang sesuai. Walaupun sekejap cuma. Di dalam kereta , di dapur selagi ada ruang untuk mereka bersama suami dan anak-anak berkomunikasi mereka akan gunakan semaksima mungkin. Bertanya khabar, memberi pesanan yang baik pada suami dan anak-anak. Dan yang paling best kalau diberikan kerja. Mereka la yang cepat siap . Walaupun ada kerja di rumah dan melayan kerenah ahli keluarga. Sempat lagi masak yang sedap sedap dan bertukar resepi untuk masak nati kat rumah untuk keluarga. Hmm rasa macam mustahil tapi itulah kenyataannya. Berbanding pula dengan yang mempunyai 24 jam di rumah. ( ni golongan yang tak menghargai masa sahaja , lelaki mahupun wanita )Walaupun masa anda tak diambil oleh dunia pekerjaan secara tetap. Namun masa anda lebih banyak diragut oleh kelekaan dan kelebihan masa yang dirasakan akan sentiasa ada. Nak menegur atau bersembang asyik mencari mood dan kesesuaian sampai lama-lama terlupa macam tu sahaja. Kerana merasakan segala-galanya di tangan anda. Bertangguh perkara biasa kerana setiap hari sama agenda sama suasana. Nak makan pukul berapa? nak tido pukul berapa? Nak main fb atau tonton tv berapa lama? Semua terpulang pada anda. Tapi saya akui terdapat juga segelintir yang mempunyai kerjaya sendiri di rumah mempunyai lebih masa sangat consistent hidup dia persis orang bekerja dengan jadual kerja yang tetap di pejabat. Tahniah saya ucapkan pada anda

Untuk yang tersayang pula, apa yang telah anda dah lakukan kepada orang yang anda sayangi. Perlu diingatkan soalan ini ditujukan kepada pasangan suami isteri dan anak kepada ibu bapa SAHAJA. ( takut ada yang salah faham ). Manfaatkan teknologi yang sedia ada. Tak guna kalau ada telefon canggih kalau tak pandai gunakannya. Berikan sepotong sms kalau sayang kredit ataupun tak ada masa nak telefon . Lebih baik telefonla ibu bapa walaupun sekejap . Tanya khabar, sampaikan pesanan ringkas. Kalau bercuti panjang jangan lupa ziarah mereka, sedara mara mahupun sahabat yang memerlukan. Pada yang dah berkahwin. Hmm saya selalu dinasihatkan oleh ummu abdullah ‘ do a little thing’ pada yang tersayang…. Sepotong ayat sms amatla bermakna sewaktu semua asyik memikirkan kerja ataupun perkara-perkara berat yang meruntunkan kemesraan dalam perhubungan. Dan jangan lupa sentiasa menyampaikan salam pada saudara dan menguntumkan senyuman sokmo. Teringat sepotong hadis shahih  “ Janganlah memandang remeh tentang kebaikan kecil sekalipun sekadar memaniskan muka / menyerikan muka pada saudara”.

Dan yang paling PENTING hidup di dunia sebagai KHALIFAH. Jangan lupa beramal di sebalik perkara-perkara duniawi. Supaya Kita bernilai di sisi Allah kelak. Belajar , bekerja , belajar dan terus belajar . jadilah insan yang mempunyai nilai tinggi untuk perkara yang bernilai sebelum kita dinilai nanti! Insyaallah anda mampu mengubahnya dengan izin Allah dan usaha diri sendiri.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai