Tuesday, December 14, 2010

Mengejar Pernikahan




     Sengaja saya letakkan tajuk ini supaya lebih terang lagi bersuluh makna tersirat. Kutujukan khas pada saudara, sepupu, sahabat dan pembaca di luar sana yang sedang berjuang mengejar perkahwinan. Dengan erti kata lain yang ingin mengakhiri zaman bujang. Saya sentiasa memohon kekuatan dari Ya Rahman untuk bertahan & memohon di beri masa untuk menghiasi rumah tangga dengan cahaya cinta sebelum bertemu pencipta. Saya cuma sekadar memberi pandangan, luahan & juga sedikit nasihat. Sebagai tanda kasih , sayang sesama saudara. Ahlan Wasahlan. Ramaikan ahli kelab pernikahan. Pernikahan yang mampu yang menitiskan air mata syaitan. Semoga niat suci anda diredhai dan diberkati. Amin

   Bermula dengan niat, kita pasti teruja dengan ujian yang diberi. Alhamdulillah kerana memiliki rasa & berniat perkara yang baik. Supaya dapat mengasah kemampuan diri dan melengkapkan fitrah naluri yang ingin dicintai dan disayangi di medan yang sebenar. Memasuki arena rumahtangga &Mengiktiraf hidup ke arah yang lebih mulia. Niat yang baik mampu memberi permulaan yang bagus. Namun niat yang baik sahaja tidak menjanjikan kesudahan yang baik seandainya di pertengahan kita cemari dengan tindakan susulan yang tidak naik di mata Pemilik semesta. Semoga kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah. Kerana Dialah Yang Mengetahui segala-galanya.

   Pemilihan calon & cara berhubung juga di ambil kira. Bukan mudah untuk menjaga hubungan yang dilarang keras oleh sisi agama. Memilih calon suami atas dasar apa? Rupa, gaya, harta atau kerjaya semata-mata. Atau pemilihan agama menjadi tonggak utama. Tepuk dada tanya iman di dada, jangan di tanya selera. Selera pastinya selaras dengan nafsu yang membara seiring dengan cinta yang mekar di jiwa. Kerana dia adalah empunya yang akan menjadi ibu / bapa kepada waris kita, pendukung agama. Memilih seseorang yang Beragama namun tidak mengenal siapa Tuhannya. Mampukah dia bertakhta di alam rumah tangga dengan gelora badai yang akan melanda. Namun segala-galanya lebih kepada diri kita. Kepada sesiapa yang ingin berkahwin siapkan diri anda, Solehkan diri anda sebelum mencari jodoh yang soleh / solehah. Teropong iman anda sebelum cuba meneropong iman pasangan anda. Insyaallah Allah akan bagi pasangan yang terbaik berpadanan dengan kadaran iman kita.

   Tiada manusia yang sempurna, itulah kekurangan pemilik hati yang bernama manusia. Namun masing-masing diberi masa, peluang pemilihan mengikut kemahuan bukan? Jadi pilihlah yang beragama & menunjukkan ciri –ciri kearah kebaikan. Lebihkan membuat pilihan menerusi luahan di dalam doa. Kerana Allah Pemilih terhebat lagi tepat. Sedarlah, Setiap manusia diberi masa & peluang yang sama untuk menceburkan diri kearah kebaikan. Fitrah manusia dekat dengan kebaikan namun seandainya kita hidup bertuankan nafsu, bertemankan keinginan ditambah pula dengan hasutan syaitan maka pincanglah suasana kehidupan. Disinilah ramai pejuang gugur sebelum pertandingan iman.

   Seandainya sudah mempunyai calon yang sesuai bersegeralah anda mengakhirinya. Rajinkan diri sujud & doa. Hiasi hari –hari anda dengan solat hajat, solat istikharah selain minta pendapat orang-orang yang dipercayai imannya. Teruskan meminta -minta Pada Allah sepenuh jiwa supaya ditenangkan hati membuat pilihan, membulatkan tekad. Jangan berpandukan kehendak kita semata-mata kerana orang yang bercinta sering kali dikaitkan dengan buta.. Buta melihat kebenaran, kerana anak mata telah diselaputi cinta, & mabuk asmara oleh syaitan . Segalanya Serba indah dicantikkan oleh touch up make up syaitan laknatullah. Seandainya anda hiasi mata anda dengan cahaya keimanan insyallah, pasti dapat mengatasi rasa & tindakan yang tidak sepatutnya. Cubalah jaga perhubungan, menahan diri dari terus memancarkan cahaya cinta. Menterjemahkan rasa kasih & cinta melalui perbuatan & ayat-ayat cinta. Jangan buat seperti dunia ini milik anda berdua selama-lamanya. Halal bagi penghuni hati istana cinta, namun haram disisi Dia. Enak yang dirasa namun sekejap cuma. Menyesal selamanya.

   Permulaan yang baik belum menjanjikan kesudahan yang baik. Segala-galanya Kuasa Allah Taala. Apatah lagi permulaan yang tidak baik. Fikirkanlah! wahai pemuda pemudi di luar sana. Janganlah menjadi mangsa cinta. Menyerahkan segala-galanya sebelum pernikahan menjelma, dan akhirnya dia meninggalkan kita tanpa sebarang bicara. Kalau mampu ke gerbang pernikahan . Alahai, segala rahsia diri & sesuatu yang teristimewa menjadi tidak seistimewa mana, kerana sudah di dedahkan sebelum masanya.

   Ketahuilah wahai para wanita diluar sana makhluk yang bernama lelaki , seorang yang mementingkan kualiti dari kuantiti ,perhatikan dari sekecil kecil barang ke sebesar besarnya, kualiti menjadi pilihan & citarasa mereka. Berjenama, sempurna di pandangan mata, tahan lasak dan tahan lama. Nah ! ini pilihan barang. Kalau pilihan isteri, takkan memilih begitu saja, untuk setia ke hujung nyawa, memadu cinta dan berkongsi rasa. Fikir-fikirkan la! Pernah satu ketika ada perempuan menelefon sahabatnya yang sudah berkahwin , dia menangis di tinggalkan kekasih hati, bila sudah berpisah baru dia tiba-tiba sibuk menerangkan perancangan kawin yang dia impikan. Kebetulan sahabatnya bersama suaminya berada dalam kereta. Sebaik selesai memujuk dia, Suaminya berkata," kalau i pun fikir dua kali,nak buat isteri". Sahabat tersebut kehairanan. " kenapa? kan diorang lama bercinta, saling mengenali, ibu bapa 'meredhai' pasangan yang dicari. Macam-macam persoalan berlegar di kepala. Suaminya pun  melirik mata pada isterinya "mestilah nak buat bini, ingat senang laki nak buat keputusan kawin, " dia menambah lagi "bukan dengan semua perempuan lelaki boleh memutuskan keputusan nak kawin tau ". Saya pun berfikir sejenak. Ada kebenaran terselit pada kenyataan yang diberikan. tak semua lelaki mampu dan berani memilih keputusan berkahwin dari membiarkan diri menjadi mangsa cinta. Kerana selepas berkahwin cinta & tanggungjawab dipikul seiring bersama.

   Jadi, Elakkan diri menjadi mangsa cinta kerana mangsa cinta akan bertukar menjadi Sampah Cinta ! sampah yang menghasilkan bau yang tidak enak .. Dan bau itu akan terpalit pada diri selama-lamanya seandainya anda tidak basuh dengan pencuci Taubat Nasuha.. Jadi peliharalah perhubungan..Kurangkan pertemuan & perbualan yang tidak diperlukan supaya lebih terpelihara hatinya. Insyaallah jika tertulis jodoh diantara yang membaca dan dia, pasti hari bahagia menjelma tiba. Ingatlah Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik ( semak surah An nur ayat 26 ) sebagai rujukan

    Ramai yang gagal mengemudi cinta pertama ke gerbang pernikahan . Kerana cinta yang didirikan berdasarkan keinginan dan rasa tanpa matlamat pernikahan pasti kecundang di pertengahan. Kehadiran dia tertulis sebagai ujian pada kita, Hadirnya sebagai persinggahan cuma .Namun rugilah kita berlebih lebihan mentafsirkan cinta, berabis dengan cinta pertama atau cinta monyet yang masih samar dan kabur dek awan yang tebal. Rugi perasaan, airmata, masa dan wang yang dilaburkan dalam pasaran saham cinta yang tidak sepatutnya. Rugi melebihi keuntungan semasa.

   Carilah pasangan yang tidak menghalang perjalanan cinta anda pada Allah, meyemarakkan kehidupan anda dari gelap kepada cahaya takwa.. Mampu bergandingan dengan anda, Bertatih –tatih bersama anda mencari cinta mengenal Tuhan dan kekasihNya. Dan mampu memakaikan pakaian takwa pada kita. Pastinya kita tidak mampu memastikan adakah si dia layak untuk kita. Insyaallah serahkan pada yang Maha Kuasa . Kerana Dia yang mengetahui segala galanya dan sentiasa memberi yang terbaik pada kita. Dan kita, cubalah jadi pasangan yang baik. Insyaallah seseorang yang dekat dengan Allah adalah seorang yang meletakkan dirinya menjadi seorang yang berharga dan sentiasa dihargai kelak. Jadikan diri kita sebagai seseorang yang berharga. Jangan jadi Murah tidak kena gaya ( tindakan tidak sepatutnya pada pasangan sebelum kawin ) Kerana yang murah , senang didapati, tidak tahan lama dan pengiktirafannya tidak gah seperti yang berharga. Harapan pada pernikahan sudah tentunya indah- indah belaka. Doakan yang terbaik ya!

   Hargailah & siapkan diri anda dengan bekalan ilmu secukupnya semoga lebih bersedia dengan ujian yang tersusun menanti tiba. Pohonla kekuatan dari Yang Maha Esa. Semoga perjalanan anda mendekati pernikahan di permudahkan dan di percepatkan amin. Dan hadapi proses kearah perkahwinan dengan sebaik-baiknya. Tiket Pertunangan bukan tiket kebebasan sebelum waktunya.
Jadi awas, berjaga-jaga. Jangan sampai dipercepatkan tarikh nikahnya. Kawallah perbelanjaan dengan bijaksana supaya terancang dan tidak memening  kepala selepas berumahtangga. Elakkan pembaziran, hadkan keinginan, highlightkan keutamaan.

   Jadikan Perkahwinan sebagai medan pahala supaya tidak kita mengabdikan kehidupan rumahtangga sebagai pusara cinta. Jadikan Syariat Allah panduan segala-galanya. Insyaallah hidup tenang sentiasa walau diasak dengan ujian pancaroba. Semoga cinta ke arah perkahwinan ini meluncur laju & menjadi jambatan ke destinasi syurga yang abadi. Amin





1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai