Friday, December 17, 2010

Hamba cinta

Jangan Jadi B_d_H Hanya Kerana Cinta Kepada Manusia!
Dipetik dari blog terdahulu www.mujahiddahsolehah.blogdrive.com.



Ayat yang agak keterluan bagi sesiapa yang membacanya. Tapi sekadar peringatan bersama, juga pada diri saya yang menaip, teman-teman yang sentiasa saya doakan kesejahteraan mereka dan sesiapa saja yang singgah di blog ini. Saya juga pernah menitiskan airmata kerana panahan cinta kepada manusia, apatah lagi menghadapi perpisahan yang nyata. Saya kira ramai yang mengalami benda yang sama jesteru itu, saya taipkan bait-bait ayat dan susunan kata supaya kita dapat berfikir dan sama-sama renungkan!

Aduhai kita , dengan kesingkatan masa dan waktu yang kita lalui alangkah ruginya jika kita masih menangis dan merintih, hanya kerana manusia yang lain,

Aduhai kita, apala erti menangisi pemergian orang yang kita sayangi. Terimala hakikat, pasti kita cuba sedaya upaya untuk tidak merelakan pemergiannya namun, Lupakah kita padaNya. Pada Qada dan Qadar yang tertulis sejak azali. Ingatlah sesungguhnya Allah bagi yang terbaik buat kita, Walaupun kita rasakan ia bukan yang terbaik. Tidakkah kita berdoa yang baik2 selepas solat .( itupun kalau yang solat ) Pada yang tidak. Kembalilah tegakkan tiang agama sujud padaNya.. Jadi hentikan pertikaian tentang apa yang terjadi pada Kita. Dia maha mengetahui, Dialah Hakim Yang Terbaik .

Aduhai kita, Apakah hidup hanya untuk manusia lain saja, tidakkah sudah terang lagi bersuluh dengan panduan yang ditinggalkan buat kita, kenapa mesti meraba-meraba, terkapai kapai pada waktu siang hari. Kenapa kita menepikan pencipta kita dan kekasihNya. Manfaatkan apa yang ada Al quran dan sunnah

Aduhai kita, dengan kekurangan dan kelemahan sebagai hambaNya, adalah perkara yang biasa kita melakukan kesilapan, Namun adalah perkara yang luar biasa jika kita sentiasa melakukan kesilapan yang sama dan tempat yang sama. Aduhai. Sama-samala kita bertaubat dan berdoa agar tidak melakukannya lagi kesalahan kita

Aduhai kita, berbaloikah kita menzalimi diri kita, setia pada yang curang, memberi pada yang sudah ada dan tak menghargai, menjual pada yang tidak mampu. Patutkah kita? Pasti Rasulullah sedih melihat umatnya yang murah dengan airmata hanya kerna cinta sesama manusia, gagal dalam ujian cinta, gagal dalam aturan dunia, kalah dengan mainan jiwa, tewas pada gelanggang jihad dan gagal tanpa bertanding dalam arena dakwah.

Aduhai Kita, Hargailah apa yang ada, setialah pada Dia, berkasih sayang sesama kita dengan orang sepatutnya , memberilah pada yang meminta dan layak menerima, berjuallah pada yang mampu sahaja dan letakkanlah Sesuatu di tempatnya.

Aduhai kita, Sanggupkah kita menonton kembali lakonan kita di dunia tatkala kita semua dihadapkan bertemu penciptaNya. Sanggupkah kita mendengar sendiri seluruh anggota dan pancaindera memberi laporan lengkap tentang keburukan tuannya menyalahgunakan pinjaman yang diberi.

Aduhai kita, sedarkan kita hanya peminjam, segalanya pada kita adalah pinjaman, yang akan dipulangkan pada penciptaNya tika saatnya kunjung tiba. Bersyukurlah dan gunakanlah apa yang dipinjamkan sebaik-baiknya.

Aduhai kita, niatkanlah dengan niat yang baik, ikhlaskanla melakukan sesuatu perkara, lakukanla dengan terbaik, istiqamahla sedaya upaya dan letakkanlah kembali kepada tempatNya. Berdoa dan tawakkal. Ingatlah Kasih sayang Allah terlalu luas, Rahmat Allah tidak terkata. Jadi. Sama2lah kita bekerja meraih cintaNya..

Sesungguh Allah lebih Maha Mengetahui…

Tuesday, December 14, 2010

Memilih...

    Setiap orang diberi peluang untuk memilih. Apa jua bentuk pilihan yang diberi. Ada juga yang terjadi tanpa pilihan tapi kuantiti yang tidak boleh dipilih hanyalah sedikit berbanding yang boleh dipilih. Namun pilihan terakhir adalah pilihan  yang dipilih adalah ketentuan Allah yang telah terpilih. Akan tetapi sudah menjadi kebiasaan bila tersalah pilih, pilihan yang dipilih tidak menjanjikan kepuasan seperti yang dijanjikan . Ramai akan bersuarakan kesalahan kita yang memilih, apabila terjadinya kegagalan , kerosakan dengan tiba-tiba munculnya gerak hati mereka tentang kesudahan yang tidak baik tentang apa yang sudah kita pilih. Berbanding jika pilihan kita tepat dan meyakinkan jarang kedengaran suara suara meyakinkan pemilihan tersebut..
    Pilihan yang terbaik di mata kita adalah yang cantik, selesa,bahagia berkualiti, tahan lama dan padan dengan kita. Jika nampak dan teserlah keindahan kita akan katakan kejayaan dengan apa yang dipilih . Namun siapalah kita untuk terlalu memilih..dan yakin pilihan kita adalah yang terbaik selamanya .  Mampukah kita meyakinkan diri untuk melalui jalan tanpa duri. Mampukah kita berbuat demikian.
    Wahai sekalian saudara, sahabat pembaca.. Pilihla yang terbaik apa jua yang dipilih. Namun keterbatasan kita kadang-kadang tak mampu untuk menilai pilihan berbanding Pencipta Yang Satu. Apa jua keputusan dalam pilihan kita yang dipilih. Hadapilah dengan tenang dengan jiwa yang berserah. Semoga pilihan kita dimulakan dengan Ketetapan pilihan kita dengan  Allah s.w.t. Insyaallah Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik pada kita walaupun ia menyakitkan atau sebaliknya . Semoga kita adalah insan yang terpilih dari yang dipilih menjadi pilihan Allah untuk memberi yang terbaik dalam memilih . Insyaallah.

Mengejar Pernikahan




     Sengaja saya letakkan tajuk ini supaya lebih terang lagi bersuluh makna tersirat. Kutujukan khas pada saudara, sepupu, sahabat dan pembaca di luar sana yang sedang berjuang mengejar perkahwinan. Dengan erti kata lain yang ingin mengakhiri zaman bujang. Saya sentiasa memohon kekuatan dari Ya Rahman untuk bertahan & memohon di beri masa untuk menghiasi rumah tangga dengan cahaya cinta sebelum bertemu pencipta. Saya cuma sekadar memberi pandangan, luahan & juga sedikit nasihat. Sebagai tanda kasih , sayang sesama saudara. Ahlan Wasahlan. Ramaikan ahli kelab pernikahan. Pernikahan yang mampu yang menitiskan air mata syaitan. Semoga niat suci anda diredhai dan diberkati. Amin

   Bermula dengan niat, kita pasti teruja dengan ujian yang diberi. Alhamdulillah kerana memiliki rasa & berniat perkara yang baik. Supaya dapat mengasah kemampuan diri dan melengkapkan fitrah naluri yang ingin dicintai dan disayangi di medan yang sebenar. Memasuki arena rumahtangga &Mengiktiraf hidup ke arah yang lebih mulia. Niat yang baik mampu memberi permulaan yang bagus. Namun niat yang baik sahaja tidak menjanjikan kesudahan yang baik seandainya di pertengahan kita cemari dengan tindakan susulan yang tidak naik di mata Pemilik semesta. Semoga kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah. Kerana Dialah Yang Mengetahui segala-galanya.

   Pemilihan calon & cara berhubung juga di ambil kira. Bukan mudah untuk menjaga hubungan yang dilarang keras oleh sisi agama. Memilih calon suami atas dasar apa? Rupa, gaya, harta atau kerjaya semata-mata. Atau pemilihan agama menjadi tonggak utama. Tepuk dada tanya iman di dada, jangan di tanya selera. Selera pastinya selaras dengan nafsu yang membara seiring dengan cinta yang mekar di jiwa. Kerana dia adalah empunya yang akan menjadi ibu / bapa kepada waris kita, pendukung agama. Memilih seseorang yang Beragama namun tidak mengenal siapa Tuhannya. Mampukah dia bertakhta di alam rumah tangga dengan gelora badai yang akan melanda. Namun segala-galanya lebih kepada diri kita. Kepada sesiapa yang ingin berkahwin siapkan diri anda, Solehkan diri anda sebelum mencari jodoh yang soleh / solehah. Teropong iman anda sebelum cuba meneropong iman pasangan anda. Insyaallah Allah akan bagi pasangan yang terbaik berpadanan dengan kadaran iman kita.

   Tiada manusia yang sempurna, itulah kekurangan pemilik hati yang bernama manusia. Namun masing-masing diberi masa, peluang pemilihan mengikut kemahuan bukan? Jadi pilihlah yang beragama & menunjukkan ciri –ciri kearah kebaikan. Lebihkan membuat pilihan menerusi luahan di dalam doa. Kerana Allah Pemilih terhebat lagi tepat. Sedarlah, Setiap manusia diberi masa & peluang yang sama untuk menceburkan diri kearah kebaikan. Fitrah manusia dekat dengan kebaikan namun seandainya kita hidup bertuankan nafsu, bertemankan keinginan ditambah pula dengan hasutan syaitan maka pincanglah suasana kehidupan. Disinilah ramai pejuang gugur sebelum pertandingan iman.

   Seandainya sudah mempunyai calon yang sesuai bersegeralah anda mengakhirinya. Rajinkan diri sujud & doa. Hiasi hari –hari anda dengan solat hajat, solat istikharah selain minta pendapat orang-orang yang dipercayai imannya. Teruskan meminta -minta Pada Allah sepenuh jiwa supaya ditenangkan hati membuat pilihan, membulatkan tekad. Jangan berpandukan kehendak kita semata-mata kerana orang yang bercinta sering kali dikaitkan dengan buta.. Buta melihat kebenaran, kerana anak mata telah diselaputi cinta, & mabuk asmara oleh syaitan . Segalanya Serba indah dicantikkan oleh touch up make up syaitan laknatullah. Seandainya anda hiasi mata anda dengan cahaya keimanan insyallah, pasti dapat mengatasi rasa & tindakan yang tidak sepatutnya. Cubalah jaga perhubungan, menahan diri dari terus memancarkan cahaya cinta. Menterjemahkan rasa kasih & cinta melalui perbuatan & ayat-ayat cinta. Jangan buat seperti dunia ini milik anda berdua selama-lamanya. Halal bagi penghuni hati istana cinta, namun haram disisi Dia. Enak yang dirasa namun sekejap cuma. Menyesal selamanya.

   Permulaan yang baik belum menjanjikan kesudahan yang baik. Segala-galanya Kuasa Allah Taala. Apatah lagi permulaan yang tidak baik. Fikirkanlah! wahai pemuda pemudi di luar sana. Janganlah menjadi mangsa cinta. Menyerahkan segala-galanya sebelum pernikahan menjelma, dan akhirnya dia meninggalkan kita tanpa sebarang bicara. Kalau mampu ke gerbang pernikahan . Alahai, segala rahsia diri & sesuatu yang teristimewa menjadi tidak seistimewa mana, kerana sudah di dedahkan sebelum masanya.

   Ketahuilah wahai para wanita diluar sana makhluk yang bernama lelaki , seorang yang mementingkan kualiti dari kuantiti ,perhatikan dari sekecil kecil barang ke sebesar besarnya, kualiti menjadi pilihan & citarasa mereka. Berjenama, sempurna di pandangan mata, tahan lasak dan tahan lama. Nah ! ini pilihan barang. Kalau pilihan isteri, takkan memilih begitu saja, untuk setia ke hujung nyawa, memadu cinta dan berkongsi rasa. Fikir-fikirkan la! Pernah satu ketika ada perempuan menelefon sahabatnya yang sudah berkahwin , dia menangis di tinggalkan kekasih hati, bila sudah berpisah baru dia tiba-tiba sibuk menerangkan perancangan kawin yang dia impikan. Kebetulan sahabatnya bersama suaminya berada dalam kereta. Sebaik selesai memujuk dia, Suaminya berkata," kalau i pun fikir dua kali,nak buat isteri". Sahabat tersebut kehairanan. " kenapa? kan diorang lama bercinta, saling mengenali, ibu bapa 'meredhai' pasangan yang dicari. Macam-macam persoalan berlegar di kepala. Suaminya pun  melirik mata pada isterinya "mestilah nak buat bini, ingat senang laki nak buat keputusan kawin, " dia menambah lagi "bukan dengan semua perempuan lelaki boleh memutuskan keputusan nak kawin tau ". Saya pun berfikir sejenak. Ada kebenaran terselit pada kenyataan yang diberikan. tak semua lelaki mampu dan berani memilih keputusan berkahwin dari membiarkan diri menjadi mangsa cinta. Kerana selepas berkahwin cinta & tanggungjawab dipikul seiring bersama.

   Jadi, Elakkan diri menjadi mangsa cinta kerana mangsa cinta akan bertukar menjadi Sampah Cinta ! sampah yang menghasilkan bau yang tidak enak .. Dan bau itu akan terpalit pada diri selama-lamanya seandainya anda tidak basuh dengan pencuci Taubat Nasuha.. Jadi peliharalah perhubungan..Kurangkan pertemuan & perbualan yang tidak diperlukan supaya lebih terpelihara hatinya. Insyaallah jika tertulis jodoh diantara yang membaca dan dia, pasti hari bahagia menjelma tiba. Ingatlah Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik ( semak surah An nur ayat 26 ) sebagai rujukan

    Ramai yang gagal mengemudi cinta pertama ke gerbang pernikahan . Kerana cinta yang didirikan berdasarkan keinginan dan rasa tanpa matlamat pernikahan pasti kecundang di pertengahan. Kehadiran dia tertulis sebagai ujian pada kita, Hadirnya sebagai persinggahan cuma .Namun rugilah kita berlebih lebihan mentafsirkan cinta, berabis dengan cinta pertama atau cinta monyet yang masih samar dan kabur dek awan yang tebal. Rugi perasaan, airmata, masa dan wang yang dilaburkan dalam pasaran saham cinta yang tidak sepatutnya. Rugi melebihi keuntungan semasa.

   Carilah pasangan yang tidak menghalang perjalanan cinta anda pada Allah, meyemarakkan kehidupan anda dari gelap kepada cahaya takwa.. Mampu bergandingan dengan anda, Bertatih –tatih bersama anda mencari cinta mengenal Tuhan dan kekasihNya. Dan mampu memakaikan pakaian takwa pada kita. Pastinya kita tidak mampu memastikan adakah si dia layak untuk kita. Insyaallah serahkan pada yang Maha Kuasa . Kerana Dia yang mengetahui segala galanya dan sentiasa memberi yang terbaik pada kita. Dan kita, cubalah jadi pasangan yang baik. Insyaallah seseorang yang dekat dengan Allah adalah seorang yang meletakkan dirinya menjadi seorang yang berharga dan sentiasa dihargai kelak. Jadikan diri kita sebagai seseorang yang berharga. Jangan jadi Murah tidak kena gaya ( tindakan tidak sepatutnya pada pasangan sebelum kawin ) Kerana yang murah , senang didapati, tidak tahan lama dan pengiktirafannya tidak gah seperti yang berharga. Harapan pada pernikahan sudah tentunya indah- indah belaka. Doakan yang terbaik ya!

   Hargailah & siapkan diri anda dengan bekalan ilmu secukupnya semoga lebih bersedia dengan ujian yang tersusun menanti tiba. Pohonla kekuatan dari Yang Maha Esa. Semoga perjalanan anda mendekati pernikahan di permudahkan dan di percepatkan amin. Dan hadapi proses kearah perkahwinan dengan sebaik-baiknya. Tiket Pertunangan bukan tiket kebebasan sebelum waktunya.
Jadi awas, berjaga-jaga. Jangan sampai dipercepatkan tarikh nikahnya. Kawallah perbelanjaan dengan bijaksana supaya terancang dan tidak memening  kepala selepas berumahtangga. Elakkan pembaziran, hadkan keinginan, highlightkan keutamaan.

   Jadikan Perkahwinan sebagai medan pahala supaya tidak kita mengabdikan kehidupan rumahtangga sebagai pusara cinta. Jadikan Syariat Allah panduan segala-galanya. Insyaallah hidup tenang sentiasa walau diasak dengan ujian pancaroba. Semoga cinta ke arah perkahwinan ini meluncur laju & menjadi jambatan ke destinasi syurga yang abadi. Amin





Monday, December 13, 2010

Surat untuk adik-adikku....

Di sebalik saya meneruskan aktiviti membongkar laptop  lama saya sebelum beralih ke laptop baru saya temui satu penulisan yang agak lama tersembunyi di sebalik kesibukan saya satu  ketika dulu sehingga tak sempat dipublishkan. Kata-kata terakhir pada adik sehalaqah intec sebelum mereka terbang meneruskan penggembaraan mereka dalam mencari ilmu yang akan dinokhtahkan sebagai cita-cita.                                            

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Syukur ke atas segala kenikmatan yang diberikan dari Nya kepada diri ini yang sentiasa di uji dengan ujian yang insyaallah ku pohonkan agar ia dapat menambahkan kecintaan ku kepada DiriMu Ya Rabbi. Tuhan yang menjadikan langit dan bumi yang menukarkan malam kepada siang dan yang memberikan kesempatan diri ini bernafas dan menaip untuk kali ini. Subhanallah, alhamdulillah,walailahaillallah,wallahuakhbar. Segala Hanya puji Bagi Allah. Tuhan Semesta Alam
       Alhamdulilllah tidak terlewat rasanya diri ini mengucapkan tahniah kepada adikku yang menjadi permata hati semasa keberadaan aku di Akasia. Sa'a. Syaz, Dila, Aimi, Khadija, Sue, Izzati, Syida . tak lupa juga pada ieka dan nabila. Wahai adik- adikku. Walau apa pun keputusan yang diterima . Itulah manifesto yang tercatat sejajar dengan kesungguhan, usaha dan yang pastinya segala-galanya terjadi dengan izin Allah. Perjalanan hidup adik-adikku tidak terhenti di situ, selepas ini pasti ujian –ujian yang lebih hebat akan menyusur sesuai dan berpadanan dengan keimanan masing-masing. Semoga adik-adik sentiasa dalam keadaan bersedia, dalam erti kata lain siapsiaga . Semoga Ukhwah kita akan terus dipanjangkan berteraskan dakwah. Semoga kita saling mencintai keranaNya.. Dan semoga kita pasti akan bertemu lagi . InsyaAllah.
       Wahai Adikku, rancanglah dan usahakan lah kehidupan kita sehabis baik, Kita hanya Merancang Dia Yang menentukan sesungguhnya Allah Sebaik-baik Pengatur. Orang yang berjaya adalah orang yang berstrategi dan merancang sebagaimana Rasululullah dan para sahabat yang mengatur perjalanan dakwah mereka sehingga menukarkan zaman zahiliyah kepada Zaman yang bertamadun yang disinari dengan pancaran cahaya sinaran agama sebagai tonggak pentadbiran. MasyaAllah. Masih ingatkah peta kehidupan yang adik-adik lakarkan sedikit masa dahulu . Semaklah kembali. Selepas ini adik-adik akan mengorak selangkah lagi meninggalkan zaman di Akasia .  Dalam surah Arr- Radd Allah berfirman; Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. Jadi sama-samalah kita mengatur dan merancang kehidupan dengan sehabis baik. Do the best let Allah do the rest. Manusia tak pernah merancang untuk gagal, namun manusia yang gagal adalah manusia yang tidak merancang.
       Adik-adikku, Walaupun kita berjauhan, semoga kerinduan dan ingatan kita kepada satu sama lain diiringi dengan doa yang baik-baik. Iman pasti ada surut dan naik. Iman tidak bersifat statik dan kekal maintain. Jadi sama-samalah kita doakan semoga kita semua dalam keadaan yang baik dan memiliki keimanan yang mantap biarpun kita mahupun saudara kita yang lain diasak dengan ujian yang tidak kenal erti henti. Adikku, segala memori yang kita cipta bersama menjadi suatu kenangan yang terindah, perkongsian tentang kehidupan dan kematian, perkongsian tentang insan-insan yang hebat yang menjadi penghuni syurga, Rasanya seperti baru sebentar kita melayari kemanisan dalam tarbiyah namun perpisahan jua yang diberikan . Alhamdulillah itulah yang terbaik bagi kita olehNya.InsyaAllah,
        Maafkan diri kakak ayu yang seandainya ada kesalahan dan kesilapan dari segi perbuatan dan kata-kata, halalkan segala makan dan minum. Maafkanla diatas segala-galanya. Sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang lemah dan banyak melakukan dosa, Astaghfirullahalazim. Doakan diri ini menjadi mujahiddah solehah yang mantap sebagaimana yang tertera pada nama blog ini. Doakan diri ini dapat menjaga izzah muslimah. Insyaallah.
        Wahai adikku, kerinduan pada mu amatlah menebal namun diri ini hanya mampu berdoa dan menghantar sms, diri ini sedih kerana tidak memberikan perhatian yang penuh pada kalian sewaktu kita tinggal bersama di Akasia. Maafkan diri ini kerana kesibukan dan kealpaan diri ini dengan tugasan di dunia yang tiada kesudahan.
        Adik- adikku yang baik pekertinya, didoakan terpelihara akhlaknya, imannya jauh lebih baik dari diri ini, sesesungguhnya walaupun persaudaraan kita hanya berlandaskan agama. Ketahuilah adik-adikku diri ini menyayangi diri mu sebagaimana adikku sendiri. Semoga kita saling cinta, mencintai, dan saling nasihat menasihati . Insyaallah

Terbaru

ORANG HEBAT UJIANNYA HEBAT.

Isu poligami dan penceraian memenuhi ruang maya. Ada yg pm dan mesej saya tanya sembang pasal ni. Macamnilah. Rahsia penghujung ke...

Penulisan Yang diminati ramai