Monday, December 13, 2010

Surat untuk adik-adikku....

Di sebalik saya meneruskan aktiviti membongkar laptop  lama saya sebelum beralih ke laptop baru saya temui satu penulisan yang agak lama tersembunyi di sebalik kesibukan saya satu  ketika dulu sehingga tak sempat dipublishkan. Kata-kata terakhir pada adik sehalaqah intec sebelum mereka terbang meneruskan penggembaraan mereka dalam mencari ilmu yang akan dinokhtahkan sebagai cita-cita.                                            

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Syukur ke atas segala kenikmatan yang diberikan dari Nya kepada diri ini yang sentiasa di uji dengan ujian yang insyaallah ku pohonkan agar ia dapat menambahkan kecintaan ku kepada DiriMu Ya Rabbi. Tuhan yang menjadikan langit dan bumi yang menukarkan malam kepada siang dan yang memberikan kesempatan diri ini bernafas dan menaip untuk kali ini. Subhanallah, alhamdulillah,walailahaillallah,wallahuakhbar. Segala Hanya puji Bagi Allah. Tuhan Semesta Alam
       Alhamdulilllah tidak terlewat rasanya diri ini mengucapkan tahniah kepada adikku yang menjadi permata hati semasa keberadaan aku di Akasia. Sa'a. Syaz, Dila, Aimi, Khadija, Sue, Izzati, Syida . tak lupa juga pada ieka dan nabila. Wahai adik- adikku. Walau apa pun keputusan yang diterima . Itulah manifesto yang tercatat sejajar dengan kesungguhan, usaha dan yang pastinya segala-galanya terjadi dengan izin Allah. Perjalanan hidup adik-adikku tidak terhenti di situ, selepas ini pasti ujian –ujian yang lebih hebat akan menyusur sesuai dan berpadanan dengan keimanan masing-masing. Semoga adik-adik sentiasa dalam keadaan bersedia, dalam erti kata lain siapsiaga . Semoga Ukhwah kita akan terus dipanjangkan berteraskan dakwah. Semoga kita saling mencintai keranaNya.. Dan semoga kita pasti akan bertemu lagi . InsyaAllah.
       Wahai Adikku, rancanglah dan usahakan lah kehidupan kita sehabis baik, Kita hanya Merancang Dia Yang menentukan sesungguhnya Allah Sebaik-baik Pengatur. Orang yang berjaya adalah orang yang berstrategi dan merancang sebagaimana Rasululullah dan para sahabat yang mengatur perjalanan dakwah mereka sehingga menukarkan zaman zahiliyah kepada Zaman yang bertamadun yang disinari dengan pancaran cahaya sinaran agama sebagai tonggak pentadbiran. MasyaAllah. Masih ingatkah peta kehidupan yang adik-adik lakarkan sedikit masa dahulu . Semaklah kembali. Selepas ini adik-adik akan mengorak selangkah lagi meninggalkan zaman di Akasia .  Dalam surah Arr- Radd Allah berfirman; Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. Jadi sama-samalah kita mengatur dan merancang kehidupan dengan sehabis baik. Do the best let Allah do the rest. Manusia tak pernah merancang untuk gagal, namun manusia yang gagal adalah manusia yang tidak merancang.
       Adik-adikku, Walaupun kita berjauhan, semoga kerinduan dan ingatan kita kepada satu sama lain diiringi dengan doa yang baik-baik. Iman pasti ada surut dan naik. Iman tidak bersifat statik dan kekal maintain. Jadi sama-samalah kita doakan semoga kita semua dalam keadaan yang baik dan memiliki keimanan yang mantap biarpun kita mahupun saudara kita yang lain diasak dengan ujian yang tidak kenal erti henti. Adikku, segala memori yang kita cipta bersama menjadi suatu kenangan yang terindah, perkongsian tentang kehidupan dan kematian, perkongsian tentang insan-insan yang hebat yang menjadi penghuni syurga, Rasanya seperti baru sebentar kita melayari kemanisan dalam tarbiyah namun perpisahan jua yang diberikan . Alhamdulillah itulah yang terbaik bagi kita olehNya.InsyaAllah,
        Maafkan diri kakak ayu yang seandainya ada kesalahan dan kesilapan dari segi perbuatan dan kata-kata, halalkan segala makan dan minum. Maafkanla diatas segala-galanya. Sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang lemah dan banyak melakukan dosa, Astaghfirullahalazim. Doakan diri ini menjadi mujahiddah solehah yang mantap sebagaimana yang tertera pada nama blog ini. Doakan diri ini dapat menjaga izzah muslimah. Insyaallah.
        Wahai adikku, kerinduan pada mu amatlah menebal namun diri ini hanya mampu berdoa dan menghantar sms, diri ini sedih kerana tidak memberikan perhatian yang penuh pada kalian sewaktu kita tinggal bersama di Akasia. Maafkan diri ini kerana kesibukan dan kealpaan diri ini dengan tugasan di dunia yang tiada kesudahan.
        Adik- adikku yang baik pekertinya, didoakan terpelihara akhlaknya, imannya jauh lebih baik dari diri ini, sesesungguhnya walaupun persaudaraan kita hanya berlandaskan agama. Ketahuilah adik-adikku diri ini menyayangi diri mu sebagaimana adikku sendiri. Semoga kita saling cinta, mencintai, dan saling nasihat menasihati . Insyaallah

No comments:

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai